Buah Betik antara buah tempatan yang popular dikalangan masyarakat. Ia kaya dengan vitamin A dan juga kalium. Buah betik yang ranum juga kaya dengan vitamni C dan mempunyai serat yang tinggi. selain itu, buah betik juga dijadikan salah satu altenatif untuk melawaskan perut dan sembelit.
Ini adalah beberapa rahsia buah betik untuk kesihatan lelaki yang mungkin anda tidak tahu;
Tumit yang merekah atau pecah boleh menyebabkan telapak kaki seseorang mudah terasa sakit. Lagi pula jika berdiri lama. Salah satu rawatan tradisional ialah ambil sebiji buah betik muda yang telah dibelah dua, kemudian ambil getahnya dan sapukan di kawasan yang bermasalah. Lakukan amalan ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Jika anda memerlukan tenaga, buah betik dapat membantu membekalkan tenaga serta membersihkan perut dengan berkesan. Jika dicampurkan dengan susu dan madu ia boleh dijadikan sebagai tonik yang tinggi khasiatnya.
Lazim mengetahui sebiji buah betik kaya dengan enzim protein percernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Ia dipercayai enzim yang dapat mengurangkan keradangan dan kesan terbakar. Papain yang terdapat pada betik muda dapat megurangkan keradangan usus dan sypepsia.
Jika jus betik dicampurkan dengan madu, ia dikatakan bagus untuk melawaskan kencing dan melancarkan sistem buang air kecilnya. Jadi ia dapat mencegah dan menghindarkan dari terjadinya batu dalam pundi kencing.
Buah Betik yang masak dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang dipotong dan dibuang kulitnya serta direndam di dalam cuka semalam seminggu, dapat merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit Malaria. Caranya mudah sahaja, campurkan biji jintan putih dan lada hitam dan amalkan sekali sehari untuk mengamalkannya.