Mesti sakit hati bila wajah ada parut jerawat. Nak menghilangkan jerawat dah satu hal, ditambah pula bila parut jerawat tak pudar-pudar hingga membuatkan anda hilang keyakinan diri.
Jika menggunakan krim tidak memberikan kesan kepada parut jerawat di wajah anda, apa kata guna cara natural yang dikongsikan oleh Muyassarah Samad ini. Hanya menggunakan tiga bahan mudah dan murah, parut jerawat di wajahnya semakin pudar.
Jom amalkan, moga perkongsiannya ini bermanfaat untuk anda.
BACA: Wanita Ini Berjaya Hilangkan Blackhead & Parut Jerawat Guna 3 Produk Dari Drugstore Je!
Bahan-bahan dia semua natural. Non-chemical dan homemade.
Semestinya senang, tak susah pun. Semudah 1,2 dan 3!
1. Asam jawa
2. Bedak sejuk
3. Air kosong
Petua ni memang Sarah dah amalkan 5 tahun dari zaman remaja* Lani pon remaja lagi noh. Kalau nak nampak marvelous kena amalkan setiap malam, In Syaa ALLAH seminggu parut dah hilang. 2011 n 2012 masa tu muka sarah teruk sangat jerawat, parut sampai malu nak keluar rumah. Maybe perubahan hormon kot. Hahaha. Now Sarah share step by step di setiap gambar.
1. Sediakan bahan-bahan
– Asam jawa (apa-apa jenama pon boleh)
– Bedak sejuk (Sarah guna bedak sejuk yang Sarah buat sendiri. Hehe)
– Air kosong
BACA: Tak Perlu Lagi Produk, Amalkan 5 Makanan ‘Superpower’ Ini Untuk Hilangkan Parut Jerawat!
2. Ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Then tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3. Selepas digaul.
4. Kemudian ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat, uolsss jangan lupa tambah air sikit.
5. Bila dah campur semua, gaul-gaul sampai sebati. Taraaa dah siap. Macam nak buat kek pon ada. Hahaha.
6. Then, apply kat tempat yang berparut. Kalau rajin nak apply 1 muka pon boleh. Biarkan sehingga Kering. Seelok-eloknya buat waktu malam sebelum tidor.
BACA: 10 Trik Mudah Hilangkan Parut Jerawat Cara Selamat, Hanya Guna Bahan Semula Jadi!
7. Waktu ni alhamdulillah dah tak teruk sangat lepas amalkan petua ni.