Bukan sahaja orang berusia, orang muda pun boleh alami sakit lutut. Lebih-lebih lagi jika anda aktif berlari atau bersukan, masalah sakit lutut ini merupakan antara kesakitan yang kerap anda alami.
Apabila sakit lutut menyerang, ia akan menyukarkan pergerakan dan aktiviti harian kita. Selain mendapatkan rawatan di hospital, ada alternatif lain yang boleh anda lakukan untuk mengatasi sakit lutut.
Anda boleh cuba petua mengatasi masalah sakit lutut sebagaimana yang dikongsikan Siti Rashidah Jasimin menerusi laman Facebooknya. Petua ini hanya menggunakan tiga bahan yang mudah untuk didapati, selain dikatakan berkesan selepas beliau mengamalkannya selama seminggu.
Jadi tidak salah untuk anda mencubanya. Manalah tahu petua yang dikongsikannya ini boleh membantu mengatasi sakit lutut yang anda alami. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Dalam nada bergurau nakal sebut sahaja tentang gambir Sarawak, kebanyakan lelaki akan tersenyum sampai ke telinga dan kadangkala mungkin tertawa kecil.
Jarang mereka melihat gambir Sarawak sebagai bahan yang boleh menjadi penawar kepada bisa gigitan atau patukan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit.
Masing-masing lebih gemar membayangkan gambir Sarawak adalah bahan yang boleh mengebaskan zakar dan memberi kepuasan kepada isteri secara maksima.
Apa itu gambir yang sebenarnya?
Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mempunyai daun lebar selain bunganya berwarna kuning.
Gambir juga lebih dikenali sebagai herba yang mengandungi astrigen dan ia kebiasaannya mudah ditemui di kawasan hutan di Asia Tenggara, India dan juga China.
Kepercayaan masyarakat terhadap gambir
Masyarakat Cina purba mempercayai gambir boleh digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser selain berkhasiat untuk membuang angin dari dalam badan.
Bagi penduduk kepulauan Nusantara pula, mereka memakan gambir bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan yang agak mengkhayalkan.
Namun demikian, gambir Sarawak tidak dijadikan sebagai bahan untuk dimakan tetapi kaum Adam kebanyakannya percaya gambir mempunyai kehebatan yang tersendiri.
Ini kerana menurut cakap-cakap orang, gambir Sarawak mampu ‘meneguhkan’ senjata lelaki ketika menjalin hubungan kelamin yang sah bagi pasangan yang sudah berkahwin.
Biasanya, batang gambir akan dikerat bagi mendapatkan getahnya. Kemudian, ia dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.
Kesan buruk penggunaan gambir secara berlebihan
Penggunaan gambir Sarawak yang berlebih-lebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah. Kemaluan si lelaki boleh melecet serta berasa kebas yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan luka, keradangan dan jangkitan bakteria.
Lebih teruk lagi, lama-kelamaan, penggunaan bahan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kerosakan saraf terutama pada kawasan yang sensitif.
Selain itu, rasa nikmat ketika melakukan hubungan intim juga boleh hilang terjadi sekiranya gambir Sarawak digunakan terlalu kerap untuk tujuan tersebut.
P/s : Persepsi awam menyatakan orang-orang Sarawak hanya menggunakan gambir tersebut untuk menghilangkan rasa sakit gigi namun buat orang-orang di Semenanjung Malaysia, gambir itu memang untuk ‘tujuan’ tersebut. Benarkah?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nasi kerabu sememangnya memiliki daya tarikan unik yang tersendiri terutamanya pada nasinya yang identitikan dengan warna biru.
Meskipun mempunyai campuran lain sebagai ulam-ulaman, warna biru pada nasi kerabu tetap jadi antara yang paling menyerlah pada setiap masa.
Guna bunga telang
Antara rahsia yang menjadikan nasi kerabu kelihatan warna biru adalah dengan menggunakan bunga telang sebagai bahan asasnya.
Namun memasuki era moden, sudah ada peniaga atau pengamal masakan tradisi ini menggunakan pewarna tiruan untuk hasil yang lebih cepat.
Kaitan bunga telang aspek perubatan
Bagi yang masih mengekalkannya, anda perlu tahu bahawa bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru itu dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).
Menurut petikan kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, memang terdapat banyak khasiat daripada bunga telang itu sendiri.
Berdasarkan rekod sedia ada, ia telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan seperti untuk sembuhkan pelbagai penyakit.
Khasiat bunga telang yang wajib diketahui
Sekiranya anda masih memakan nasi kerabu yang menggunakan bunga telang sebagai asas pewarnanya, anda patut bersyukur kerana menu tersebut membuatkan anda :
1. Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
2. Melawan kanser dan pertumbuhannya.
3. Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.
4. Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.
5. Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.
6. Anti-penuaan
7. Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.
Fungsi setiap tumbuh-tumbuhan
Dalam erti kata lain, setiap tumbuh-tumbuhan yang dikurniakan di atas muka bumi ini memiliki fungsi yang tersendiri.
Dalam sebagai manusia, tak salah untuk kita bersyukur dan menggunakan bahan-bahan asli dalam setiap masakan untuk khasiat yang tidak boleh disangkal lagi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk memulakan hari yang sempurna tidak semestinya anda perlu memakai pakaian yang berjenama. Walaupun dengan gaya sederhana, yang penting anda kekal segar sepanjang hari. Malah permulaan rutin pagi yang baik dapat meningkatkan keyakinan diri untuk tampil lebih bertenaga.
Sebelum melangkah keluar dari rumah, selidik dulu 9 rutin pagi ini. Jadikan rutin ini sebagai amalan di pagi hari agar anda menjadi lelaki yang mempunyai penampilan sedap mata memandang dan mudah untuk didekati.
Jika diamalkan setiap hari, anda akan lihat hasilnya amat luar biasa. Melakukan senaman tekan tubi setiap pagi sebanyak 100 kali sebelum memulakan tugasan akan menjadikan perut anda berotot dan bicep lebih kuat. Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan berkeyakinan.
2. Lakukan pencukuran yang baik
Wanita lebih gemar jika wajah lelaki bersih selepas melakukan pencukuran. Jangan biarkan hari-hari anda dalam seminggu tidak melakukan proses pencukuran kerana wajah seseorang boleh berubah hanya kerana misai mahupun jambang! Mungkin ada yang berpendapat, jambang memberi rupa yang menarik. Namun tidak salah jika jambang ditrim kemas kerana wajah yang bersih adalah ekspresi pertama orang melihat anda.
Biar ‘mandi burung’ sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi 2 peratus asid salicylic kerana ia membantu membersihkan kulit anda sehingga mendalam, selain mengelakkan masalah kulit berlaku. Untuk memberi wajah yang lebih segar agar pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka anda dengan air sejuk.
4. Bersihkan gigi
Memberus gigi setiap pagi sangat penting agar anda dapat memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar. Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi memastikan anda melakukan rawatan gigi setahun sekali.
Selepas mandi, semburkan wangian pada tubuh anda. Selain mengelakkan bau yang kurang menyenangkan, ia juga dapat memberi kesegaran minda untuk anda. Malah bauan yang anda pakai setiap hari akan menjadi trademark untuk diri anda. Anda juga boleh memadankan semburan minyak wangi dengan deodoran atau cologne agar bauannya lebih serasi.
6. Jangan tinggal sarapan
Tubuh ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi. Kombinasi terbaik untuk sarapan adalah protein dan bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah-buahan segar, yogurt atau telur dadar bersama sayur-sayuran. Jika anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus segar dan campurkan satu sudu serbuk protein.
Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang dapat membantu mengekalkan anda agar sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil salah satu daripada minuman ini setiap hari dalam kuantiti yang sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein dapat membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.
8. Jika boleh bawa bekal dari rumah
Menghasilkan sarapan atau makan tengah hari tidaklah mengambil masa yang lama. Dengan membawa bekalan dari rumah, anda dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan mengetahui lebihan kalori serta sodium yang tidak diperlukan seperti terdapat di dalam kebanyakan makanan proses. Bukan itu sahaja, membawa bekalan makanan sendiri akan memberi perubahan ketara dari segi kesihatan dan berat badan anda.
Ramai antara kita yang bangun pagi hanya mandi dan bersiap tanpa mengetahui rutin-rutin di atas sebenarnya membantu menjadikan anda seorang lelaki yang paling maskulin. Jadikan ia sebagai rutin dan mulakan hari ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.