Alamak! Umur muda lagi tapi rambut dah kerap gugur. Apabila berdepan dengan masalah rambut gugur, makin menipis dan mula bersepah di lantai sebelum usia tua, pasti ia perkara yang merisaukan.
Selain menjejaskan penampilan, rambut gugur juga boleh membuatkan kepala cepat botak dan wajah nampak semakin berusia. Mana tidaknya, muda-muda dah rambut gugur dan kepala botak.
Menurut satu kajian yang dilakukan ke atas seholongan wanita, tiga daripada lima wanita bersetuju bahawa rambut gugur di kalangan lelaki adalah salah satu faktor membuatkan mereka hilang perasaan untuk jatuh cinta terhadap lelaki itu.
Secara tidak langsung dapat disimpulkan bahawa wanita begitu mementingkan masalah rambut gugur dan kepala botak.
Jadi bagi mengelakkan rambut gugur sehingga boleh menghilangkan keyakinan diri anda, atasi segera dengan 7 petua ini.
1. Minyak zaitun
Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, mengatasi rambut gugur, meningkatkan proses pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Anda hanya perlu titiskan 4-5 titis minyak zaitun di kulit kepala setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun dapat menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, boleh mencuci rambut sehingga bersih.
2. Telur
Cara semula jadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala selama 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini 3-4 kali dalam seminggu.
3. Daun pandan
Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk, kemudian campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari, kemudian barulah ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum membilasnya dengan air. Lakukan sekerap yang boleh bagi mengatasi masalah rambut gugur.
4. Air garam
Air garam boleh menyebabkan liang-liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang daripada berlakunya keguguran rambut. Selepas syampu rambut, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut di dalam besen. Rendam rambut selama 3-5 minit. Urut kepala dengan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
5. Santan
Cara ini sudah popular sejak dahulu lagi dan diperakui mampu mengatasi rambut gugur dan menumbuhkan rambut. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.
6. Kacang hijau
Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Tapiskan kacang hijau tadi dan ambil airnya. Air kacang hijau itu kemudian disapu pada kulit kepala. Sambil anda sapu, picit kulit kepala secara pelahan-lahan. Petua elak rambut gugur ini ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
7. Makan sayur dan buah
Apa yang anda makan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur dan berperanan penting dalam melebatkan rambut. Ambil makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang boleh menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut lebat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI