Food photo created by pressfoto - www.freepik.com

Pada bulan puasa seperti sekarang, peralatan elektrik dan elektronik seperti peti ais memang sangat penting. Ia menjadi peralatan penting untuk menyimpan makanan sama ada yang sudah dimasak atau pun mentah. Begitu juga untuk menghasilkan ais.

Jadi bayangkan bila anda berdepan dengan peti ais yang rosak di rumah. Memang cukup mengharukan. Jadi kalau anda tidak mahu beredepan masalah ini atau menghadap keluhan isteri tersayang, ini beberapa masalah yang biasa berlaku pada peti ais boleh anda kesan.

Berikut MASKULIN kongsikan 5 masalah utama yang sering berlaku hingga menyebabkan peti ais tak sejuk atau rosak.

MASALAH KOMPRESOR

Apabila masalah peti sejuk tidak sejuk, ia biasanya berlaku kerana motor kipas condenser tidak dapat berfungsi dengan baik. Kemungkinan besar ia berpunca dari kompresor yang bermasalah. Atau kebanyakan masalah ini datang dari kegagalan frost-free.

Kompresor merupakan komponen penting atau menjadi nadi utama peti sejuk. Jadi jika ia tidak berfungsi maka anda berdepan masalah besar. Biaanya lebih baik tukar perti ais baru kerana kos membaikinya agak tinggi.

IKLAN

BUNYI KUAT & BISING

Sedang asyik tengok TV tiba-tiba ada bunyi kuat datang dari dapur. Usah gusar itu bukan hantu. Peti sejuk bermasalah boleh mengeluarkan bunyi yang kuat. Apatah lagi jika ia penuh dengan barang dan diisi dengan makanan yang panas.

Jika diamalkan berlarutan dalam tempoh masa yang lama, peti sejuk boleh rosak dan tak sejuk. Jadi elakkan menyumbat segala macam makanan hingga terlampau penuh di dalam peti sejuk.

IKLAN

GETAH TIDAK RAPAT

Anda dapati ruang sejuk beku di bahagian atas tidak berfungsi dengan baik. Ais yang ingin dihasilkan tidak membeku dengan baik. Ini mungkin berpunca dari keadaan getah pada pintu tidak ketat dengan badan peti sejuk.

Apabila getah tidak rapat udara yang masuk menyebabkan ia tidak sejuk beku dengan baik. Dalam kes seperti ini anda perlui gantikan getah pintu tersebut.

IKLAN

PINTU CONDONG

Kedudukan pintu utama peti sejuk yang condong juga boleh jadi penyebab ia tidak sejuk seperti yang kita mahukan. Kedudukan pintu yang condong atau senget membuatkan udara boleh masuk ke bahagian utama peti ais. Lalu ia tidak dapat berfungsi dengan normal.

Solusinya, betulkan kedudukan peti sejuk ke kedudukan asal dengan melaraskannya. Di bawah panel pintui biasanya terdapat rod diagonal.

TIUB KAPILARI TERSUMBAT

Tiub ini juga memainkan peranan sangat penting bagi fungsi unit penyejukkan. Apabila ia tersumbat secara tak langsung operasi penyejukkan akan terhentu. Tidak disyorkan untuk anda membersihkannya sendiri kerana risau boleh merosakkan saluran paip. Hubungi tehcnician yang mahir dalam bidang ini untuk membersihkannya dengan menggunakan alat hidraulik khas.

Diharapkan perkongsian ini boleh memberikan manfaat dalam kehidupan harian anda. Jom follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI