Salah satu komponen kereta yang rosak boleh menyebabkan suhu pada enjin naik dengan mendadak sering kita kaitkan ialah radiator. Namun selain itu terdapat beberapa komponen lain yang boleh kita perhatikan.
Di antaranya ialah ‘water pump’. Pertama sekali kita perlu faham apa itu fungsi water pump terhadap sistem penyejukan kereta. Water pump berfungsi sebagai komponen yang mengepam coolat atau air penyejut untuk keseluruhan bahagian enjin.
Kemampuannya menjalankan proses pengepaman yang baik akan memberikan mengurangkan suhu panas pada enjin sebelum coolant dilepaskan ke tangki radiator apabila telah mencapai suhu maksimum thermostat untuk disejukkan sebelum kembali ke ruang enjin.
Ramai yang silap dan anggap water pumo ini tidak berapa penting berbanding radiator. Walhal ia bolehlah dianggap sebagai ‘jantung’ kepada sistem penyejukan enjin kereta. Air atau coolant tak dapat mengalir dengan baik makan sistem itu tidak akan dapat berfungsi.
Kebiasaannya water pump hanya perlu ditukar selepas mencapai jumlah jarak perjalanan di antara 140,000 km sehingga 190,000 kilometer. Jadi anda perlulah
‘Water Pump’ tipikal boleh berakhir pada bila-bila masa apabila jarak perbatuan mencecah antara 140,000km hingga 190,000km. Bagaimanapun, ada beberapa faktor berbeza yang memaksa alat ganti tersebut diganti lebih awal.
Ads
Jadi silalah berikan perhatian dan peka bila anda perlu menukarnya. Namun begitu, terdapat beberapa petanda dan punca boleh anda kenal pasti bila water pump sudah hampir atau telah rosak. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dikongsi oleh Facebook Kota Bumi Sdn Bhd tentang beberapa punca yang boleh kita perhatikan. Ikutinya di bawah;
Karat dan Kakisan
Sirip pendesak (impeller) pam berhenti berfungsi dan pam tidak lagi mampu menggerakkan pendingin dalam enjin. Karat dan kakisan boleh jadi berpunca akibat pendingin tercemar atau berkualiti rendah, termasuk penutup tekanan (pressure cap) rosak yang menyebabkan air berbuih.
Mendapan Terbina
Ia berpunca daripada pendingin tercemar dan berkualiti rendah. Kesannya, berlaku pembentukan enapan, kerak dan mendapan lain di dalam pam air yang mengganggu ia berfungsi dengan baik.
Peronggaan
Rongga wap atau buih dalam penyejuk boleh menyebabkan tekanan dalam pam dan merosakkan komponen pam.
Ads
Kebocoran Permukaan Mounting
Rembesan, sejatan dan kekeringan menandakan kebocoran daripada permukaan mounting pam. Masalah ini biasanya disebabkan pemasangan yang tidak betul atau salah pasang gasket, bahan kedap (sealant) dan alat ganti lain.
Lubang Leleh Bocor
Kebocoran lubang leleh ialah normal selepas pam baru dipasang. Tetapi, ia sepatutnya tidak berterusan selepas lebih 10 minit. Jika berlaku, sistem pendinginan mungkin mengandungi pendingin tercemar dan berkualiti rendah.
Bearing Rosak
Kerosakan bearing boleh melarat kepada tali pemacu.
Ads
Syaf Patah atau Rosak
Bahagian ini rosak atau patah disebabkan ada banyak tekanan pada tali pemacu. Ini menyebabkan desakan melampau hingga syaf rosak atau patah.
————————————————————
Satu perkara perlu anda tahu ialah kegagalan water pump berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kerosakan lebih serius berlaku. Ia boleh melarat menjadi lebih teruk.
Usah berlengah atau ambil sikap tunggu dan lihat bila sudah ada petanda seperti dinyatakan di atas. Jangan nanti anda harus berbelanja ribuan ringgit untuk baikinya akibat sikap berlengah itu.
Sedang syok memandu tiba-tiba anda perasa ada bau hangit menerjah ke hidung anda. Lebih merisaukan anda sendiri tidak tahu dari manakah datangnya bau hangit tersebut. Tapi apa yang anda pasti ia berpunca daripada kereta sendiri.
Masalah ini sebenarnya tidak asing lagi dan ia boleh berlaku terutamanya kepada kereta yang usianya mungkin sudah melebihi lima tahun. Apabila ada bau hangit itu memberi petanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta anda.
Dan paling penting ia tidak boleh dibiarkan lama dan harus ambil tindakan dengan segera bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari YouTube Project Diy&Restore yang berkongsi masalah pelanggannya mengadu kereta Perodua Viva berbau hangit ketika dipandu.
Jelasnya, pada kebiasaannya bau hangit datang salah satu punca.
1. Bahagian komponen enjin yang mana ada lubang atau sambungan tidak ditutup dengan kemas.
2. Masalah kebocoran pada enjin juga boleh menjadi punca utama. Apabila kereta dipandu enjin secara normalnya akan menjadi panas. Tapi apabila ada masalah kebocoran minyak enjin akan mengalir keluar. Enjin yang panas dan terkena minyak ini akan menyebabkan terjadinya bau hangit.
3. Masalah bau hangit juga boleh terkait dengan sistem ekzos. Seperti di atas apabila ada kebocoran minyak yang terkena ekzos yang sedang panas juga boleh menyebabkan berlakunya bau hangit. Jadi cara untuk selesaikan masalah ini ialah dengan membereskan dan memperbaiki masalah kebocoran dengan segera.
Selain masalah kebocoran yang dinyatakan di atas terdapat beberapa punca lain yang boleh anda perhatikan. Antaranya ialah:
– terdapat beg plastik yang tersangkut pada bahagian bawah kereta dan melekat pada ekzos. Plastik yang cair ini akan menyebabkan bau hangit.
– saluran ekzos yang terkena minyak enjin yang bocor
– brek pad yang rosak dan melekat lalu mengeluarkan bau hangit
Ingat ya. Jika anda mengesan bau hangit terutamanya ketika memandu sila jangan berlengah. Bawalah kereta anda ke bengkel dengan segera. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan manfaat untuk anda.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video automotif terbaik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Komponen motosikal yang paling adalah Absorber atau dikenali sebagai Penyerap Hentak. Ia menyumbang kepada kestabilan terutama ketika melalui permukaan jalan beralaun atau tidak rata serta ketika mahu memotong.
Kebiasaannya usia absorber mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun segalanya bergantung kepada cara anda menggunakan motorsikal serta kekerapan penyelenggaraan dijalankan.
Selain itu, jika menggunakan absorber yang masih elok, ia menjamin perjalanan anda dalam keadaan selamat. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan kemalangan terjadi disebabkan kesilapan sendiri yang lupa untuk lakukan pemeriksaan ke atas motor.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh buat sendiri di rumah untuk check keadaan absorber sama masih elok atau lebih baik tukar baru.
4. Cuba tunggang motorsikal melalui jalan berlubang atau tidak rata
Jika anda rasa lantunan yang melampau, disarankan untuk menukar absorber. Semakin banyak lantunan, semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Harus diingat, jika menunggang dengan absorber yang sudah rosak, ia boleh bagi kesan dekat jentera motor serta menyakitkan badan terutama bahagian belakang badan serta pinggang.
Ingat, badan nak pakai lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang yang pandai bawa kereta. Itu perkara yang sudah kita anggap perkara biasa, Tapi tidak ramai yang tahu selok-belok secara keseluruhan tentang kereta, malah sesetengah fungsi butang.
Setiap tahun pasti ada sahaja teknologi baharu diperkenalkan untuk keselamatan dan keselesaan. Tapi ada juga teknologi yang sudah lama diperkenalkan tetapi amat jarang diambil tahu oleh ramai orang.
Sebagai contoh jika
Misalnya jika kereta auto anda tiba-tiba baterinya lemah atau ‘kong’, bagaimana hendak recharge akan menjadi seribu satu persoalan.
Kalau kereta manual, bolehlah turunkan hand break dan tolak ke tepi tetapi kereta auto ini bagaimana pula caranya?
Jawapannya adalah pada butang shift lock itu. Butang tersebut membolehkan anda menolak kereta anda walaupun kereta anda adalah kereta auto!
First time baru tahu?
Ini adalah perkongsian yang baik kerana butang shift lock itu memang dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan untuk pemandu.
Kurang faham?
Jika anda meletakkan pada gear P, kereta anda sudah tidak bergerak. Tetapi jika kereta anda ditunda, bagaimana nak alihkan kepada gear N?
Caranya cukup mudah :
1. Matikan enjin ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan butang shift lock dan jangan lepaskan
4. Pada masa sama, Tarik tombol gear dari P ke N
5. Setelah gear berada di N, barulah anda lepaskan butang shift lock itu
6. Lepaskan break tangan dan ia sudah boleh ditolak atau ditunda
Sama juga jika anda sejenis suka double parking. Boleh guna teknik ini untuk kurangkan dimaki pemilik kenderaan yang anda block itu.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.