Cara Periksa Brek Sama Ada Berfungsi Baik Atau Tidak, Penting Untuk Keselamatan!

Share

Brek merupakan antara komponen yang sangat penting bagi memastikan pemanduan menjadi lebih selamat. Kadangkala kita terlalu memberik fokus kepada penjagaan enjin dan bateri sahaja sehinggakan terlupa akan kondisi brek sama ada ia befungsi dengan baik atau tidak.

Tahukah anda kebanyakan kemalangan yang melibatkan erlanggaran dari belakang berpunca daripada brake pad yang gagal berfungsi ketika kecemasan. Dan ia merupakan satu keadaan yang cukup membahayakan apatah lagi jika perlanggaran berlaku dalam kelajuan tinggi.

Bayangkan anda sedang memandu laju dan tiba-tiba dapati brek tidak berfungsi. Pastinya ia cukup mencamaskan! Apa yang ingin MASKULIN tekankan di sini adalah ramai orang seringkali tidak memeriksa keadaan brake pada sama ada masih elok atau sudah tiba masa untuk diservis serta ditukar baharu.

Ikuti perkongsian tip memeriksa brake pad yang dibuat oleh sebuah Bengkel Kereta yang berpusat di sekitar Lembah Klang bagaimana untuk memeriksa keadaan system brake pad kereta anda.

Ikuti tips lengkap di bawah ini untuk tahu bila masa untuk kita tukar brek pad!

BRAKE WARNING LIGHT

Ini ada pentunjuk paling mudah yang menunjukkan system brake anda problem. Punca utama ada samaada brake pad telah habis atau minyak brake berkurangan. Periksa jenis minyak brake yg kereta anda pakai pada penutup tangki minyak brek kereta anda supaya tidak salah pakai minyak.

MINYAK BREK BERKURANGAN

Periksa paras minyak brek pada tangki atau tempat masuk minyak brek. Pastikan ianya sentiasa dalam paras maximum. Boleh tambah terus minyak brek atau bawa ke bengkel untuk proses bleeding system brake.

Car photo created by peoplecreations – www.freepik.com

BUNYI NYARING ATAU BISING KETIKA BREK DITEKAN

Apabila brake pad terlalu nipis melepasi tahap minimum atau tahap selamat, pin indicator pada brake pad akan bergesel dengan disk rotor. Bunyi nyaring yang terhasil dari geseran ini adalah amaran brake pad nipis dan perlu ditukar segera.

JARAK MASA BERHENTI LEBIH LAMA / JAUH (BRAKE TAK MAKAN)

Puncanya mudah, permukaan brake pad dan brake rotor tidak rata atau terlalu banyak habuk. Material brake pad tidak lagi mencengkam atas faktor usia. Atau brake pad yang dipakai tidak berkualiti. Jika ini yang anda rasa, terus tukar atau servis system brake kerana ianya sangat bahaya. Bayangkan keadaan jika anda perlu brek emergency.

STEERING BERGEGAR KETIKA BREK DITEKAN

Punca utama adalah brake rotor tidak rata, boleh cuba skimmed disc iaitu meratakan semula brake rotor atau jika sudah terlalu nipis, perlu terus tukar.

TERASA ‘KOSONG’ SEMASA TEKAN BREK

Ini mungkin berpunca sebab ada angin dalam salur minyak brek atau kerosakkan pada pedal brake itu sendiri. Jika ada angin, perlu buat proses bleeding semula di bengkel.

Semoga perkongsian auto dari MASKULIN kali ini boleh memberikan manfaat kepada anda semua. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim