Pernah tak anda rasa penat saja sepanjang masa. Tidur sudah cukup tapi badan masih rasa lesu. Malah kalau buat kerja sikit sangat cepat rasa penat.
Hati-hati ya sebenarnya itu mungkin petanda terlalu banyak toksin dalam tubuh.
Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda.Toksin atau racun dalam tubuh ini sebenarnya bukan hanya melalui pemakanan tapi juga kesan pengambilan ubat-ubatan, udara kotor, radiasi, dehidrasi dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.
Tapi apa yang menakutkan tak ramai tahu bahawa tubuh mereka sebenarnya penuh dengan toksin atau racun. Jika dibiarkan mampu membahayakan organ penting tubuh terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh. Sebelum terlambat ada baiknya kita semak tanda-tanda tubuh yang penuh toksin.
BACA: 10 Tip Diet Mudah Sahur Saranan Kevin Zahri
1. Sering rasa letih – walau pun cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga.
2. Berat badan sukar turun – sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang.
3. Mulut berbau – walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.
4. Sembelit – usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.
5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah – selain itu anda juga kerap rasa cemas.
6. Alahan dan masalah sinus – ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.
7. Masalah kulit – jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.
Jawapannya adalah detoksifikasi atau detoks iaitu proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Ada pelbagai jenis detoks yang boleh anda amalkan.
Antaranya adalah menggunakan epal, anggur, belimbing, oren, tomato, nanas, kubis, brokoli, lemon dan timun.
Minum banyak air putih selain merendamkan kami dengan air, mandi dengan air panas dan juga sejuk.
Sudah diketahui puasa memang satu cara terbaik untuk membuang racun dari tubuh.
Boleh juga mencuba rawatan bekam yang menyedut darah kotor dari beberapa bahagian tubuh.