Rasanya kereta baru yang dikeluarkan di pasaran sekarang hampir kesemuanya dilengkapi dengan power steering. Malah ia sudah tidak asing lagi bagi kita kerana komponen ini memudahkan peanduan menjadi lebih lancar dan senang.
Secara asasnya, power steering mempunyai fungsi sangat penting dalam sistem pemanduan sesebuah kereta. Kewujudan komponen penting ini bukan sahaja memudahkan pemanduan malah memberikan keselesaan.
Tapi satu perkara kita jangan sesekali lupa. Sama seperti komponen kereta yang lain, power steering juga mempunyai jangka hayat ‘kesihatannya’ yang tersendiri. Sampai masa ia akan rosak atau perlu diservis dengan baik.
Dan jika kerosakan pada power steering dibiarkan berlarutan masalah lain pula akan muncul dan kerosakan yang lebih serius. Lebih menakutkan lagi ia membahayakan juga anda apabila melakukan pemanduan.
Jadi bagaimana untuk kita kenal pasti sama ada power steering sudah rosak? Seperti kebanyakan komponen kereta yang lain, ia juga memberikan petunjuk awal bahawa ada sesuatu yang tidak kena bila berdepan kerosakan. Ikuti perkongsian di bawah.
Antara petandan paling ketara berlaku ialah kereta mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan ketika membelok sama ada ke kanan atau ke kiri. Jika perkara ini berlaku besar kemungkinan ia ada berkaitan dengan power steering. Ia juga mungkin disebabkan vane pump sudah tidak lagi berfungsi dengan baik dan optima.
Berlakunya gegaran pada rosak boleh membawa dua petanda. Sama ada tayar atau rim rosak dan juga kerosakan yang berlaku pada power steering. Kondisi seperti ini juga biasanya menandakan fan belt sudah longgar atau rosak. Usah biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri kerosakan itu akan menjadi lebih teruk lalu menyebabkan kos membaikinya meningkat berkali ganda.
Kereta anda mempuyai komponen power steering tapi semasa membelok stereng terasa sangat berat. Ini merupakan petanda palin ketara menunjukkan berlakunya kerosakan pada power steering.
Ini juga antara masalah kerosakan paling serius melibatkan power stering. Bawalah segera kereta anda ke bengkel jika mula terasa berat ketika mahu membelok.
Perubahan warna mimyak pada power steering jga menjadi petanda bahawa ia tidak berada dalam keadaan baik. Minyak ini sangat penting bagi memberikan kelancaran pergerakan stereng. Jadi pilihlah minyak power steering yang berkualiti ia ia dapat berfungsi dengan baik.
Apabila berlakunya kebocoran minyak ini, power steereng tidak dapat berfungsi dengan baik. Kebocoran ini boleh berlaku pada saluran hos ataupun pada resevoir tank. Bawa ke bengkel dan baikinya dengan segera.
Semoga perkongsian petanda-petanda ini dapat mengelakkan anda daripada menjadi mangsa power steering rosak dalam diam.