Sebagai pengguna kereta mesti anda tahu bahawa antara perkara yang boleh buat kita sakit jiwa adalah bila gearbox rosak!
Kalau rosak memang anda kena sediakanlah wang yang agak banyak juga untuk baiki. Untuk elakkan perkara seperti ini berlaku anda sebenarnya kena sentiasa servis kereta ikut pada masanya.
Dan pastikan kondisi kenderaan terutamanya di bahagian dalaman enjin sentiasa diberikan perhatian. Jadi bagaimanakah untuk kita kesan dari awal sekiranya gearbox
mula rosak?Bagi pengguna kereta, ini merupakan antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.
Berdepan kesukaran untuk ‘masuk’ gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.
Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.
Berlakunya ‘freeplay’ iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.
Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.
Bacaan RPM naik jadi jadi tinggi dan tak kembali kepada asal selepas gear
auto bertukar.Terdapat bunyi hentakan kuat berbunyi ‘dukk‘ setiap kali gear auto bertukar.
Keadaan gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
BACA: Tip Jaga Bateri Kereta Agar Tak ‘Kong’ Dengan Cepat, Anda Pun Boleh Berjimat!
Jika anda dapati perkara di atas berlaku itu bermakna gearbox anda menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya kerosakan. Jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri akan jadi lebih teruk.
Bagaimana anda boleh elak tanda-tanda di atas berlaku kepada gearbox kereta? Anda boleh ikuti tip sevis di bawah;
Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
1. Tukar minyak auto
2. Tukar mounting gearbox
3. Tukar pin pada panel gear
4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Bagi anda yang menggunakan kereta manual pila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!