petanda aci pemacu rosak kereta
Foto: DS Auto

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Selain akibat pemanduan yang cuai, faktor kereta hilang kawalan akibat berlaku kerosakan juga banyak berlaku. Untuk mengelakkan anda berdepan situasi ngeri seperti itu, terdapat beberapa petanda kerosakan kereta yang boleh diperhatikan.

Di antara komponen kereta yang sangat penting diberikan perhatian ialah aci pemacu atau lebih dikenali di kalangan mekanik sebagai drive shaft.

Pertama sekali kita perlu faham apakah fungsi aci pemacu. Kenderaan beroda empat atau lebih mempunyai sistem pengendalian kenderaan dari stereng hingga ke tayar. Ia bertanggungjawab mengalihkan torque dan pusingan enjin kepada pergerakan kenderaan semasa kita memandu.

Foto: Fateh Tyre & Auto

Jadi bayangkan jika aci pemacu ini rosak. Stereng sudah dipusing ke kanan atau kiri tetapi kereta tidak bergerak ke arah seperti kita mahukan. Dan inilah yang seterusnya menyebabkan kemalangan.

KEROSAKAN BERLAKU

Walau bagaimanapun anda boleh mengelak daripada menjadi mangsa kemalangan akibat aci pemacu yang rosak. Seperti beberapa komponen penting yang lain jika ia rosak pasti terdapat beberapa petanda awal.

IKLAN

BUNYI KUAT

Semasa melakukan pusingan terutamanya ketika ‘u-turn’, terdapat bunyi kuat pada bahagian hadapan. Kadangala ia bunyi seperti objek sedang berlaga atau mengetuk dengan kuat. Namun bila pada jalan lurus bunyi itu hilang seketika dan muncul semula bila kereta membelok ke kanan atau kiri. Ini kebiasannya akibat kerosakan daripada Outer CV Joint.

BERGEGAR KUAT

Ini petanda yang paling sinonim apabnila aci pemacu mula alami kerosakan. Bila pedal minyak ditekan dan mengambil pick up untuk tukar gear, kereta mula bergegar dengan kuat. Paling ketara gegaran di rasakan di bahagian hadapan. Kadang-kadang boleh menyebabkan papan pemuka bergegar dengan teruk. Besar kemungkinan ini merujuk kepada kerosakan di bahagian Inner CV Joint.

MINYAK GRIS

Terdapat percikan minyak gris di sekitar bahagian tayar atau lower arm di bahagian depan. Masalah ini biasanya boleh dibaiki dengan menukar boot aci pemacu sahaja.

aci pemacu
Foto: ODM
Contoh aci pemacu kereta yang boleh didapati di pasaran

TIP JAGA ACI PEMACU AGAR TAHAN LAMA

Kerosakan aci pemacu biasanya muncul pada kereta atau kenderaan yang sudah berusia 7 tahun ke atas. Namun bagi anda yang menggunakan kereta baru terdapat beberapa cara untuk mengelakkan ia mudah rosak.

  • Bila mengambil selekoh jangan dipulas atau pusing stereng dengan sekuat hati. Elakkan juga membelok hingga habis.
  • Dari semasa ke semasa periksalah rubber boot agar ia sentiasa dalam keadaan yang baik. Jika ia pecah atau terkoyak tukarlah dengan segera.

Ingat jika kereta anda bergegar dengan tiba-tiba itu merupakan amaran besar berlakunya kerosakan terutamanya di bahagian aci pemacu. Dengan mengesan kerosakan dengan cepat anda boleh memastikan keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.

Jangan lupa follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik tentang gaya hidup lelaki!

Kredit: Fateh Tyre & Auto