Perkembangan fesyen streetwear tanah air semakin berkembang pesat. Kini hasil karya anak tempatan sudah bertaraf dunia dan mula menarik perhatian global. Di antara jenama tempatan paling dikenali ramai ialah Pestle & Mortar Clothing (PMC).

Terbaru PMC telah mengumumkan kolaborasi bersama jenama animasi bertaraf dunia dan sangat dikenali ramai. Siapa tidak kenal dengan Looney Tunes siri animasi klasik yang membawakan karakter popular seperti Bugs Bunny, Daffy Duck, Tweety, Marvin the Martiian dan banyak lagi.

Kolaborasi antara PMC x Looney Tunes secara tidak langsung telah membawa nama negara ke peringkat antarabangsa. Walaupun berdepan dengan pandemik yang berlaku sekarang, PMC tetap yakin koleksi yang diperkenalkan kali ini akan mendapat sambutan yang cukup baik.

Pestle & Mortar Clothing Tampilkan Kolaborasi Terbesar Dengan Looney Tunes

Ads

Sudah banyak kenama streewear luar negara melakukan kolaborasi bersama jenama animasi klasik popular. Bila PMC diberi peluang sama ia merupakan satu pengiktirafan yang cukup mengagumkan.

BAWA NOSTALGIA KARAKTER

Jenama yang dikenali dengan mottonya, ‘The Pride of Southeast Asia’ memberikan penghormatan kepada karakter-karakter Looney Tunes menerusi 18 item koleksi. Rata-ratanya tampil dengan rekaan karakter bersejarah dengan sentuhan PMC yang tersendiri.

Antara item yang diketengahkan menerusi koleksi ini ialah t-shirt, kemeja boling, jaket, hoodie, bucket hat, tote bag dan paling istimewa face mask. Kesemuanya menampilkan karakter-karakter yang muncul di dalam program animasi Looney Tunes.

Ads

Pestle & Mortar Clothing Tampilkan Kolaborasi Terbesar Dengan Looney Tunes Pestle & Mortar Clothing Tampilkan Kolaborasi Terbesar Dengan Looney Tunes

Menerusi satu pelancaran serta pengenalan koleksi ini kepada media yang berlangsung beberapa hari lalu, PMC berkata karakter Looney Tunes merupakan antara yang paling dekat dengan pelbagai peringkat umur dan generasi.

Ads

Sempena pelancaran ini juga PMC turut memperkenalkan video lookbook yang penggambarannya dilakukan sekitar lokasi menarik di Kuala Lumpur.

“Kolaborasi bersama francais Looney Tunes sangat istimewa buat kami. Ini kerana ia membawa signifikasi cukup besar kepada ramai orang yang membesar dengan kartun ini. Kami harap koleksi PMC x Looney Tunes mampu membangkitkan rasa nostalgia tersebut,” jelas Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Visi PMC, Hugh Koh.

Koleksi eksklusif Pestle Mortar Clothing x Looney Tunes kini boleh didapati menerusi laman sesawang rasminya, pestlemortarclothing.com dan beberapa outlet terpilih di seluruh negara.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI