Baru-baru ini telah berlangsung satu acara yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat aktiviti larian iaitu ‘The Music Run by CIMB’.
Acara larian disaluti alunan muzik ini merupakan edisinya yang ketiga dan dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Ia bukan sekadar acara biasa kerana hadir sebagai sebuah perayaan meraikan kegembiraan, muzik dan kecergasan. Kira-kira 17,000 peserta dari segenap lapisan masyarakat telah berkumpul untuk merasai pengalaman larian 5km yang unik, bertemakan “Live the Beat”, di mana muzik menjadi pemandu semangat mereka.
Diberi julukan ‘Asia’s Fittest Party’, acara meriah ini turut menyaksikan kehadiran penghibur antarabangsa seperti Sam Withers dan artis terkenal termasuk BLINK, The Filters, dan EMO NIGHT KL.
Mereka semua berpadu suara dalam pesta muzik yang memukau, membawa suasana penuh semangat dan kegembiraan.
Di bawah pengurusan Fresh Events Asia, The Music Run telah menjadi salah satu acara paling dinanti di Asia, dengan pengikut yang semakin bertambah sejak dekad yang lalu.
Ads
Acara ini bukan saja tentang larian dan muzik; ia juga menekankan pengalaman unik yang selamat, tanpa alkohol, mesra alam, dan menyeronokkan dengan moto ‘More Fun. Less Waste’.
Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Kumpulan CIMB Group, berbangga dengan kerjasama ini. “MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA”, CIMB komited pada kelestarian dan gaya hidup sihat.
Toni juga menambah bahawa CIMB akan mengimbangi pelepasan karbon selama acara dengan bantuan YTL-SV Carbon, sebagai langkah ke arah acara yang lebih mampan.
Ads
Manakala, Jeff Ross dari Fresh Events Asia pula menekankan kejayaan The Music Run sebagai bukti pengaruh muzik dan kecergasan dalam menyatukan komuniti. Acara ini bukan saja sekadar hiburan, tetapi juga inspirasi untuk perubahan positif.
Sejak mula dianjurkan di Malaysia pada tahun 2014, The Music Run telah berkembang dari segi populariti. Acara ini telah menarik lebih dari 300,000 peserta dalam 40 acara di 13 negara, menjadi simbolik gaya hidup aktif dan menyatukan orang ramai dari pelbagai latar belakang.
Ads
Dengan kejayaan edisi ke-9, The Music Run bukan saja menggabungkan muzik dan kecergasan, tetapi juga membawa harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Ia adalah bukti bahawa apabila bersatu, kita boleh merealisasikan impian dan mencapai lebih jauh bersama-sama. The Music Run, lebih dari sekadar larian, ia adalah perayaan kehidupan yang dinamik dan penuh warna!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki keazaman tinggi untuk menguruskan badan yang sebelum ini mencecah 120 kilogram, mengubah segalanya. Minat dan kesungguhan untuk bersenam di gim kini menjadi satu kebiasaan. Motivasinya sekarang adalah meningkatkan prestasi kesihatan, kecergasan dan kekuatan tubuh badan.
Bagi Fattah, melihat kesan perubahan bentuk badannya sekarang adalah satu kejayaan yang sangat memuaskan. Namun sebagai seorang yang masih mengekalkan rutin senaman hampir setiap hari, banyak perkara lagi yang peru diperbetulkan terutama di bahagian kekuatan dan simetri tubuhnya.
Bukan hanya sekadar ingin menurunkan berat badan, matlamatnya kini adalah untuk membimbing dan mendidik masyarakat di Malaysia tentang kepentingan menjaga kesihatan. Sudah tentunya dari segi pemakanan dan cara bersenam yang betul, terutama bagi mereka yang mengalami kesukaran ketika bersenam seperti sakit “lower back” atau perempuan mengandung.
Sebagai persediaan untuk itu, pemuda berjiwa kental ini telah mengambil sijil jurulatih kecergasan yang dikeluarkan oleh American Council on Excercise (ACE). Seterusnya sijil-sijil lain yang boleh melayakkannya bergelar jurulatih kecergasan.
Fattah akui, cabaran paling utama yang terpaksa dilalui sepanjang proses menurunkan berat badan adalah untuk mengawal nafsu makan. Oleh kerana dia juga terlibat dengan menyertai pertandingan bina badan, soal makan tidak pernah diabaikan. Kebanyakan makanan yang dimakannya setiap hari dimasak sendiri untuk mengawal jumlah setiap nutrien.
“Jika kita mempunyai keazaman tinggi untuk capai sesuatu, usaha dan tanpa putus asa adalah kunci paling utama. Saya mahu orang yang memiliki berat badan berlebihan mengetahui kisah dan melihat saya sebagai cabaran. Jika saya boleh, anda juga boleh”, ujar Fattah.
PROFIL
Nama penuh: Muhammad Abdul Fattah bin Suffi
Asal: Kajang, Selangor Darul Ehsan
Pekerjaan: ACE certified Personal Trainer
Tinggi: 177cm
Berat: 90kg
Motto: Nothing Beats Solid Foods
Idola kecergasan: Mike O’Hearn
TIPS CERGAS
1- Makan makanan yang sihat dan sentiasa pastikan badan terhidrat
2- Elakkan pengambilan gula dan minyak yang berlebihan
3- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
4- Jangan tinggalkan senaman kardio
5- Senaman kaki adalah WAJIB
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Benarlah lelaki berusia lebih mengancam dimata wanita ini buktinya apabila Datuk Jalaluddin Hassan,63 bersedia untuk menikahi seorang ibu tunggal selepas genap setahun pemergian isterinya, Allahyarhamah Datin Hasimah Mat Ehsan.
Berdasarkan laporan, wanita berusia 44 tahun itu telah berjaya memikat hati Jalaluddin yang merupakan kenalannya di Facebook.
Pelakon terkenal ini juga tidak menafikan beliau kini berkawan dengan ibu tunggal, yang berasal Serkam, Melaka dan dikenali sebagai ‘YR’.
Detik perkenalan itu bermula dengan ucapan ‘Selamat Berpuasa’, kemudian mereka bertemu pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri rakan baik pelakon itu.
“Life must go on! Apabila hilang arwah isteri saya rasa hidup saya tiada erti dan pintu hati pun sudah tertutup. Ya, saya sedang mengenali seseorang dan berhasrat untuk memperisterikannya,” katanya.
“Tarikh masih belum diputuskan lagi, mungkin tahun ini mungkin tahun depan,” tambahnya.
Bapanya Tan Sri Hassan Azhari juga sering menasihatinya agar segera berkahwin kerana kasihankan anak lelakinya itu.
“Ayah saya betul-betul mahukan saya berkahwin secepat mungkin tetapi saya masih belum bersedia.
“Anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin semula kerana sedar saya perlukan seorang isteri pada masa ini terutama untuk menjaga kebajikan saya,” katanya lagi.
Pelakon ini juga berkata, dia memerlukan sedikit ruang untuk membuat keputusan memandangkan keadaan kesihatannya yang sedikit terjejas sehingga perlu bermalam di hospital minggu lalu.
Insyallah, kalau jodoh kami panjang, saya tak berhajat nak buat majlis yang besar. Sederhana cukuplah dan dahulukan perkara wajib.
Saya bertemu kali pertama dengannya pada acara rumah terbuka Aidilfitri lalu atas undangn teman rapat. Rupa-rupanya dia adik kepada rakan baik saya.
Kalau boleh ayah nak saya kahwin bulan ini (Oktober) tapi saya mohon padanya untuk cukupkan setahun pemergian arwah isteri kemudian baru lah fikir langkah seterusnya.
Bersama kita doakan segalanya buat lancar buat Jalaluddin sehingga tiba hari disatukan dengan wanita yang dinamakan YR
Sumber – Mstar
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda penggemar filem dan merupakan seorang kaki wayang pastinya anda tahu tentang filem terbaru arahan pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof yang berjudul ‘Misteri Dilaila’.
Sehingga kini ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton dan telah menjadi bualan terutamanya di laman media sosial. Penonton-penonton yang telah menyaksikan filem ini berkongsi rasa terkejut dan teruja mereka apabila mendapati filem misteri lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor.
Ia menjadi bualan hangat warganet kerana dikatakan mempunyai dua babak akhir yang berbeza. Perkara ini juga disahkan oleh pihak panggung wayang seperti Cathay Cineplex dan MBO Cinemas yang mengeluarkan notis tentang perkara ini di pawagam mereka.
Dipercayai ‘Misteri Dilaila’ merupakan filem tempatan yang pertama berani memperkenalkan pendekatan seperti ini.
Ia merupakan satu langkah berani yang dilakukan oleh pembikin filem tempatan dan melihatkan reaksi daripada warganet, ternyata gimik ini agak menjadi.
Adakah anda sudah menonton filem ini? Jika ya, adakah ia seperti yang digembar-gemburkan?