Selepas mencipta sejarah sebagai atlet berbangsa India pertama bergelar juara dunia di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) .

Pesilat negara, Thamaraj Vasudevan kini dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa pada 2 Januari ini.

Thamaraj Vasudevan Dinaikkan Pangkat Sarjan

Pesilat Negara Thamaraj Vasudevan Dinaikkan Pangkat

Menurut Setiausaha Persatuan Silat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Noorsyahiddawati Abdullah Sani, ia sebagai penghargaan buat atlet berusia 28 tahun yang telah berkhidmat dalam Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Sibu, Sarawak itu susulan kejayaannya meraih pingat emas kategori bebas putra di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20, Ahad lalu.

5 fakta mengenai Thamaraj Vasudevan 

  1. Kejuaraan Dunia Pencak Silat: Thamaraj Vasudevan telah mencatat sejarah sebagai lelaki India Malaysia pertama yang memenangi pingat emas dalam Kejuaraan Dunia Pencak Silat yang diadakan di Abu Dhabi. Kejayaan ini bukan sahaja membawa kebanggaan kepada dirinya tetapi juga kepada negara Malaysia​
  2. Perpindahan dari Taekwondo ke Silat: Asalnya seorang pesilat Taekwondo, Thamaraj mula melibatkan diri dalam silat pada tahun 2017 setelah disarankan oleh jurulatih dan rakan-rakannya ketika berkhidmat dalam angkatan tentera. Keputusan untuk beralih ke silat membawa cabaran baru bagi beliau kerana perlu mempelajari teknik dan peraturan baru dalam masa yang singkat​
  3. Pencapaian di Abu Dhabi: Selain memenangi pingat emas, kejayaan Thamaraj turut menyumbang kepada kejayaan keseluruhan pasukan Malaysia yang membawa pulang enam pingat emas, sembilan perak, dan empat gangsa dari kejuaraan tersebut. Prestasi ini menandakan Malaysia sebagai salah satu kuasa utama dalam sukan Pencak Silat di peringkat global​
  4. Promosi dalam Kerjaya Tentera: Berikutan kejayaannya, Thamaraj telah dinaikkan pangkat dari Koperal ke Sarjan dalam Kor Polis Tentera Diraja. Promosi ini adalah pengiktirafan bagi sumbangannya dalam sukan silat dan juga sebagai wakil negara dalam peringkat dunia​
  5. Aspirasi Masa Depan: Setelah kejayaan di Abu Dhabi, Thamaraj kini memasang impian untuk melanjutkan koleksi pingatnya dengan menyasarkan kejuaraan lain seperti Kejuaaran Asia dan Sukan SEA. Beliau berazam untuk terus meningkatkan kemahiran dan membawa lebih banyak kejayaan untuk Malaysia​
Pesilat Negara Thamaraj Vasudevan Dinaikkan Pangkat
Ahmad Fauzan Hadi yang meraih pingat emas di acara silat kreatif tunggal putra (Kredit: FMT)

Dalam pada itu, turut diberikan kenaikan pangkat Sarjan seorang lagi pesilat yang meraih pingat emas acara silat kreatif tunggal putra Ahmad Fauzan Hadi.

Ads

Selain itu, Noorsyahiddawati juga meluahkan rasa teruja melihat pencapaian Thamaraj yang beralih daripada sukan taekwondo kepada seni silat hingga membuahkan hasil dengan bergelar juara dunia.

Pesilat Negara Thamaraj Vasudevan Dinaikkan Pangkat
Kredit: Bernama

Katanya, atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu telah menunjukkan minatnya dalam sukan silat dan pihaknya telah melatih serta menghantar Thamaraj menyertai Kejuaraan Silat Kebangsaan pada 2022.  

Thamaraj muncul antara pesilat senior yang menyumbang enam pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Dunia, menyaksikan Malaysia turut membawa pulang sembilan perak dan empat gangsa. 

Ads

Terdahulu, pada aksi di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) itu, Thamaraj menewaskan pesilat Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek, untuk membawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.

Sumber: Bernama

Ads

 

Pesilat Negara Thamaraj Vasudevan Dinaikkan Pangkat

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI