Buat squats boleh tampil kacak?
Ya, mengapa tidak. Ini kerana senaman squats mampu membantu anda mendapatkan bentuk tubuh badan terutamanya di bahagian punggung dan peha tampil lebih mantap dan pejal.
Wanita pasti akan menoleh tengok buat kali kedua jika mereka melintas anda. Tak percaya? Cubalah lakukan squats secara konsisten dan MASKULIN boleh jamin penampilan anda akan berubah dengan drastik.
Terdapat beberapa jenis squats yang boleh anda cuba. Antaranya ialah;
- Back squats
- Front squats
- Box squats
- Bulgaria split squats
- Jefferson squats
- Zercher squats
- Prisoner squats
- Goblet squats
BACA: Selain Bentuk Body Sixpack, Ini 8 Lagi Manfaat Senaman Plank Setiap Pagi!
Setiap squats yang MASKULIN nyatakan di atas mempunyai fokus terhadap otot-otot tertentu terutama di bahagian punggung, perut, peha dan bahagian badan. Secara keseluruhannya anda akan dapat banyak manfaat dan kelebihan apabila melakukan squats.
Ini 15 manfaat yang perolehi jika sentiasa mengamalkan senaman squats!
1.
Membina otot di seluruh badan
2.
Membakar lebih banyak lemak
3.
Meningkatkan kesihatan badan
4.
Mengekalkan tahap mobiliti anda
5.
Membantu anda meningkatkan tahap keseimbangan
6.
Tingkatkan prestasi sukan
7.
Mencegah kecederaan otot
8.
Mengukuhkan teras anda iaitu bahagian abdomen
9.
Menguatkan sendi
10.
Senaman yang bersifat praktikal
11.
Mempunyai variasi cara berbeza agar anda tak bosan
12.
Tak menelan kos yang tinggi
13.
Boleh dilakukan di mana saja
14.
Tidak perlukan ruang yang luas
15.
Meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makan Sikit Tapi Mudah Kenyang, Mungkin Anda Ada Masalah

Bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan pasti cemburu apabila mendapati ada rakan-rakan yang makan sikit sahaja sudah kenyang.
Usah terlalu mudah kagum dengan orang lain. Setiap orang berbeza kondisi kesihatan mereka. Mungkin ada yang cepat kenyang itu disebabkan corak atau gaya hidup mereka yang berbeza dengan anda.
Ada orang makan sikit tapi kerap. Tapi jika makan sikit pun sudah kenyang tapi tidak dilakukan dengan kerap itu sesuatu yang harus dirisaukan.
KENYANG AWAL
Kenyang awal atau dalam istilah Bahasa Inggeris, early satiety kebiasaanya mudah berlaku kepada wanita.
Namun itu tidak bermaksud lelaki tidak ada yang berdepan masalah ini. Kenyang awal ini bermaksud anda berasa kenyang hanya selepas beberapa suap makanan atau tidakmampu menghabiskan hidangan bersaiz normal. Selain itu, mereka juga akan berasa mual atau mahu muntah semasa makan.
PUNCA
Kenyang awal mungkin kelihatan seperti masalah kecil, terutamanya jika anda tidak mempunyai simptom lain. Walaubagaimana pun, kenyang awal yang berterusan boleh menjadi tidak sihat dan mendorong kepada kekurangan nutrisi, kelaparan dan penyembuhan luka yang lemah.
Malah, ia juga boleh menjadi tanda keadaan yang serius seperti kanser, ulser dan diabetes. Bagi sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman atau kurang darah jika tidak dirawat.
i. Gastroparesis
Gastroparesis adalah penyebab utama kenyang awal. Orang mempunyai gastroparesis mengalami kenyang awal kerana makanan berada di perut mereka lebih lama daripada yang sepatutnya.
Kebanyakan masa, punca gastroparesis tidak diketahui. Tetapi menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, paling biasa diketahui adalah diabetes penyebab gastroparesis. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan perut.
ii. Kanser
Kenyang awal juga merupakan kesan sampingan yang biasa dalam rawatan kanser dan kanser itu sendiri. Menurut Nutrisi dan Pesakit Kanser, rasa kenyang awal adalah satu daripada 10 simptom utama bagi kanser walaupun ia tidak termasuk dalam kebanyakan simptom yang dinilai.
Kenyang awal pada orang yang mempunyai kanser cenderung bersama penurunan berat badan, anoreksia, dan perubahan rasa. Sekurang-kurangnya, orang yang mengalami kenyang awal dan kanser juga mungkin mengalami pelbagai tahap keletihan, kelemahan, dan mulut kering.
iii. Sindrom usus yang merengsakan
Gangguan yang memberi kesan kepada usus besar atau kolon dan menyebabkan sakit perut.
Ada juga mungkin berasa:
- Kekejangan perut
- Kembung
- Gas
- Cirit-birit
- Sembelit

DIANOSIS
Kenyang awal berkongsi banyak persamaan dengan simptom lain seperti kembung perut dan hilang selera makan. Proses untuk mengetahui keadaan yang membimbangkan kesihatan ini dipanggil diagnosis pembezaan (differential diagnosis).
Bagi menentukan kenyang awal, doktor akan memeriksa sejarah perubatan, melakukan pemeriksaan fizikal dan meminta anda melakukan ujian darah bagi memeriksa kiraan gula dan gula dalam darah.
Sekiranya terdapat simptom lain, pemeriksaan berikut akan dilakukan:
- Upper gastrointestinal series (UGI), bagi memeriksa tanda-tanda gastroparesis melalui X-ray
- Endoskopi atas, untuk memeriksa dengan teliti saluran pencernaan menggunakan kamera kecil
- Ultrasound perut, untuk membuat gambar organ perut
- Ujian najis, untuk memeriksa pendarahan usus
- Gastric emptying scintigraphy, untuk menjejaki berapa cepat makanan mengosongkan ke dalam usus anda
- SmartPill, untuk melihat berapa cepat makanan bergerak melalui trek pencernaan
- Ujian nafas mengosongkan perut, untuk mengira berapa cepat perut anda kosong
RAWATAN
Rawatan kenyang awal bergantung kepada puncanya. Doktor mungkin mencadangkan:
- Makan lebih banyak, hidangan kecil setiap hari
- Kurangkan pengambilan lemak dan serat kerana ia memperlahankan pencernaan
- Pengambilan makanan dalam bentuk cecair atau puri
- Mengambil perangsang selera makan
- Mengambil ubat untuk melegakan ketidakselesaan seperti metoclopramide, antiemetik, atau eritromisin
Doktor anda juga boleh merujuk pakar pemakanan yang boleh membantu anda membuat perubahan diet untuk memenuhi keperluan pemakanan harian anda.
Manakala dalam kes yang lebih teruk, doktor akan mengesyorkan prosedur yang memerlukan pembedahan kecil.
Subsribe channel YouTube MASKULIN untuk selek video menaril seperti di bawah:
Kredit : hellodoktor.com/
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pelakon Guardian Of The Galaxy Chris Pratt, Kongsi Senaman Harian Di Instagram

Siapa tak sabar nak tengok The Avengers Infinity War Khamis ni? Anda pasti mengenali Chris Pratt yang sudah menakluki Guardian Of The Galaxy. Baru-baru ini beliau telah merakam diri beliau bersenam di sebuah gym. Banyak kaedah senaman yang ditunjukkan antaranya CrossFit, Wrestling, dan Jiu Jitsu. Anda pasti tidak kering gusi apabila melihat aksi Pratt dengan lagaknya di atas treadmill.
View this post on InstagramA post shared by chris pratt (@prattprattpratt) on
Beliau ada mengatakan dalam laman Instagram beliau bahawa ini merupakan senaman persediaan beliau untuk filem Guardian Of The Galaxy dan The Avengers Infinity War. Dalam caption beliau juga, latihan beliau terdiri daripada beberapa bahagian yang berbeza. Beliau bergurau dengan berkata,senaman dimulakan dengan Hyper-mini-sprints diselarikan dengan hayunan tangan yang pantas membuatkan peluh menitik-nitik dengan banyak. Diikuti dengan jalan secara perlahan dengan penuh macho, dan diakhiri dengan sebuah tarian tangan dengan penuh gaya. Jika anda lakukan senaman ini di atas treadmill semalam 20 saat, anda sudah berjaya membakar lemak sebanyak dua ratus ribu minimun. Guraunya.
Mendapat juataan penonton yang melihat video laman Instagram itu, Dwayne Johnson tidak melepaskan peluang untuk membalas di ruang komen dengan berkata:
“Awaklah raja fitness yang saya kagumi”
Disamping umum mengetahui The Rock merupakan Maharaja apabila dikaitkan dengan fitness.
Apa yang lebih menarik lagi, Pratt dengan rasa bangganya menjawab,
“Awak juga boleh menjadi seperti saya, perjalanan awak masih jauh”
Ketepikan jenaka antara The Rock dan Star-Lord, senaman yang dilakukan oleh Chris Pratt wajar diikuti oleh mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan atau mencantikkan betuk badan. Senaman ini dinamakan Interval Training. Ia bersifat tempo yang boleh membakar lemak secara efektif. Dalam pada masa yang sama, ia boleh menaikkan metabolisme untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia fitness. Tak adalah anda bosan dengan rutin anda di treadmill setiap hari.
Anda boleh mencuba jenis senaman ini ketika di gym dengan hanya selang-seli kan dengan rutin senaman biasa dan treadmill. Anda hanya memerlukan 15 minit saja untuk senaman jenis ini.
- Panaskan badan
- Jogging selama dua minit
- Bersenam (HITT/Tabata/ atau apa-apa yang sesuai)
- Lari secara pantas selama 30 saat
- Berjalan atau jogging selama 60 saat
- Ulang rutin ini sebanyak 8 rap.
Sebaik sahaja anda terbiasa dengan latihan Interval, gandakan rutin ini sebanyak 10 atau 12 rap dalam satu sesi. Jika anda sudah pro seperti Pratt, jangan lupa untuk akhiri senaman anda dengan tarian kemenangan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hilangkan Sakit Mata Disebabkan Alergi Atau Bakteria Dengan 10 Cara Tradisional

“Wei.. nampak bengkak tak mata aku ni?” Itulah adalah persoalan yang diajukan sebaik sahaja seseorang itu rasa macam sakit mata.
Sakit mata ini boleh terjadi kerana beberapa punca seperti :
1. Jangkitan Virus
Virus boleh menjadi penyebab sakit mata. Biasanya gejala yang timbul adalah mata berair, gatal, merah, terasa bengkak dan mengalas pade bahagian mata.
2. Jangkitan Bakteria
Selain virus, ada beberapa jenis bakteria juga boleh menyebabkan sakit mata seperti bakteria staphylococcus dan bakteria pneumoccocus. Mata juga akan terase pedih dan akan keluar kotoran atau yang berwarna kuning. Waktu bangun pagi, mata akan susah dibuka kerana melekit akibat banyak kotoran yang keluar. Mata terasa panas seperti ada benda asing yang masuk.
3. Akibat Alergi
Alahan yang berlaku pada mata juga boleh menyebabkan sakit mata. Kadang-kadang mata juga akan terasa bengkak seperti terisi cecair di dalamnya.
4. Luka pada mata
Luka pada mata juga boleh menjadi punca sakit mata. Jika tidak dirawat dengan betul, luka pada mata boleh menyebabkan jangkitan.
Sekiranya anda sedang mengalami masalah sakit mana ini, apa kata anda cuba selesaikan dengan menggunakan 10 cara tradisional ini :
1. Madu lebah
Anda boleh gunakan madu lebah untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titiskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Cuci mata anda. Lakukan 2 atau 3 kali sehari.
2. Air garam
Rendam mata dalam air garam. Caranya, buat sebekas air garam yang boleh memuatkan bahagian muka dan selamkan muka ke dalam bekas tersebut. Kelip-kelipkan mata di dalam air garam tersebut.
3. Daun sirih & kunyit
Gunakan daun sirih untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, basuh 5 helai daun sirih dan tumbuk bersama kunyit sehingga lumat. Campurkan dengan air panas, tapis dan ambil airnya. Kemudian minum air tersebut. Buat setiap hari sehingga baik. Air sirih dan kunyit digunakan untuk menguatkan sistem imun badan kita.
4. Susu ibu
Titiskan susu ibu ke dalam mata. Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.
5. Timun
Timun boleh digunakan untuk merawat sakit mata. Caranya sediakan timun yang besar. Kemudian dihiris tipis-tipis dan tampal pada mata selama beberapa saat. Sifat anti bakteria yang terdapat pade timun membuatkannya sangat mujarab untuk mengatasi sakit mata. Selain itu, timun juga dapat memberikan kesegaran kepada mata.
6. Kentang
Selain timun, hirisan kentang juga mempunyai manafaat yang mujarab untuk menyembuhkan mata yang sakit dan merah. Ambil kentang yang masih segar dan cuci bersih, Kemudian hiris tipis-tipis dan letak di atas mata. Kesegarannya akan membuatkan mata jadi lebih tenang dan terasa sejuk sehingga rasa gatal pada mata akan hilang.
7. Air mawar
Cara merawat sakit mata yang merah dengan semula jadi juga boleh dilakukan dengan air mawar. Caranya juga begitu praktikal kerana boleh dilakukan sendiri di rumah. Amil bunga mawar dan masukkan dalam air bersih, gunakan air mawar tersebut untuk membasuh mata. Lakukan dengan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
8. Air zam-zam
Titikkan air zam-zam kedalam mata dan amalkan selalu sehingga sembuh.
9. Air kosong
Minum air putih atau air minarel sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan.
10. Daun sirih muda
Ambil beberapa helai daun sirih muda, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air dan dididihkan seketika. Selepas itu, tapiskan air sirih tersebut dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, rendamkan mata di dalam bekas berisi air tapisan sirih tadi dan kelip-kelipkan mata. Lakukan sehingga sembuh.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI