Seperti mana yang kita tahu, ‘cramp’ merupakan kondisi di mana otot mengalami kekejangan lalu menyebabkan rasa sakit di bahagian tersebut. Jika semasa anda melakukan sit up dan merasa sakit yang belum pernah dirasakan sebelum ini, bermakna anda berpotensi besar mengalami cramp otot perut.
Kekejangan otot semasa atau selepas melakukan senaman seperti sit up boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa saat atau minit yang boleh menyebabkan kesakitan sederhana dan juga melampau.
Sebelum cramp itu berlaku anda sendiri sebenarnya boleh merasakan ada pergerakan atau ‘spasm’ pada bahagian otot perut. Selepas berlakukan cramp, anda mungkin akan berasa tidak selesa malah sakit yang mungkin kekal selama beberapa hari. Jika rasa sakit keterlaluan berpanjangan dapatkanlah segera rawatan di klinik atau hospital.
Terdapat beberapa tip dan cara untuk mengelak berlakukan cramp otot perut. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa cara tersebut.
Makan atau minum sebelum melakukan senaman seperti sit up boleh menjadi punca berlakukan cramp otot perut. Semakin banyak anda makan atau minum sebelum bersenam sebenarnya meningkatkan lagi kebarangkalian anda berdepan masalah ini.
Namun meminum air kosong didapati kurang memberikan kesan berbanding minuman seperti jus. Jika anda berasa dehidrasi atau kekurangan aur, minumlah secara sikit demi sikit.
Ini antara faktor betapa pentingnya melakukan warm up atau memanaskan badan sebelum bersenam. Lakukan regangan ringkas termasuklah di bahagian otot perut sebelum melakukan senaman intesif seperti sit up. Melakukan warm up asas seperti kardio amatkan digalakkan bagi menyediakan badan anda untuk senaman.
Regangan badan juga boleh dilakukan dari atas ke bawah bagi memberikan otot lebih bersedia. Ia boleh mengelakkan anda berdepan bukan sahaja kekejangan malah kecederaan serius.
Pastikan badan anda dalam kondisi hodrasi yang baik atau dalam bahasa kasarnya cukup air. Walaupun tidak berapa digalakkan minum sejurus sebelum melakukan senaman, anda sebenarnya harus minum air kira-kira 500 ml dua atau tiga jam sebelum melakukan senaman dan 200 ml kira-kira setengah jam sebelum.
Selai itu sentiasa amalkan minum air secara rutin bagi membuatkan badan anda setiasa terhidrasi atau cukup air. Kekurangan air dalam badan oleh menyebabkan berlakukan kekejangan di mana-mana bahagian otot sekali pun apabila bersenam.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!