Seperti mana yang kita tahu, ‘cramp’ merupakan kondisi di mana otot mengalami kekejangan lalu menyebabkan rasa sakit di bahagian tersebut. Jika semasa anda melakukan sit up dan merasa sakit yang belum pernah dirasakan sebelum ini, bermakna anda berpotensi besar mengalami cramp otot perut.
Kekejangan otot semasa atau selepas melakukan senaman seperti sit up boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa saat atau minit yang boleh menyebabkan kesakitan sederhana dan juga melampau.
Sebelum cramp itu berlaku anda sendiri sebenarnya boleh merasakan ada pergerakan atau ‘spasm’ pada bahagian otot perut. Selepas berlakukan cramp, anda mungkin akan berasa tidak selesa malah sakit yang mungkin kekal selama beberapa hari. Jika rasa sakit keterlaluan berpanjangan dapatkanlah segera rawatan di klinik atau hospital.
Terdapat beberapa tip dan cara untuk mengelak berlakukan cramp otot perut. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa cara tersebut.
JANGAN MAKAN ATAU MINUM
Makan atau minum sebelum melakukan senaman seperti sit up boleh menjadi punca berlakukan cramp otot perut. Semakin banyak anda makan atau minum sebelum bersenam sebenarnya meningkatkan lagi kebarangkalian anda berdepan masalah ini.
Ads
Namun meminum air kosong didapati kurang memberikan kesan berbanding minuman seperti jus. Jika anda berasa dehidrasi atau kekurangan aur, minumlah secara sikit demi sikit.
PASTIKAN WARM UP
Ini antara faktor betapa pentingnya melakukan warm up atau memanaskan badan sebelum bersenam. Lakukan regangan ringkas termasuklah di bahagian otot perut sebelum melakukan senaman intesif seperti sit up. Melakukan warm up asas seperti kardio amatkan digalakkan bagi menyediakan badan anda untuk senaman.
Ads
Regangan badan juga boleh dilakukan dari atas ke bawah bagi memberikan otot lebih bersedia. Ia boleh mengelakkan anda berdepan bukan sahaja kekejangan malah kecederaan serius.
PERSEDIAAN DUA ATAU TIGA JAM SEBELUM
Pastikan badan anda dalam kondisi hodrasi yang baik atau dalam bahasa kasarnya cukup air. Walaupun tidak berapa digalakkan minum sejurus sebelum melakukan senaman, anda sebenarnya harus minum air kira-kira 500 ml dua atau tiga jam sebelum melakukan senaman dan 200 ml kira-kira setengah jam sebelum.
Ads
Selai itu sentiasa amalkan minum air secara rutin bagi membuatkan badan anda setiasa terhidrasi atau cukup air. Kekurangan air dalam badan oleh menyebabkan berlakukan kekejangan di mana-mana bahagian otot sekali pun apabila bersenam.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain daripada mak cik bawang, bawang juga terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Bawang mungkin musuh ketat anak dara, kerana mata akan pedih bila terkena percikan ketika memotong bawang tersebut. Kalau bab mak cik bawang, jangan cakaplah. Semua pun suka membawang kan? Ini kebaikan bawang yang anda harus tahu. Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Boleh hilangkan bau
Bagaimana bawang boleh menghilangkan bau? Anda hanya perlu belah bawang kepada dua. Satu bahagian tu anda boleh masak, satu lagi bahagian tu anda boleh letakkan di ruang udara kawasan rumah anda. Dalam masa setengah jam, bau hamis dalam kawasan rumah anda akan berkurangan. Ini kerana bawang bertindak untuk menghapuskan bau kurang menarik dalam rumah anda.
Kekuatan lelaki
Ini sesuai untuk lelaki, kajian mendapati lelaki yang gemar makan bawang akan memiliki kekuatan batin yang sangat luar biasa. Barulah prestasi anda di dalam bilik tidur menggagumkan. Ini kerana bawang boleh menaikkan seksual stamina daripada Zero to Hero.
Melancarkan peredaran darah
Tahukah anda bahawa kulit bawang boleh membantu anda melancarkan peredaran darah? Kandungan kulit bawang yang mempunyai antioksidan ini boleh anda nikmati setiap hari sebelum tidur. Caranya, rendamkan kulit bawang dengan air panas selama 15 minit, dan minum sebelum tidur. Tapi ingat! Petua ini tidak sesuai untuk anda yang hamil atau menyusu. Jadi, yang lain tu, boleh cuba petua ni, jangan buang kulit bawang tu.
Tidur dengan senang
Jika anda seorang penghidap Insomnia, maka bawang merupakan ubat untuk anda tidur tanpa sebarang masalah. Anda hanya perlu belah bawang kepada dua bahagian, atau anda boleh hiris kecil bawang tersebut. Ambil bau bawang tersebut selama beberapa minit, dan waktu tidur anda tidak akan terganggu lagi selepas ini.
Keradangan telinga
Mungin jumlah orang yang mengalami keradangan telinga tidak begitu ramai di Malaysia, namun ia sungguh menyakitkan. Jika anda salah seorang mangsa, mungkin anda sudah boleh beli beberapa biji bawang hari ini. Anda hanya perlu bakar ia di dalam oven sehingga ia menjadi lembut, dan perah jus bawang tersebut. Kemudian titikkan perahan bawang tadi ke dalam telinga anda, dan ia akan memulihkan keradangan telinga anda dengan sendirinya.
Boleh hilangkan kelemumur
Ini bukan saja tertumpu pada wanita, lelaki juga turut menghadapi masalah kelemumur. Berapa banyak duit anda dah habiskan di salon untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat? Tak perlu dah. Anda cuma perlu ambil bawang dari dapur dan letak di rambut anda. Caranya, hiris kecil bawang dan campurkan dengan lidah buaya, Perap rambut anda selama 15 minit. Lakukan rutin ini selama seminggu dan lihat hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernahkah anda tertanya-tanya terdapat perbezaan atau tidak melakukan senaman pada waktu pagi, petang dan malam?
Sebenarnya memilih waktu senaman serba sedikit memberikan perbezaan kepada tubuh kita. Ia juga bergantung kepada kesesuaian bagaimana seseorang itu menjalani kehidupan seharian.
Namun bagi anda yang sukar tidur dan lelap pada waktu malam dinasihatkan untuk melakukan aktiviti senaman pada waktu pagi. Kenapa pada waktu pagi? Ada beberapa penjelasannya.
Tidak dinafikan bersenam merupakan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan.
BANTU KITARAN TIDUR LEBIH BAIK
Bagi mereka yang mengalami masalah tidur di waktu malam, cara terbaik ialah melakukan senaman pada waktu pagi. Bila kita bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu tubuh untuk mudah tidur dan menjadi lebih sihat.
Senaman pagi secara tetap akan membantu kita memperbaiki kitaran tidur (sleep rhythms) dan akan merangsangkan tubuh kita akan mengeluarkan hormon melatonin pada sebelah petang bertujuan untuk kita mudah tidur di waktu malam.
Ini bagus untuk mendapatkan tidur yang lena, kata Dr Sofie Laage-Christiansen from Aarhus University, Denmark, menjalani kajian tidur dalam Ph.D nya.
“Bersenam pada waktu pagi mendedahkan kita pada cahaya di siang hari, merangsangkan otak untuk mengeluarkan hormon melatonin di waktu petang (awal malam).”
Jadi bangunlah lebih awal untuk melakukan senaman yang ringan kerana ia merangsangkan tubuh mengeluarkan hormon adrenaline, yang menyebabkan tubuh akan berasa segar sepanjang hari.
HORMON ADRENALIN
Adrenalin adalah hormon yang akan dikeluarkan ketika kita berada dalam keadaan stress, menyebabkan degupan jantung bertambah laju dan meningkatkan tekanan darah. Ia akan dikeluarkan ketika sedang bersenam.
Sudah tentu ianya berbahaya jika kita berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang apatah lagi jika senaman dilakukan pada masa yang tidak sesuai seperti waktu malam. Sepatutnya pada lewat petang dan malam, tubuh kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang rendah sebagai persediaan untuk tidur.
Adrenalin adalah salah satu hormon yang mempunyai kesan positif pada tubuh jika ia dikeluarkan pada waktu siang. Otak kita akan berasa segar dan ini tidak sesuai apabila kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang tinggi pada waktu malam kesan hormon adrenaline berlangsung selama beberapa jam, menurut Dr Laage-Christiansen.
Selain noradrenaline, cortisol dan endorphins, juga bertindak seperti adrenaline ketika dalam stress.
DUA HORMON INI MERANGSANG PERMULAAN TIDUR
Satu lagi hormon adalah hormon serotonin, atau dikenali sebagai ‘hormon kegembiraan’ yang membantu saraf dan otak berfungsi dengan baik. Dopamine pula adalah sebatian natural dalam tubuh yang dikeluarkan apabila kita merasa pengalaman yang menarik dan indah. Jadi kedua-dua hormon ini sangat baik untuk merangsang permulaan tidur kita.
Tetapi kedua-dua serotonin dan dopamine tidak dikeluar semasa kita berada dalam stress dan apabila tahap hormon adrenalin berada dalam keadaan yang tinggi. Ini bermakna kita tidak dapat tahap serotonin dan dopamine yang diperlukan selama beberapa jam setelah noradrenaline dikeluarkan.
SUKAR TIDUR JIKA BERSENAM MALAM
Jika kita menamatkan senaman kita pukul 11-12 malam, bermakna kita mungkin akan mengalami rasa sukar untuk tidur sehingga 2-3 pagi.
Jadi cara yang terbaik adalah bersenam pada waktu pagi kerana ia mengekalkan jam biologi atau ‘biological clock’ sepanjang hari. Bila hormon ini dikeluarkan sepanjang hari pada waktu siang di masa kita bekerja, mental dan fizikal kita bersedia menghadapi cabaran.
Jam biologi kita telah menetapkan bahawa kita akan mengeluarkan hormon cortisol dan noradrenalin pada tahap tertinggi pada pukul 9 pagi dan menghentikan pengeluarannya apabila waktu malam. Keadaan ini bertukar iaitu tahap hormon crtisol dan noradrenalin berada di tahap tertinggi bila kita berada dalam keadaan stress dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam pda waktu malam.
BERSENAM DI TEMPAT YANG TERDEDAH DENGAN CAHAYA MATAHARI
Selain dari bersenam pada waktu pagi, cara yang terbaik adalah melakukan senaman di luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari dan akhirnya merangsang pengeluaran melatonin di lewat petang. Bersenam di tempat yang tiada cahaya matahari terutama pada waktu malam tidak merangsangkan pengeluaran melatonin secukupnya.
Inilah cara untuk menjadikan seseorang yang mengalami sukar untuk tidur (kita istilahkan sebagai ‘a night owl’ ) kepada orang yang mudah bangun pagi (‘an early riser bird). Bersenam di awal pagi di bawah cahaya matahari yang tidak terik.
Tidak kira senaman yang kita lakukan, asalkan ia adalah aktiviti fizikal. Berjalan pun sudah memadai terutama bagi mereka yang sudah ada penyakit kronik. Begitu juga orang yang sudah berusia 45 tahun ke atas, kecuali mereka benar-benar fit.
Bersenam pada waktu pagi juga membantu merawat rasa kerunsingan (anxiety). Jika seorang yang mengalami masalah ini tidak sempat melakukan senaman pada waktu pagi, bolehkah mereka melakukannya pada waktu malam?
Menurut Dr Laage-Christiansen, lebih baik tidak melakukannya pada waktu malam dan menunggu pada waktu pagi pada hari yang lain. Ini kerana orang yang mengalami masalah kerunsingan selalunya lebih mudah akan mengalami masalah sukar tidur di waktu malam jika melakukan aktiviti fizikal pada waktu malam.
BERSENAM MALAM TIDAK BAGUS DILAKUKAN BERTERUSAN
Melakukan senaman pada waktu malam ketika tubuh sedang bersiap untuk rehat adalah bertentangan dengan fitrah dan jam biologi kita. Hormon stress akan menyebabkan tubuh dalam keadaan mood aktif, padahal sepatutnya pada waktu itu tubuh berada dalam mood rehat. Ini akan menyebabkan kita menjadi lebih sukar untuk tidur. Terutama jika dilakukan oleh pesakit yang ada masalah anxiety.
Memang benar, bersenam lebih baik dari tidak bersenam. Tetapi bersenam pada waktu malam tidak bagus dilakukan berterusan dan dilakukan sebagai amalan setiap hari. Ini kerana menyebabkan tubuh berada dalam keadaan stress pada waktu bukan sepatutnya.
Tidak menjadi masalah bila melakukan sesekali melakukan aktiviti bersenam pada waktu malam sebagai salah satu aktiviti bersosial tetapi bukanlah amalan yang baik jika dilakukan pada setiap hari dalam jangka masa yang lama berjam-jam.
BERSENAM MALAM PENYEBAB STRES
Seorang pakar dalam kajian tidur, Professor Poul Jennum dari Department of Clinical Medicine, di University of Copenhagen, Denmark, mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya bersenam sebelum kita tidur atau selepas pukul 8 malam. Bersenam pada waktu ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan stress pada bukan waktunya dan ia mengganggu kitaran tidur kita.
Banyak kajian pada masa ini yang mengaitkan tubuh dan minda yang stress dengan masalah metabolik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke. Penyakit-penyakit ini sudah tentu tidak berlaku pada jangka masa yang pendek, tetapi berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah penyakit tersebut.
Jika tidak sempat bersenam di awal pagi, kita boleh bersenam selepas balik kerja di waktu petang. Bukan di waktu malam.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagaimana tahi mata terbentuk? Tahi mata mengandungi mukus, minyak, sel kulit dan bahan lain yang terkumpul pada tepi mata ketika tidur.
Sama ada ia melekit ataupun kering, pembentukan tahi mata terpulang kepada jumlah peratusan kandungan air.Tahi mata dengan pengeluaran sedikit tidak membahayakan kesihatan mata tetapi jika ia berlebihan dengan warna kuning dan hijau, adalah penting berjumpa dengan doktor mata untuk mendapatkan rawatan.
Tahi mata sebenarnya berperanan melindungi, mengeluarkan sisa buangan dan kandungan yang membahayakan daripada permukaan mata. Mata kita sentiasa mengeluarkan air mata yang meliputi bahagian depan permukaan mata.
Apabila kita mengerlip mata, permukaan mata berair dan mukus ini membantu membuang sisa kotoran sebelum ia mengeras atas permukaan mata, berbeza dengan waktu tidur yang mana mata tidak berkerlip. Jadi, kandungan kotor ini terkumpul dan mengeras pada tepi mata, lantas berlakunya tahi mata.
Jangkitan kuman
Tahi mata dengan kuantiti sedikit yang keluar selepas bangun dari tidur adalah normal terutama jika seseorang mengalami jangkitan demam dan selsema. Tetapi, jika jumlah tahi mata adalah banyak dengan warna kehijauan atau kekuningan, penglihatan kabur atau mata sakit dan pedih apabila terkena cahaya, ini mungkin tanda mata mempunyai jangkitan serta perlu mendapatkan pemeriksaan doktor mata.
Malah, individu yang pernah melalui sejarah alahan dan sering menggosok mata pada awal pagi dengan pengeluaran tahi mata berlendir atau melekit juga disarankan mendapat nasihat daripada doktor mata. Jangkitan penggunaan kanta lekap juga boleh menyebabkan pengeluaran tahi mata pada waktu pagi adalah lebih daripada biasa.
Ini disebabkan beberapa faktor, termasuk jangkitan mata disebabkan kuman. Memakai kanta sentuh terlalu lama setiap hari juga akan menyebabkan mata semakin kering dan tidak selesa. Ini antara sebab mata rasa penat dan gatal.
Jangkitan pada mata
Selain itu, keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan jangkitan pada bahagian saluran keluar air mata. Apabila saluran keluar air mata tersumbat, kandungan tahi mata semakin terkumpul pada bahagian “lacrimal sac”.Kandungan ini boleh membiakkan jangkitan dan menyebabkan keradangan. Bahagian ini akan nampak bengkak dan sakit dan mata sering berair sekali gus menyebabkan mata bertahi.
Walaupun tiada kaitan dengan faktor genetik, bayi berusia kurang daripada setahun dengan kekerapan mata berair perlu menjalani pemeriksaan untuk memastikan pembentukan saluran air mata keluar dengan betul. Jika kanak-kanak berumur empat dan enam tahun mengalami masalah tahi mata berlendir pada setiap pagi dan sering menggosok mata disebabkan mata gatal, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan rawatan untuk masalah alahan mata ini.
Panduan elakkan jangkitan pada mata
* Mengelakkan menyentuh mata supaya mengurangkan jangkitan daripada merebak.
*Kerap kali mencuci tangan, lebih-lebih lagi terdapat masalah mata merah yang berjangkit
*Jika anda adalah seorang yang sering menggunakan kanta lekap, elakkan terus menggunakan ia dan berjumpa segera doktor.
* Jika mata bertahi dan merah, jangan gunakan bahan kosmetik pada mata seperti maskara dan pensil mata
•Jika mata bertahi disebabkan alahan, elakkan persekitaran tercemar kerana persekitaran bersih tanpa habuk dapat mengurangkan mata yang sensitif, gatal dan berair.
Kaedah penjagaan mata
* Satu antara enam orang dewasa mengalami masalah mata dan peratusan ini meningkat selari dengan usia.
* Antara masalah mata sering berlaku disebabkan penambahan usia adalah, katarak dan glukoma.
Jenis makanan baik untuk mata
1. Bayam
2. Sawi.
3. Oren, tembikai, betik dan pisang ( buah warna terang )
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.