Bukan orang berbadan besar atau gemuk je ‘ada perut’. Tapi individu yang kurus dan ramping juga punya perut yang buncit. Ha tu la, selalu sangat stereotaip pasal masalah ni. Tak semestinya orang gemuk je yang buncit. Lagi pelik kalau badan ramping tapi tang perut kedepan.
Menurut Public Health Malaysia, rupa-rupanya ada beberapa perkara yang mungkin korang buat dan menjadi punca kenapa perut masih buncit.
Jom kita lihat antara sebab-sebab yang buatkan perut korang buncit.
1. Air tidak lawas
Ramai di antara kita yang susah nak minum air kosong, terutamanya bagi perempuan bila mereka datang haid. Kita sepatutnya minum apir lebih daripada 8 gelas sehari supaya perut sentiasa aktif.
2. Kurang tidur
Kalau korang tidur, ia mampu meningkatkan selera makan kerana kadar turun naik hormon tidak menentu. Disarankan dapatkan tidur selama 8 jam sehari.
3. Stress
Stress menghasilkan hormon kortisol dan menyebabkan lemak terkumpul pada bahagian tengah badan.
4. Chewing gum
Mengunyah chewing gum memerangkap banyak udara ke dalam sistem penghadaman dan membuatkan kembung perut.
5. Makanan/minuman
Minuman dan bergas dan makanan segera yang dipek seperti air kotak, keropok dan mi segera akan mengumpul lemak yang banyak dalam perut sehingga sukar dihapuskan.
6. Makanan masin
Sodium klorid dalam garam dapat mempengaruhi kestabilan kandungan air dalam tubuh. Pengambilan kadar garam berlebihan menyebabkan pengumpulan bendalir yang membuatkan perut buncit.
7. Bakteria jahat
Sistem perut manusia terdiri daripada gabungan bakteria jahat dan baik. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi antibiotik, kadar gula yang tinggi atau sebarang alkohol.
Semoga bermanfaat kepada semua.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI