Siapa tak suka akan usia muda? Bukan saja wajah masih tegang, malah metabolisme anda juga masih berada pada tahap aktif pada peringkat ini. Selain bumi semakin tua, usia seseorang juga akan meningkat naik hari demi hari. Anda akan berhadapan dengan pelbagai penyakit dan ragam setelah anda mencapai 50 tahun. Bak kata barat “mid life crisis”.
Tahukah anda, usia belasan tahun sehinggalah 25 tahun merupakan umur paling digalakkan untuk aktif agar setelah berusia 30 tahun ke atas, badan anda akan berada dalam kondisi yang baik? Ini kerana jika usia anda sudah mencapai 30 tahun, ada beberapa perubahan yang akan anda lihat dan ia sungguh menakutkan. Ini antaranya:
Peralihan Prestasi Sukan Anda
Keupayaan untuk membina otot selepas usia 25 mula menurun. Ini kerana badan anda tidak dapat membawa oksigen ke otot pada kadar yang sama tinggi. Jangan bersedih, jika anda kerap bersenam, umur bukan penghalang untuk anda. Namun, jika anda baru untuk memulakan senaman pada umur ini, mungkin ia akan sedikit perlahan dari zaman remaja.
Peralihan Prestasi Seksual Anda
Jika anda berkahwin pada usia muda, mungkin anda akan berpeluang untuk melihat perubahan ini. Jika anda berkahwin setelah 30 tahun, abaikan bahagian ini. Sama seperti usia anda, pengeluaran testosteron menurun, dan keupayaan anda juga tidak sama. Sebaliknya, tahap ketahanan seks anda akan berkurangan. Jangan kaitkan ini dengan kecenderungan anda mati pucuk. Ingatlah bahawa kurang dalam tenaga malam anda hanya sebahagian daripada usia anda. Jika kes ini berlarutan, barulah anda boleh kaitkan dengan mati pucuk.
Metabolisme anda mula lemah
Sekiranya anda berat badan anda lebih daripada BMI yang ditetapkan kurang dari umur 30 tahun, anda berkemungkinan besar untuk menghadapi masalah pada usia 30. Ini kerana anda telah kehilangan jisim otot. Metabolisme yang kuat mampu melewatkan penuaan usia, yang bermaksud bahawa anda tidak akan dapat makan sebanyak dan mengekalkan badan yang sama setelah metabolisme anda menurun ketika usia meningkat. Ini kerana proses pembakaran kalori anda akan mula lemah. Antara tip untuk menaikkan metabolisme anda dikala usia meningkat adalah dengan banyakkan minum air. Penyelidikan menunjukkan bahawa minum 16 auns air masak dapat meningkatkan metabolisme selama kira-kira setengah jam dalam masa 10 minit tegukkan air anda.
Anda menjadi kurang fleksibel
Otot anda mula kejang dalam tempoh ini. Jika anda tidak kerap bersenam dan melakukan renggangan ringkas setiap kali anda bangun tidur, ini akan menjadikan badan anda sedikit liat dimamah usia. Otot dan tulang anda sudah mula tidak boleh berfungsi dengan aktif kerana sistem dalaman badan anda sudah mula menurun. Jadi, apa kata kalau sambil-sambil anda bekerja tu, anda lakukan senaman ringan, ataupun anda bangun tidur dan lakukan sedikit stretching agar otot anda sedikit bekerja.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI