Pertandingan Renang Perairan Terbuka, ‘OCEANMAN’ Kembali Selepas Empat Tahun

Share

Aktiviti kercergasan seperti renang sememangnya cukup popular. Selain dijadikan aktiviti riadah yang menyeronokkan berenang mampu memberikan kesan pemulihan mental buat mereka yang inginkan ketenangan.

Namun bagi mereka yang ingin mencabar diri dengan sesuatu yang lebih ekstrem dan lasak, melakukan renangan di perairan terbuka pasti memberikan keterujaan yang cukup luar biasa. Salah satu pertandingan renang perairan terbuka yang cukup dinantikan ramai ialah ‘OCEANMAN’.

Seleps empat tahun menyepikan diri, OCEANMAN kini kembali semula menyerikan kalendar pertandingan renang perairan terbuka di Malaysia. Untuk edisi pada kali ini ia akan diadakan di Pulau Redang yang turut dianggap sebagai di antara pulau tercantik di negara kita.

Penganjuran OCEANMAN 2023 akan berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2023. Pengurus OCEANMAN Asia-Amerika Jose Luis Larrossa percaya bahawa acara ini akan dianggap sebagai tanda permulaan yang baik untuk kejayaan pertandingan ini di Malaysia.

“OCEANMAN Redang membuka satu peluang baharu kepada para perenang perairan terbuka di Malaysia. Sejak OCEANMAN 2018 kali terakhir diadakan, iakini akhirnya kembali ke Pulau Redang yang indah ini, kami mempunyai jangkaan tinggi terhadap acara renang perairan terbuka ikonik ini.”

“Peluang ini akan memanfaatkan perenang dari serata dunia untuk mengalami sendiri keindahan air jernih di Pantai Timur Malaysia serta menerokai budaya dan tradisi yang menarik selain keenakkan makanannya. Sasaran kami adalah untuk menjadikan OCEANMAN Redang sebagai antara destinasi OCEANMAN yang terbaik di dunia,” tambahnya lagi.

KATEGORI BERBEZA

OCEANMAN 2023 akan menyaksikan sebanyak lima kategori berbeza dipertandingan merangkumi Oceanteams (berpasukan, 3x500m), Oceankids (kanak-kanak, 500m), Sprint (Pecut, 2km), Half OCEANMAN (Separuh, 5km) dan kategori utama iaitu OCEANMAN (10km).

Jelas penganjur, salah satu faktor mengapa Pulau Redang dipilih adalah kerana reputasinya sebagai salah satu lokasi pelancongan paling popular di Malaysia dan sekali gus boleh menggalakkan aktiviti tersebut di pulau itu.

Pulau Redang juga memiliki keunikan tersendiri kerana hampir kesemua tempat penginapan menawarkan perkhidmatan penuh termasuk makan minum serta pengangkutan pergi dan balik dari jeti.

Penganjuran OCEANMAN Redang pastinya akan membuka laluan untuk renang perairan terbuka terus berkembang dengan pesat di negara ini.

Penganjur OCEANMAN Redang, Sundeep Kumar berkata: “Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami dapat lihat bahawa minat orang ramai terhadap sukan renang perairan terbuka semakin meningkat, dan justeru itu, kami berminat untuk menghidupkan kembali acara ini selepas empat tahun.

“Kami berasa tiada lagi lokasi yang lebih sesuai daripada Pulau Redang, dan kami pasti nama pulau ini tentu akan menarik minat orang ramai untuk menyertainya.”

“Sasaran kami adalah untuk mencatat angka penyertaan yang jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya. Setakat ini, kami telah pun menerima 350 penyertaan dari 30 buah negara dan kami berhasrat untuk memecahkan rekod terdahulu dengan menarik lebih 600 peserta kali ini.

“Mudah-mudahan, acara ini akan mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia selaku lokasi premium bagi penganjuran acara-acara OCEANMAN di Asia dan seterusnya peringkat dunia kelak,” katanya lagi.

Slot penyertaan untuk OCEANMAN Malaysia masih boleh didapati dan para perenang yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian menerusi http://oceanmanswim.com/redang-malaysia/.

Jangan lupa subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya.

@maskulinmy Selebriti jelita serba boleh, Amelia Henderson berkongsi dengan MASKULIN apakah ‘red flag’ terbesar seorang lelaki baginya. Siapa ada hati tu boleh take note ya! 😁 @yes this is amelia 🙄😂 #maskulin #majalahmaskulin #fyp #fypmalaysia #artismalaysia #ameliahenderson ♬ original sound – Maskulin
Published by
Farizul Izwany Ibrahim