Aktiviti kercergasan seperti renang sememangnya cukup popular. Selain dijadikan aktiviti riadah yang menyeronokkan berenang mampu memberikan kesan pemulihan mental buat mereka yang inginkan ketenangan.
Namun bagi mereka yang ingin mencabar diri dengan sesuatu yang lebih ekstrem dan lasak, melakukan renangan di perairan terbuka pasti memberikan keterujaan yang cukup luar biasa. Salah satu pertandingan renang perairan terbuka yang cukup dinantikan ramai ialah ‘OCEANMAN’.
Seleps empat tahun menyepikan diri, OCEANMAN kini kembali semula menyerikan kalendar pertandingan renang perairan terbuka di Malaysia. Untuk edisi pada kali ini ia akan diadakan di Pulau Redang yang turut dianggap sebagai di antara pulau tercantik di negara kita.
Penganjuran OCEANMAN 2023 akan berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2023. Pengurus OCEANMAN Asia-Amerika Jose Luis Larrossa percaya bahawa acara ini akan dianggap sebagai tanda permulaan yang baik untuk kejayaan pertandingan ini di Malaysia.
“OCEANMAN Redang membuka satu peluang baharu kepada para perenang perairan terbuka di Malaysia. Sejak OCEANMAN 2018 kali terakhir diadakan, iakini akhirnya kembali ke Pulau Redang yang indah ini, kami mempunyai jangkaan tinggi terhadap acara renang perairan terbuka ikonik ini.”
“Peluang ini akan memanfaatkan perenang dari serata dunia untuk mengalami sendiri keindahan air jernih di Pantai Timur Malaysia serta menerokai budaya dan tradisi yang menarik selain keenakkan makanannya. Sasaran kami adalah untuk menjadikan OCEANMAN Redang sebagai antara destinasi OCEANMAN yang terbaik di dunia,” tambahnya lagi.
Ads
KATEGORI BERBEZA
OCEANMAN 2023 akan menyaksikan sebanyak lima kategori berbeza dipertandingan merangkumi Oceanteams (berpasukan, 3x500m), Oceankids (kanak-kanak, 500m), Sprint (Pecut, 2km), Half OCEANMAN (Separuh, 5km) dan kategori utama iaitu OCEANMAN (10km).
Jelas penganjur, salah satu faktor mengapa Pulau Redang dipilih adalah kerana reputasinya sebagai salah satu lokasi pelancongan paling popular di Malaysia dan sekali gus boleh menggalakkan aktiviti tersebut di pulau itu.
Pulau Redang juga memiliki keunikan tersendiri kerana hampir kesemua tempat penginapan menawarkan perkhidmatan penuh termasuk makan minum serta pengangkutan pergi dan balik dari jeti.
Ads
Penganjuran OCEANMAN Redang pastinya akan membuka laluan untuk renang perairan terbuka terus berkembang dengan pesat di negara ini.
Penganjur OCEANMAN Redang, Sundeep Kumar berkata: “Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami dapat lihat bahawa minat orang ramai terhadap sukan renang perairan terbuka semakin meningkat, dan justeru itu, kami berminat untuk menghidupkan kembali acara ini selepas empat tahun.
“Kami berasa tiada lagi lokasi yang lebih sesuai daripada Pulau Redang, dan kami pasti nama pulau ini tentu akan menarik minat orang ramai untuk menyertainya.”
Ads
“Sasaran kami adalah untuk mencatat angka penyertaan yang jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya. Setakat ini, kami telah pun menerima 350 penyertaan dari 30 buah negara dan kami berhasrat untuk memecahkan rekod terdahulu dengan menarik lebih 600 peserta kali ini.
“Mudah-mudahan, acara ini akan mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia selaku lokasi premium bagi penganjuran acara-acara OCEANMAN di Asia dan seterusnya peringkat dunia kelak,” katanya lagi.
Slot penyertaan untuk OCEANMAN Malaysia masih boleh didapati dan para perenang yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian menerusi http://oceanmanswim.com/redang-malaysia/.
Jangan lupa subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya.
Baru mendaftar jadi ahli gym? Jangan lakukan kesilapan-kesilapan ini.
Leka Dengan Smartphone
Anda nak workout untuk sihat, atau sekadar mahu show off di Instagram? Tak salah sesekali nak buat mirror selfie, cuma seelok-eloknya lakukanlah di penghujung sesi supaya tak mengganggu flow workout anda. Ingat, bentuk tubuh yang anda impikan itu memerlukan fokus dan kerja keras. Jika anda terus leka dengan samrtphone, produktiviti anda akan merudum dan workout anda juga lambat menunjukkan hasil.
Warm Up Terlalu Lama
Menurut Istvan Jarovek, seorang jurulatih sukan terkenal Romania, warm up atau melakukan pemanasan badan sebelum workout adalah mengarut. Beberapa kajian turut mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya hanya membuang masa. Apa pun pendirian anda tentang warming up ini, buatlah berpada-pada dan tumpukan kepada kualiti, bukannya kuantiti regangan.
Tak Tahu Kelemahan Diri
Lain orang, lain kemampuan. Bukan semua jenis senaman dan peralatan perlu anda cuba. Sesetengah senaman bukan sahaja tidak sesuai dengan tahap kemampuan anda, malah boleh mennyebabkan kecederaan serius. Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan kesesuaian jenis workout, bukannya semberono mengikut apa saja yang dilakukan orang lain.
Ponteng leg day
Badan sado, kaki ranting? Ha… anda tentunya tak mahu kaki anda kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Godaan untuk skip senaman kaki memang besar, lebih-lebih lagi untuk newbie seperti anda. Tapi anda tak boleh mengalah. Pain today, strength tomorrow.
Jadi Hamba Gym
Sesetengah individu beranggapan hanya alatan boleh membantu anda mencapai matlamat tubuh sasa dan sanggup menghabiskan berjam-jam di gym. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di pun untuk workout, cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting ialah disiplin dan kualiti workout anda itu.
Menggunakan Alat Senaman Sama
Menggunakan alat senaman yang sama akan menyebabkan anda menjadi bosan dan hilang motivasi. Lagipun, setiap otot dan bahagian tubuh anda mempunyai keperluan dan intensiti yang berbeza-beza. Bertukar-tukar rutin workout akan membantu anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Rujuk pendapat tenaga pengajar atau rakan-rakan gym yang berpengalaman untuk merancang jadual workout anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kentut. Bila cakap soal kentut saja mesti ramai yang tak suka, cakap busuklah, tak ada adab lah bila kentut dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda semua, kentut datang dari dalam usus. Didalam usus terdapat gas yang berasal dari udara dan oksigen yang kita hirup atau telan. Jadi, kalau banyak bakteria yang tidak baik didalam usus, makin berbaulah kentut anda tu. Tapi, janganlah pula anda menganggap kentut itu satu perbuatan yang jijik kerana ia adalah bagus untuk kesihatan tau.
Bau kentut ada pelbagai variasi, ada yang tidak berbau sama sekali, ada bau yang biasa, dan kentut yang paling dahsyat, baunya seperti sampah busuk. Sesiapa yang bernafas dalam bau kentut, tidak rasa selesa.
Salah satu perkara yang paling penting yang boleh menyebab bau kentut ialah makanan. Ada beberapa makanan yang boleh menyebabkan kentut sehingga sangat berbau kerana mengandungi bahan-bahan tertentu yang dapat mengubah bau gas dalam tubuh. Berikut senarai makanan yang membuat kentut anda menjadi berbau.
1. Petai dan jering
Makanan yang mempunyai bau yang menyengat tetapi lazat seperti petai dan jering boleh membuat kentut berbau yang sangat busuk. Selain kentut, bau air kencing juga menyengat. Ini kerana petai dan jering mengandungi bahan yang mengandungi sebatian sulfur yang menjadikannya sangat berbau. Secara semulajadi, apabila anda makan terlalu banyak petai atau jering, kentut yang dikeluarkan juga akan berbau sangat busuk.
2. Bahan Tenusu
Keju, susu dan yogurt mengandungi bakteria laktosa yang menyebabkan kentut anda berbau. Produk tenusu ini juga mengandungi sebatian sulfur yang sangat tinggi. Jadi kentut anda akan berbau jika anda mengambil banyak produk tenusu.
3. Bawang
Bawang biasanya dijumpai dalam pelbagai jenis makanan. Jika pengambilan bawang dalam badan terlalu tinggi, ini boleh mencetuskan kentut berbau. Itu kerana bawang mengandungi fruktan yang tinggi. Selain kentut, penggunaan bawang berlebihan dapat menyebabkan mulut dan bau badan.
4. Kacang
Kacang mengandungi jumlah serat dan protein yang tinggi. Walaupun sihat untuk badan, kacang mengambil masa yang panjang untuk dicerna oleh badan. Kerana ia terlalu lama, kemudian kentut jadi berbau.
5. Brokoli
Brokoli termasuk dalam sayur-sayuran hijau yang kaya dengan manfaat kepada tubuh. Tetapi siapa terfikir, sayur-sayuran yang sihat ini boleh menyebabkan kentut yang begitu busuk. Brokoli mengandungi sebatian sulfur yang tinggi. Sulfur adalah apa yang menyebabkan kentut berbau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sarapan pagi memang sangat penting untuk memastikan tubuh sentiasa cegas dan mengekalkan stamina agar mudah menjalankan aktiviti harian. Selain itu dengan sarapan pagi, ia dapat membekalkan memberikan vitamin dan mineral lainnya yang sangat penting untuk kesihatan tubuh.
Tapi btidak bermakna segala jenis makanan bisa dimakan pada sarapan pagi. Ada beberapa makanan yang tergolong kurang sihat untuk dimakan di pagi hari.
6. Daging proses
Daging proses seperti bacon dan sosej memiliki nitrat yang ada kaitannya dengan kanser kolorektal. Bahkan, Institute for Cancer Research menyarankan untuk menghindari nitrat bagi mengurangi risiko kanser.
5. Cereal manis
Beberapa cereal penuh dengan karbohidrat dan gula. Ketika anda mengambil cereal manis, gula dalam darah anda akan cepat melekat dan menjadikan anda selalu membuanga angin. Kalau tidak ingin hal seperti itu terjadi saat sedang bekerja, hindari cereal manis dan lebih baik anda memilih cereal yang kaya dengan serat dan protein.
4. Pancake dengan sirup maple buatan
Sementara sirup maple adalah pemanis yang sihat, ada banyak jenis buah sirup di pasar yang kaya akan fruktosa. Pemanis yang berasal dari jagung itu dapat menyebabkan oobesiti jika kandungan fruktosanya sangat tinggi. Selain itu sebuah kajian menyebutkan mengambil fruktosa bisa menyebabkan risiko terkena diabetes.
3. Roti bakar dan donut
Roti bakar atau donut dibuat dari dari tepung putih halus, tetapi ada banyak tambahan gula dan gula sangat tidak baik untuk mengisi perut di pagi hari. Sebab gula dapat meningkatkan kadar gula darah dalam tubuh anda. Dalam kata lain, hal itu bisa membuat anda lapar lebih cepat dan meningkatkan risiko yang tinggi terkena obesiti dan diabetes.
2. Sandwich dipanaskan dengan microwave
Sandwich memang pilihan yang sihat untuk sarapan pagi, tetapi sandwich yang dipanaskan dengan microwave dihasilkan dalam bahan pengawet dan natrium yang tentu sangat tidak baik bagi kesehatan tubuh.
1. Muffin
Muffin adalah salah satu makanan sarapan pagi yang kaya akan kalori. Sebab mereka dihasilkan dengan banyak tepung, minyak, mentega dan gula.
sumber: wowmenariknya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.