Tahun ini menyaksikan Tourism Malaysia atau Malaysia Tuorism Promotion Board (MTPB)di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menganjurkan sekali lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 atau Visit Malaysia 2020.

Selain sokongan pelbagai agensi kerajaan badan-bnadan korporat juga memainkan peranan tidak kurang penting bagi menjayakan kempen yang cukup baik untuk perkembangan ekonomi negara.

Sebagai sebuah syarikat teknologi komunikasi gergasi dunia, Xiaomi turut mengambil bahagian dengan kerjasama bersama (MTPB) untuk merancakkan lagi industri pelancongan negara.

Pertandingan Fotografi Kempen Xiaomi & Visit Malaysia 2020 Tawar Hadiah Hebat

IKLAN

Kerjasama ini menyaksikan Xiaomi menghasilkan beberapa siri video promosi untuk Visit Malaysia dengan menggunakan telefon pintar mereka, Mi Note 10. Projek ini menyaksikan video-video promosi itu dirakamkan dengan menggunakan teknologi kamera 108MP yang merupakan pertama di dunia.

Perjanjian kerjasama ini dirasmikan oleh Pengarah Besar MTPN, Datuk Musa Yusuf dan turut disaksikan oleh wakil dari Xiaomi Pengurus Besar Xiaomi Malaysia & Singapura, Allen An.

IKLAN

Pertandingan Fotografi Kempen Xiaomi & Visit Malaysia 2020 Tawar Hadiah Hebat

Video promosi berdurasi tiga minit tersebut menampilkan keindahan alam semula jadi dan juga rekaan pelbagai jenias struktur banbgunan bersejarah dan moden. Dan ia boleh ditonton di laman media sosial kendalian Xiaomi Malaysia seperti di Facebook dan YouTube.

IKLAN

Selaras dengan kerjasama ini juga Xiaomi Malaysia turut menganjurkan pertandingan fotografi secara online bertemakan #ExploreMalaysiaWithMINOTE10. Rakyat Malaysia yang memiliki telefon pintar Mi Note 10 boleh menyertai pertandingan ini.

Pemenang bakal dipilih berdasarkan foto yang paling kreatif dan bakal memenangi hadiah eksklusif tajaan MTPB. Antaranya pakej penginapan eksklusif di pusat-pusat peranginan terkemuka di dalam negara.

Buat anda yang berminat bolehlah kunjungi Facebook Xiaomi Malaysia untuk maklumat lanjut.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI