Di kalangan penggiat dan peminat industri seni filem tanah air, BMW Shorties dikenali pertandingan filem pendek paling berprestij dan lama dianjurkan di Malaysia.

Terbaru mereka mengumumkan seramai 10 orang Finalis Terbaik bagi edisi pertandingannya untuk tahun 2019. Para finalis tahun ini juga akan bertanding untuk memenangi Anugerah Pilihan Popular BMW Shorties 2019, yang kini telah dibuka untuk menerima undian orang ramai.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia menyatakan, “Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, penilaian penyertaan yang diterima tahun ini juga amat mencabar. Aspek kesenian dan kreativiti amat dititikberatkan pada tahun ini.

“Saya percaya bahawa panel juri telah membuat pemilihan menarik yang bukan sahaja memberi sumbangan positif kepada hasil karya yang dibuahkan melalui program BMW Shorties, malah akan menyumbang landskap kesenian kreatif di Malaysia secara umumnya.”

IKLAN

BMW Shorties akan mengumumkan Pemenang Hadiah Utama ke-13 pada hari Sabtu, 23 November 2019 di REXKL. Juara akan membawa pulang geran produksi bernilai RM80,000.

UNDIAN UMUM

Pelbagai kategori pembikinan filem yang lain juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti: Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular serta kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini, Anugerah Pelajar Terbaik.

IKLAN

Filem pendek yang dihasilkan oleh 10 Finalis Terbaik BMW Shorties 2019 kini tersedia untuk tontonan umum serta pengundian juga dapat dibuat di laman web BMW Shorties. Orang ramai dipelawa untuk mengundi pemenang Anugerah Pilihan Popular kegemaran mereka, undian boleh dibuat mulai 11 November lalu hingga 23 November 2019 pada jam 12:00 tengah hari.

Pertandingan Filem Pendek Terunggul Malaysia, BMW Shorties 2019 Umum 10 Finalis Terhebat

IKLAN

BMW Shorties juga akan mengambil bahagian di REXKL untuk acara Urbanscapes 2019 dari 16 hingga 24 November 2019. Acara bertempoh seminggu ini di REXKL akan membariskan karya-karya ramai pengarah terkenal di rantau Asia Tenggara termasuk pemenang BMW Shorties yang terdahulu – Fly by Night oleh Zahir Omar dan Jagat oleh Shanjhey Kumar.

Acara tersebut juga akan menampilkan lima bengkel menarik dikemudi oleh peneraju-peneraju industri perfileman tempatan, seperti pengarah, Adrian Teh (PASKAL: The Movie) dan pembikin dokumentari, Indrani Kopal (Incarcerated Rhythm), mereka berdua berperanan sebagai juri untuk BMW Shorties 2019.

Berikut merupakan senarai finalis-finalis BMW Shorties 2019:

  • The Past oleh Tan Hong Ken
  • Satu oleh John Hafiz
  • Ralat the Musical oleh Khairi Anwar
  • Peon oleh Shaiful Yahya, Syaz Zainal dan June Wong
  • Pemburungan oleh Chulat (Ameerul Affiq Adenan)
  • Pace oleh Ekin Kee Charles
  • OSOM: jangan kena tangkap sudah oleh Adam Zainal
  • Kencing Malam oleh Hyrul Anuar
  • Di Sini Aku oleh Putri Purnama Sugua
  • ALICE oleh D-Ni
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI