Siapa tidak kenal dengan maestro muzik legenda negara, Datu M. Nasir yang bukan sahaja melahirkan lagu-lagu hit nyanyian sendiri tetapi deretan penyanyi popular di tanah air.
Aura persembahan dari beliau sentiasa dinantikan oleh peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjuangan seni oleh seniman yang memawa persona ikonik serata Nusantara.
Terbaru, Datuk M. Nasir bakal kembali dengan konsert dan persembahan yang cukup istimewa. Konsert yang diberi nama ‘Gendang Pati’ ini bakal diadakan pada 18 November 2023 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
Menariknya, siri konsert ini telah berlangsung di Singapura di mana beliau telah meninggalkan kesan yang sangat hebat kepada peminatnya di sana.
Kini, tiba masa Kuala Lumpur menjadi saksi kehebatan konsert yang dijangkan berlangsung selama dua jam dengan deretan lagu puitis dan sarat dengan makna tersendiri.
Ads
Konsert ini dibawakan secara eksklusif oleh MND SPORT & EVENT SDN BHD, M.Nasir tidak perlu menjanjikan persembahan yang spektakular atau luar biasa.
“Hal ini kerana M. Nasir itu sendiri sudah merangkumi seluruh perkara seni yang luar biasa dan hebat. Jadi kami di MND Sport & Event Sdn. Bhd percaya dengan kemampuan penghibur yang satu ini.
“Beliau telah membawa roh yang kuat terhadap karya yang dilahirkan sejak berzaman dan mendendangkan ia dalam Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur ibarat kerja seni yang akan mengalir dengan lancar dan semula jadi,” ujar Daniel dari MND Sport & Event Sdn. Bhd.
KECINTAAN PEMINAT
Buat M.Nasir, Gendang Pati diadakan versi Kuala Lumpur kerana sedar kecintaan dan kecanduan penggemar yang sentiasa mahu melihat beliau beraksi di atas pentas sebagai sebuah lambang kelangsungan kariernya yang sentiasa ‘hidup’ tak lapuk dek zaman.
Ads
“Saya perlu bersyukur kerana meski sudah melakukan banyak persembahan pentas, masih seorang M.Nasir sentiasa ingin disapa, ditonton dan diminta mendendangkan karya yang ada secara langsung.
“Ini bukan tentang saya seorang tapi indikasi sihat industri muzik dan perkembangannya yang sentiasa positif. Yang pastinya, malam itu nanti akan dipenuhi dengan bunyi-bunyian gendang yang pasti membuatkan semua berdendang bergoyang.
“Saya harap Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur akan menjadi sebuah lagi persembahan saya di tahun ini yang mampu membantu mengisi kecanduan semua terhadap karya saya,” ujar M.Nasir.
Ads
Konsert kali ini akan dibarisi pemuzik-pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang M.Nasir iaitu pengarah muzik dan pemain gitar- Nan Alias, gitar rhythm- Rafi Mohd, bass- Norman , keyboard- Firdaus Mahmud dan Eddie Slam, dram- Ujang Exists serta penyanyi latar vokal- Eja, Widy, Yuaz & Awe.
Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pemain perkusi utama- Paang, perkusi tradisional- Mat Din, pemain perkusi – Che Long dan Anas. Juga ditambah dengan kemunculan Awe selaku pemain perkusi, rebab, serunai dan penyanyi jemputan.
Selain mempersembahkan M Nasir, pesta muzik ini akan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd yang pastinya memperkuatkan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur bakal mempersembahkan sebuah konsert yang menusuk jiwa dan meninggalkan momen istimewa pada malam itu nanti.
Untuk menyaksikan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori harga boleh didapati di laman web MyTicket.Asia. Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Atas nama fesyen dan jenama harga berapa mahal pun orang sanggup beli. Dan bagi kebanyakan golongan marhaen seperti anda dan penulis, ini merupakan kategori yang kita mungkin mampu tengok dan terhibur sajalah.
Jenama fesyen terkenal GUCCI dalam beberapa hari ini telah sekali lagi menjadi bualan ramai kerana memperkenalkan sepasang jaket yang cukup menarik.
Menarik itu bukanlah satu statement yang biasa ya, kerana ia merupakan jaet yang menyerupai sepasang jaket atau ves yang biasa golongan kaki pancing pakai. Dalam erti kata lain jaket memancing!
Jaket tersebut merupakan salah satu daripada koleksi terbaru GUCCI yang hadir dengan salah satu warna rasmi mereka iaitu hijau. Di belakangnya pula terletak logo mereka yang besar dan ia dikelilingi oleh empat perkataan ‘GUCCI’.
Sama tapi tak serupa. Tpai harganya memang jauh berbeza!
Difahamkan jaket ‘memancing’ GUCCI ini dilengkapi dengan empat poket depan, cincin logam dan zip pada bahagian tepi jaket. Rekaan ini juga diilhamkan daripada rekaan bootleg GUCCI yang pernah popular suatau ketika dahulu.
Dan harga pasaran bagi jaket ini ialah £1,447, kira-kira RM7,762! Harga ini lebih mahal daripada kebanyakan motosikal kapcai yang terdapat di pasaran.
Mungkin anda kaki pancing yang ingin tampil mewah, bergaya dan elegan di kolam pancing atau tasik boleh menggayakannya. Berani tak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Fesyen lelaki hari ini tidak kenal erti limitasi dari segi penggunaan warna, fabrik mahupun siluet. Aksesori juga antara salah satu gaya tambahan untuk si jejaka tampil lebih lengkap dalam gaya fesyen mereka. Tidak kisahlah aksesori bersaiz kecil mahupun besar, semuanya memberi fashion statement yang tersendiri.
GO PACK!
Sudah tiba masanya untuk kamu para jejaka memulakan perjalanan kembara kamu dengan gaya yang lebih stylish! Beg jenis ransel, shoulder bags juga duffles ini dilihat antara permainan wajib barisan designer untuk dijadikan sebagai aksesori wajib di pentas S/S17 kali ini. Sekali gus,menaikkan aura adventurous dalam setiap helaian koleksi mereka. Mungkin dahulu kaum lelaki tidak terlalu mementingkan erti sophisticated dalam penggunaan aksesori, namun hari ini, semuanya diambil kira bagi menjadikan gaya keseluruhan mereka lengkap dan up-to-date!
LUXURY BONDAGE
Aksesori hari ini bukanlah memfokuskan kepada penggayaan gaya wanita sahaja. Chokers terutamanya jelas terlihat di pentas S/S17 pabila aksesori choker digunakan sebagai penambah gaya abad ini. Tambahan pula jika choker itu direka dengan fabrik ala kulit serta ditambah dengan perincian besi ala bad boys. Jelas elemen perhambaan dan pemberontakan. Sungguh menarik! Jenama Louis Vuitton paling banyak menggunakan aksesori chocker ini dalam petunjukkan S/S17 yang dihasilkan daripada gaya klasik hinggalah ke gaya seorang lelaki urban. ASOS.com juga sudah mula menjual aksesori ini secara online sebagai aksesori wajib ada tahun ini untuk gaya lelaki.
THE CAP
Jika tahun lalu topi bukanlah salah satu item wajib ada untuk gaya kamu, namun untuk trend S/S17 ini, topi merupakan antara elem penting untuk menaikkan gaya sporty dalam seni fesyen kamu. Tidak kisahlah jika berpakaian ala formal mahupun streetwear, sebuah topi mampu menukarkan penampilan kamu untuk lebih cool dan kasual. Baseball cap antara yang mendapat permintaan tinggi di kalangan kaum lelaki.
SENI TALI
Gabungan antara sifat lasak juga sporty dalam berfesyen menjadikan climbing rope antara salah satu aksesori baru yang digunakan oleh barisan pereka sebagai bonus dalam gaya rekaan mereka. Ayunan tali saat setiap helaian dipersembahkan di pentas S/S17 memberi nafas baru dalam dunia fesyen lelaki. Gaya lebih artistik dan lebih bernyawa saat kamu memandang rekaan yang punya aksesori ini. Siapa sangka sut formal kamu bisa menjadi begitu menarik? Pastinya mencuri perhatian orang ramai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernahkah anda terfikir sama ada si dia benar-benar menyimpan perasaan terhadap anda atau hanya bersikap mesra?
Lelaki biasanya tidak terlalu vokal tentang perasaan mereka, tetapi tingkah laku mereka boleh memberikan petunjuk yang jelas.
Jika anda ingin mengetahui sama ada seorang lelaki benar-benar menyukai anda, perhatikan tiga petanda ini!
Foto : Sirap Limau
Dia Selalu Mencari Alasan untuk Dekat dengan Anda
Apabila seorang lelaki benar-benar menyukai seseorang, dia akan berusaha untuk dekat dengan anda, walaupun untuk alasan yang kecil.
Sama ada melalui Whatsapp, panggilan telefon atau pelbagai situasi lain, dia sentiasa mencari jalan untuk melibatkan anda dalam hari-harinya.
Walaupun kelihatan seperti perkara remeh, tindakan ini sebenarnya menunjukkan bahawa dia menghargai pandangan anda dan ingin meluangkan masa bersama anda.
Lebih-lebih lagi, jika dia seorang yang “fast response” atau menunjukkan keghairahan untuk berbual, itu petanda kuat dia benar-benar memberi perhatian kepada anda.
Dia Memberikan Perhatian Lebih Daripada Orang Lain
Lelaki yang suka kepada seseorang cenderung akan memberikan layanan istimewa kepada orang tersebut.
Dia mungkin bertanya lebih banyak tentang anda, menunjukkan minat terhadap minat anda atau memastikan anda berada dalam keadaan yang selesa.
Dia juga mungkin bertindak melindungi, seperti memastikan anda berjalan di sebelah jalan yang selamat, membukakan pintu atau menawarkan bantuan walaupun anda tidak memintanya.
Tindakan kecil seperti ini adalah bukti bahawa anda istimewa di matanya.
Foto : Petua Dan Maklumat Berguna
Bahasa Tubuh yang Sukar Disembunyikan
Lelaki mungkin tidak selalu berterus terang tentang perasaan mereka, tetapi bahasa tubuh mereka boleh menjadi “jawapan” yang paling jujur.
Jika dia kerap mencuri pandang atau memandang anda ketika anda bercakap, ini adalah salah satu tanda dia menyukai anda.
Selain itu, dia sering kelihatan gembira dan tidak dapat menyembunyikan senyuman apabila melihat anda.
Dia juga mungkin mencari alasan untuk duduk lebih dekat atau berdiri lebih rapat dengan anda semasa berbual.
Bahasa tubuh adalah cara semula jadi untuk menunjukkan minat seseorang tanpa perlu berkata-kata, jadi perhatikan isyarat-isyarat ini dengan teliti.