Hari Raya Aidil Fitri bakal menjelma dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Maka berbondong-bondonglah perantau di kota akan pulang ke mampung halaman masing-masing.
Ramai yang akan memilih untuk bercuti panjang yang rata-rata mungkin lebih daripada seminggu. Dengan tempoh cuti yang panjang itu pastinya antara faktor penting yang perlu anda berikan perhatian ialah kesihatan.
BACA: Anda Kerap Buang Air? Awas, Mungkin Salah 1 Dari 10 Penyakit Menanti Anda
Page Public Health Malaysia berkongsi satu infi yang cukup penting untuk kita kongsikan bersama. Menerusi posting tersebut telah disenaraikan beberapa jenis ubat penting yang boleh anda sediakan jikalau berlakunya kecemasan atau sakit ringan yang lain.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah:
Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah ubat untuk bayi atau kanak-kanak apabila berhadapan dengan sakit yang RINGAN.
“Sediakan Payung Sebelum Hujan”, persediaan ini sangat penting terutamanya sekiranya kampung halaman anda terletak jauh di pedalaman dan jauh dari fasiliti kesihatan. Klinik dan farmasi swasta juga mungkin tidak beroperasi semasa tempoh perayaan.
Antara masalah kesihatan ringan yang biasa berlaku kepada kanak kanak adalah;
1. Demam atau tahan sakit,
2. Sakit perut, muntah dan cirit birit
3. Alahan ringan yang menyebabkan kegatalan dan ruam.
4. Batuk dan selsema
Berikut merupakan “check list” ubat ubatan untuk masalah masalah tersebut;
Kesemua ubat yang di senaraikan ini boleh di perolehi di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta. Anda boleh mendapatkan informasi lanjut dengan bertanya kepada anggota kesihatan di fasititi tersebut.
PENTING – Sila ambil perhatian perkara perkara berikut
1. Dos ubat-ubatan untuk anak kecil adalah berbeza daripada dos orang dewasa iaitu berdasarkan berat badan.
2. Ada sesetengah ubat tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun.
3. Ubat yang sama juga mempunyai kekuatan atau kepekatan yang berbeza bergantung dari mana anda dapatkannya.
4. Dapatkan pengiraan dos dan nasihat daripada profesional kesihatan tentang ubat-ubatan yang ingin diberikan
Selamat pulang ke kampung!
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.