PERODUA TAWAR KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK PADA HARGA BERMULA RM660

Share

Perodua memperkenalkan kerusi keselamatan kanak-kanak Perodua ke pasaran tempatan.

Sempena pengenalan produk berkenaan, Perodua menawarkan kerusi tersebut pada harga pengenalan RM660 (bayi) dan RM780 (kanak-kanak). Promosi itu sah sehingga Perayaan Tahun Baru Cina 2018.

Selepas tamatnya tempoh itu, harga bagi kerusi keselamatan bayi ialah RM790 dan kanak-kanak RM980 seunit.

Kerusi keselamatan bayi direka bagi menampung berat sehingga 13kg dan tersedia dalam dua pilihan warna merah dan kelabu.

Manakala kerusi keselamatan kanak-kanak pula dapat menampung berat sembilan hingga 36kg dengan pilihan warna merah dan hitam.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, pihaknya percaya produk yang ditawarkan itu adalah kompetitif.

“Pihak penasihat jualan dan servis akan menunjukkan cara pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul demi ketenangan minda pemilik,” katanya.

Tambahnya produk itu ditawarkan pada harga mampu milik seiring dengan taqline Perodua memperkenalkan kereta pada harga kompetitif.

Dalam perkembangan sama, Perodua turut melancarkan kempen keselamatan bermatlamat menambahbaik tingkah laku pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan asas jalan raya.

Published by
webadmin