Menceburi bidang katering atau pengurusan makanan menjanjikan pulangan lumayan bagi mereka yang ingin menjana pendapatan tinggi. Biasanya mereka yang menceburi bidang ini mempunyai pengkhususan bidang masakan, telah bosan dengan kerja lama atau ingin menukar kerjaya yang lebih mencabar. Bagi yang bercita-cita ingin menceburi bidang katering, tinjau salah satu skop kerjaya menguntungkan ini.
APA ITU KATERING?
Katering atau disebut perkhidmatan makanan menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah siap dipesan dan tersedia untuk majlis tertentu. Biasanya perkhidmatan ini akan dibuat dalam bentuk ala carte ataupun layan diri.
Mereka yang memberi perkhidmatan katering akan mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan. Oleh sebab itu, amat penting kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini mempelajari seluk- belok perniagaan perkhidmatan makanan secara langsung atau tidak langsung. Apa yang perlu anda tahu?.
TUGAS DI BIDANG KATERING
-Merancang dan memberikan perkhidmatan makanan/minuman kepada pelbagai organisasi
Ada kalanya terlibat dalam pengurusan kanopi, pentas perkahwinan dan juga pakej-pakej perkahwinan lain selain makanan.
-Menerima pelbagai tempahan melibatkan pelbagai konsep atau tema yang diinginkan oleh sebuah organisasi
-Merancang dan menganjurkan program melibatkan makanan
-Menentukan kos, mengagihkan kerja penghantaran dan pengurusan makanan
-Mengawasi mutu dan kualiti makanan mengikut permintaan pelanggan
-Mengkaji konsep terkini pengurusan makanan
Ads
-Mempelbagaikan kelainan masakan mengikut permintaan terkini
-Menjaga etika dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan tidak mengira pangkat
-Sentiasa menjaga hubungan dengan pelanggan selepas perkhidmatan
-Membuat post-mortem melalui komen pelanggan
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
1-Sikap tidak berputus asa– sentiasa berusaha melakukan perkhidmatan terbaik dan mencari pelanggan dan menjana pendapatan tambahan.
2–Niat baik dalam mencari rezeki– Selain mencari keuntungan, melalui kerjaya ini dapat memberikan kepuasan pada diri sendiri. Jangan berikan perkhidmatan yang mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa menjaga kualiti.
Ads
3-Peramah– Sikap ini akan mengeratkan hubungan dengan pelanggan. Selain itu perlulah beretika ketika bersama pelanggan.
4-Sedia menerima kritikan– kadang-kala perkhidmatan yang ditawarkan ada kekurangan. Jadi terima dengan positif sebarang kritikan atau komen daripada pelanggan untuk mempertingkatkan perkhidmatan.
5-Sentiasa ingin berubah– Mencari konsep perkhidmatan katering yang berbeza daripada orang lain dan mencuba sesuatu yang baru. Selain itu perlulah mempunyai idea dan kreativiti yang tinggi.
6-Disiplin yang tinggi- Anda perlulah fokus dan tidak menawarkan perkhidmatan sambil lewa. Disiplin diri yang tinggi menjanjikan perkhidmatan terbaik.
Ads
7-Mempunyai asas perniagaan atau perkhidmatan makanan- Ini penting sebagai pengetahuan dan untuk menguruskan perkhidmatan yang diberikan. Jika tiada, anda boleh sertai kursus khas untuk perkhidmatan makanan yang disediakan pihak tertentu.
SH: PELUANG KERJAYA– Inbox
-Pengusaha Pusat Peranginan dan penginapan
-Pengusaha Homestay
-Pengusaha Katering/gerai/kiosk
-Pembekal keperluan dan kelengkapan pusat peranginan atau hotel
-Perunding Pengurusan Acara
-Pengurus restoran
-Pensyarah Hotel dan katering
-Usahawan dalam bidang katering
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kemunculan penyerang kebangsaan, Faisal Halim dalam sebuah video iklan makanan yang kelihatan makin ceria, sudah cukup mengubat rasa rindu buat para peminatnya setelah sekian lama tidak beraksi.
Malah menerusi sebuah video yang dimuat naik, Faisal yang lebih mesra disapa Mickey turut berkongsi beberapa perkara yang boleh menjatuhkan seorang pemain bola sepak.
Menurutnya, punca utama kejatuhan seorang pemain bola sepak adalah dari diri sendiri dan tiga perkara yang mempengaruhinya ialah duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan.
“Yang menjatuhkan pemain bola sepak diri mereka sendiri lah, yang pertama, duit, kedua; injury; ketiga; jangan salah pilih isteri.
“Yang tak kahwin lagi; girlfriend la, orang Penang kata cinggey,” katanya.
Dalam pada itu, netizen menitipkan doa agar diberikan kesembuhan buat Faisal, selain berharap dapat melihat pemain kebangsaan itu beraksi kembali.
Terdahulu, bapa seorang cahaya mata itu telah mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah, pada 5 Mei lalu.
Nama Fattah Amin mungkin tidak lagi perlu diperkenalkan kepada anda semua. Aktor terkenal ini seakan mustahil untuk tidak dikenali oleh marhaen dan warganet yang paling tidak pun pasti pernah mendengar namanya.
Selain membina kariernya sebagai seorang pelakon, Fattah Amin juga kini bergelar sebagai seorang usahawan yang sedang meningkat naik.
Antara perniagaannya yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan juga rakyat Malaysia ialah francais restorang yang dimilikinya bersama lima rakan kongsi lain dikenali sebagai Meat Cartel.
Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam perniagaan makanan, Fattah kini berbangga dengan francais restoran makanan barat yang menawarkan pelbagai menu menarik.
MASKULIN baru-baru in sempat bertemu mata dengannya dan bertanyakan sedikit perihal perniagaannya. Dalam temu bual tersebut, kami sempat bertanyakan pendapatnya tentang apakah sikap yang perlu ada pada seorang usaawan untuk berjaya.
Berikut merupakan lima perkara yang dikongsikan oleh Fattah Amin.
YAKIN DENGAN PRODUK & DIRI
Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita harus yakin dengan produk yang ingin dijual. Selain itu, kita juga perlu yakin dengan diri sendiri. Jika tiada keyakinan tersebut bagaimana mahu berjaya.
KENAL ORANG SEKELILING
Penting untuk kita kenali dengan siapakita jalankan perniagaan. Selain itu, kita juga perlu tahu siapa di dalam team. Tahu peranan setiap orang dan tugas mereka. Ini amat penting bagi memastikan perniagaan dapat berkembang dengan baik dan lancar.
JANGAN MALU MINTA BANTUAN
Kita tidak akan berjaya tanpa bantuan orang lain, Jadi buangkan sifat malu untuk minta bantuan jika berdepan kesukaran. Harus lebih bersifat terbuka dalam menjalankan perniagaan yang ingin berjaya.
BERANI TANGGUNG RISIKO
Sebelum memulakan perniagaan dan memperkenalkan produk, pertama sekali kita harus berani ambil risiko. Tapi risiko itu perlu diambil seiring dengan perancangan dan memahami selok-belok perniagaan dengan baik.
DREAM BIG
Tidak ada salahnya untuk memasang impian dan angan-angan. Jadi jangan rasa rasa takut atau rasa kerana tanpa angan-angan serta imaginasu, visi kita tidaka akan ercapai. Dengan angan-angan bersama visilah yang akan membuatkan diri kita akan lebih bermotivasi untuk berjaya.
Ikuti temubual ringkas MASKULIN menerusi video eksklusif di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo yang kini bersama juara Serie A, Juventus. Pemain yang dikatakan antara terbaik pernah disasksikan dalam sejarah bola sepak ini bukan sahaja menjadi ikon kepada sukan ini tetapi kepada aktiviti amal yang sering dilakukannya.
Terbaru Cristiano Ronaldo dilaporkan telah mendermakan sebanyak USD1.5 juta (RM6.26 juta) kepada masyarakat Palestin. Derma yang dilakukan oleh pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or ini dilakukan olehnya bersempena dengan bulan suci, Ramadan.
Dan menerusi derma ini juga Ronaldo berharap ia dapat meringankan sedikit penderitaan yang di alami oleh penduduk Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza.
Ini bukanlah kali pertama Ronaldo melakukan derma seperti ini. Pada tahun 2012 dia pernah melelong kasut emas yang dimenanginya untuk mengutip derma khusus buat anak-anak Palestin.
Selain itu, Ronaldo juga dikatakan pernah menolak untuk bertukar jersi dengan pemain Israel ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 yang lalu.
Buat pengetahuan anda, Semenanjung Gaza telah diserang tanpa bels kasihan oleh rejim Zionis sejak tahun 2007 lagi. Malah sekatan yang dilakukan oleh rejim tersebut telah banyak membuat hidup penduduk Palestin di Semenanjung Gaza berdepan kesukaran luar biasa.
Semoga lebih ramai pemian seperti Cristiano Ronaldo tampil ke hadapan untuk membantu rakyat Palestin dan menyuarakan sokongan mereka terhadap negara yang ditindas sejak puluhan tahun ini.