Setiap orang yang berdepan dengan masalah berat badan pasti mempunyai cabaran yang tersendiri. Ia merupakan satu masalah yang tidak akan dapat difahami oleh sesiapa pun melainkan merasainya sendiri.
Cabaran untuk menurunkan berat badan ini satu perkara yang sangat hebat. Disebabkan itulah MASKULIN selalu berasa kagum dengn mereka yang berjaya melakukannya dengan baik.
Menerusi perkongsian ‘FIT JOURNEY’ kali ini, MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh seorang lelaki berasal dari Mersing, Johor. Malah, MASKULIN sempat juga menemubual jejaka bernama Abdul Rashid Sahari secara di atas talian tentang beberapa tip yang mungkin boleh memberikan manfaat kepada anda semua.
Kini bekerja sebagai seorang peniaga di atas talian, Abdul Rashid pernah mempunyai berat badan sehingga 142 kilogram. Namun dengan kesungguhan dan tekad yang luar biasa dia pernah berjaya menurunkan berat badannya hingga ke 99kg!
Ikuti temu bual MASKULIN bersama lelaki yang cukup hebat ini.
Sebelum turunkan berat badan, bagaimana tabiat dengan tabiat pemakanan anda?
Dulu saya memang kuat makan. Pukul lapan pagi makan dua bungkus mee segera. Kemudian bila masuk pukul 11 pagi tambah lagi sebungkus. Bila waktu makan tengahari makan lagi nasi. Paling kurang dua kali tambah nasi. Bila petang pula saya suka makan makanan seperti mee segera lagi. Dan bila balik rumah bila habis kerja tengah malam pun korek lagi nasi dalam periuk.
Ketika berat mencecah 142kg, apakah masalah kesihatan yang anda alami?
Saya selalu berasa sakit belakang tengkuk. Mungkin itu disebabkan dari darah tinggi. Tapi saya tak suka minum air manis, suka minum air kosong yang sejuk saja.
Bagaimana perasaan anda ketika berdepan masalah berat ketika itu?
Bila berat badan sudah mencecah 142 kilogram, pinggang pula cecah 50 inci saya mula berasa malu. Ini terutamanya bile ke kedai pakaian untuk mencari baju atau seluar. Sampai naik malu bila tanya semua cakap saiz tak ada. Malah masa saya di sekolah pun berat sudah mencecah 120 kilogram. Masa tu, dua tali pinggang terpaksa di sambung menjadi satu untuk saya pakai.
Pernahkah anda jadi mangsa ejekan disebabkan penampilan ketika itu?
Iya pernah je. Ada yang panggil saya badak. Malah ada juga yang gelar saya tong dram…
Apa yang membuatkan anda ingin berubah dan menurunkan berat badan?
Saya selalu fikir sampai bila nak hidup dengan keadaan macam ini? Takkan sampai tua nak ada masalah berat badan melampau. Saya juga ada keinginan untuk pakai baju-baju lawa. Dan paling teringin untuk pakai jersi bola sepak pasukan seperti Manchester United dan Barcelona. Alhamdulillah sekarang sangat senang untuk jumpa saiz untuk saya.
Perkara pertama anda lakukan untuk turunkan berat badan?
Pada awalnya saya amalkan diet Atkins. Dua minggu pertama tak ambil langsung makan karbohidrat. Saya makan protein dan sayur saja. Dapatlah turun sebanyak lapan kilogram. Masa tu memang semangat membuak-buak ingin teruskan. Namun hanya bertahan selama enam bulan sahaja. Dapatlah saya turun 40 kilogram.
Kemudian bila tiba bulan puasa makan jadi tidak terkawal semula. Sikit-skikit badan naik semula. Sebab itulah sekarang sata amalkan ‘Diet Suku Suku Separuh’ (DSSS). Walaupun hasilnya sedikit perlahan namun apa yang best kalau terlajak makan sikit ia tidak akan naik hingga empat atau lima kilokgram dalam masa tiga hari.
Paling banyak naik pun hanya sekilogram. Senang cerita buat atkins berat turun tapi lemak kekal. Bila-bila masa saja boleh naik semula. Berbeza dengan DSSS kita tidak akan jumpa semula berat yang lama dulu.
Berapa lama masa diambil untuk turun dari 142 kilogram kepada berat sekarang?
Tempoh turun dari 142 ke 99 kilogram itu hanya ambil masa enam bulan sahaja. Tapi sekarang saya buat DSSS sebab ia paling selamat, seronok dan paling penting menyihatkan. Kini berat saya masih lagi terkawal dan purata punurunan setiap bulan ialah empat kilogram.
Siapakah yang memberikan inspirasi untuk anda berubah?
Sepupu saya. Dia pun ada masalah berat badan macam saya. Berat pun lebih kurang. Jadi bla ada partner, semangat itu lain macam. Kami bersaing antara satu sama lain. Setiap bulan mesti nak bandingkan keputusan dan kondisi semasa. Dari situ kami saling memberikan motivasi di antara satu sama lain.
Boleh kongsi jenis senaman dan juga diet yang diamalkan dalam proses turun berat badan tersebut?
Seperti yang saya katakan tadi, kini saya amalkan DSSS. Sehari saya hanya mabil 2000 kalori sehari sahaja. Senaman pula boleh dikatakan hari-hari saya buat dengan main indoor cycling, dumbell dan juga senam robik.
Semoga kisa FIT JOURNEY di atas boleh memberikan isnprasi, pengajaran dan juga tip berguna untuk anda.