Setiap orang yang berdepan dengan masalah berat badan pasti mempunyai cabaran yang tersendiri. Ia merupakan satu masalah yang tidak akan dapat difahami oleh sesiapa pun melainkan merasainya sendiri.
Cabaran untuk menurunkan berat badan ini satu perkara yang sangat hebat. Disebabkan itulah MASKULIN selalu berasa kagum dengn mereka yang berjaya melakukannya dengan baik.
Menerusi perkongsian ‘FIT JOURNEY’ kali ini, MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh seorang lelaki berasal dari Mersing, Johor. Malah, MASKULIN sempat juga menemubual jejaka bernama Abdul Rashid Sahari secara di atas talian tentang beberapa tip yang mungkin boleh memberikan manfaat kepada anda semua.
Kini bekerja sebagai seorang peniaga di atas talian, Abdul Rashid pernah mempunyai berat badan sehingga 142 kilogram. Namun dengan kesungguhan dan tekad yang luar biasa dia pernah berjaya menurunkan berat badannya hingga ke 99kg!
Ikuti temu bual MASKULIN bersama lelaki yang cukup hebat ini.
Sebelum turunkan berat badan, bagaimana tabiat dengan tabiat pemakanan anda?
Dulu saya memang kuat makan. Pukul lapan pagi makan dua bungkus mee segera. Kemudian bila masuk pukul 11 pagi tambah lagi sebungkus. Bila waktu makan tengahari makan lagi nasi. Paling kurang dua kali tambah nasi. Bila petang pula saya suka makan makanan seperti mee segera lagi. Dan bila balik rumah bila habis kerja tengah malam pun korek lagi nasi dalam periuk.
Ketika berat mencecah 142kg, apakah masalah kesihatan yang anda alami?
Ads
Saya selalu berasa sakit belakang tengkuk. Mungkin itu disebabkan dari darah tinggi. Tapi saya tak suka minum air manis, suka minum air kosong yang sejuk saja.
Bagaimana perasaan anda ketika berdepan masalah berat ketika itu?
Bila berat badan sudah mencecah 142 kilogram, pinggang pula cecah 50 inci saya mula berasa malu. Ini terutamanya bile ke kedai pakaian untuk mencari baju atau seluar. Sampai naik malu bila tanya semua cakap saiz tak ada. Malah masa saya di sekolah pun berat sudah mencecah 120 kilogram. Masa tu, dua tali pinggang terpaksa di sambung menjadi satu untuk saya pakai.
Pernahkah anda jadi mangsa ejekan disebabkan penampilan ketika itu?
Iya pernah je. Ada yang panggil saya badak. Malah ada juga yang gelar saya tong dram…
Ads
Apa yang membuatkan anda ingin berubah dan menurunkan berat badan?
Saya selalu fikir sampai bila nak hidup dengan keadaan macam ini? Takkan sampai tua nak ada masalah berat badan melampau. Saya juga ada keinginan untuk pakai baju-baju lawa. Dan paling teringin untuk pakai jersi bola sepak pasukan seperti Manchester United dan Barcelona. Alhamdulillah sekarang sangat senang untuk jumpa saiz untuk saya.
Perkara pertama anda lakukan untuk turunkan berat badan?
Pada awalnya saya amalkan diet Atkins. Dua minggu pertama tak ambil langsung makan karbohidrat. Saya makan protein dan sayur saja. Dapatlah turun sebanyak lapan kilogram. Masa tu memang semangat membuak-buak ingin teruskan. Namun hanya bertahan selama enam bulan sahaja. Dapatlah saya turun 40 kilogram.
Kemudian bila tiba bulan puasa makan jadi tidak terkawal semula. Sikit-skikit badan naik semula. Sebab itulah sekarang sata amalkan ‘Diet Suku Suku Separuh’ (DSSS). Walaupun hasilnya sedikit perlahan namun apa yang best kalau terlajak makan sikit ia tidak akan naik hingga empat atau lima kilokgram dalam masa tiga hari.
Paling banyak naik pun hanya sekilogram. Senang cerita buat atkins berat turun tapi lemak kekal. Bila-bila masa saja boleh naik semula. Berbeza dengan DSSS kita tidak akan jumpa semula berat yang lama dulu.
Ads
Berapa lama masa diambil untuk turun dari 142 kilogram kepada berat sekarang?
Tempoh turun dari 142 ke 99 kilogram itu hanya ambil masa enam bulan sahaja. Tapi sekarang saya buat DSSS sebab ia paling selamat, seronok dan paling penting menyihatkan. Kini berat saya masih lagi terkawal dan purata punurunan setiap bulan ialah empat kilogram.
Siapakah yang memberikan inspirasi untuk anda berubah?
Sepupu saya. Dia pun ada masalah berat badan macam saya. Berat pun lebih kurang. Jadi bla ada partner, semangat itu lain macam. Kami bersaing antara satu sama lain. Setiap bulan mesti nak bandingkan keputusan dan kondisi semasa. Dari situ kami saling memberikan motivasi di antara satu sama lain.
Boleh kongsi jenis senaman dan juga diet yang diamalkan dalam proses turun berat badan tersebut?
Seperti yang saya katakan tadi, kini saya amalkan DSSS. Sehari saya hanya mabil 2000 kalori sehari sahaja. Senaman pula boleh dikatakan hari-hari saya buat dengan main indoor cycling, dumbell dan juga senam robik.
Semoga kisa FIT JOURNEY di atas boleh memberikan isnprasi, pengajaran dan juga tip berguna untuk anda.
Buat anda yang merupakan kaki fitness dan gym, hari ini pastinya cukup menggembirakan. Ini selepas sekian lama tidak melakukan aktiviti di gimnasium, kerajaan telah mengumumkan operasi di pusat kesihatan tetutup seumpamanya akan dibenarkan beroperasi semula.
Ia merupakan satu daripada perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.
Bermula 15 Jun, semua gimnasium, dewan tertutup seperti dewan badminton, kompleks sukan pelbagai, pusat snuker dan pusat-pusat sukan yang lain akan ibenarkan beroperasi semula.
Sudahhampir tiga bulan lamanya aktiviti di gimnasium ditutup. Mungkin anda pun sedikit lupa apa yang perlu dilakukan serta dielakkan ketika melakukan aktiviti di premis tersebut.
Ruang serta privasi yang anda perolehi ketika melakukan senaman di gimnasium merupakan satu nikmat yang mugkin telah lama dilupakan.
Jom kita ‘refresh’ semula apa yang patut anda elak ketika ingin bersenam di gym!
SENAMAN DENGAN PERUT KOSONG
Jangan sesekali biarkan perut anda kosong dan berlapar bila nak bersenam. Jika ini berlaku agak mustahil untuk badan anda membakar lemak dengan baik. Perkara ini berlaku kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak.
Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, lalu boleh menyebabkan kerosakan pada otot.
TAK WARM UP
Tanyalah mana-mana jurulatih kecergasan mana sekalipun mereka pasti akan menekankan kepentingan untuk memanaskan badan. Perkara ini sangat penting kerana ia byukan sahaja boleh mengelak berlaku sebarang kecederaan otot malah boleh menyediakan fizikal anda untuk berdepan dengan pelbagai jenis senaman. Ambil masa sekurang-kurangnya lima minit untuk memanaskan badan, bukan susah pun.
TAK KONSISTEN
Jika anda berangan-angan untuk dapatkan hasil yang luar biasa maka perlu ingat senaman yang dilakukan perlulah sentiasa konsisten. Antara kesilapan ramai orang ialah menganggap bahawa senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja. Sedangkan aktiviti senaman yang baik memerlukan anda mengikuti jadual yang khas. Jadi lakukanlah secara konsisten dan mengikut jaduak terbaik buat anda.
TAK JAGA MAKAN
Ramai yang beranggapan bahawa selepas bersenam maka anda boleh makan sesuka hati. Tahukah anda bahawa ia hanya perbuatan sia-sia jika tak sertakan senaman dan diet yang betul. Penjagaan pemakanan juga sangat penting bagi mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.
TAK LAKUKAN DENGAN BERPERINGKAT
Senaman adalah suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pahang Berjaya menumpaskan Selangor dengan 0-2 malam tadi di Stadium National Bukit Jalil. Walaupun dihimpit dengan jualan tiket yang lembab atas faktor Piala Dunia, kehadiran penyokong dari kedua-dua pasukan ini tidak mengecewakan.
Tok Gajah menebus kekecewaan kalah kepada Kedah menerusi jaringan Nor Azam Azih dan Patrick Cruz pada setiap babak. Nor Azam yang menjana gerakan dari bahagian tengah merobek pintu gol lawan menerusi rembatan ke penjuru kiri atas gawang untuk menewaskan Khairul Azhan Khalid pada minit ke-23 sebelum Tok Gajah mengukuhkan kedudukan menerusi sepakan penalti Cruz pada minit ke-57.
Foto: Berita Harian
Pahang di bawah kendalian Dollah Salleh bermula garang sebaik wisel ditiupkan dengan Mohamadou Sumareh lincah bergerak di sebelah sayap kanan.
Pahang memperoleh dua kesempatan dalam tempoh terdekat untuk menokok jaringan melalui sepakan percuma Nor Shahrul Idlan Talaha yang tepat ke dakapan penjaga gol manakala Safuwan Baharuddin melonjak tinggi, namun tandukannya Berjaya ditepis oleh Khairul Azhan.
Pahang meneruskan corak permainan yang sama sebaik permainan bersambung dan kekasaran Alfonso de La Cruz ke atas Amutu membawa padah apabila dia bukan saja diberikan kad kuning, malah menghadiahkan penalti kepada pihak lawan. Khairul Azhar hanya Berjaya mencuit bola namun sepakan Cruz masih menuju ke gawang gol.
rata-rata melihat perlawanan malam tadi seperti berat sebelah apabila Kem Selangor merungut beberapa keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka yang menyaksikan Ilham Udin Armaiyn terjatuh di dalam penalti selepas ditolak Matthew Davies pada minit ke-75, sebaliknya Pahang diberikan sepakan percuma atas kekasaran Razman Roslan ke atas Amutu.
Selangor terus bergelut namun masih tewas di tangan Tok Gajah. Tahniah kami ucapkan kepada pasukan Pahang!
Sumber: Staduim Astro
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Minumlah air putih antara enam hingga lapan gelas sehari bagi menyingkirkan setiap lebihan natirum yang menyebabkan kehilangan cairan di dalam tubuh.Jika bosan dengan air putih,cuba teh herba atau jus buah.Kadar cairan yang tinggi menjadikan kulit lebih lembut.
2 BERHENTI MEROKOK
Mahu hilangkan selulit?Cuba berhenti merokok.Selain dapat membantu menghilangkan selulit,dapat juga membuang tabiat buruk ini.Tabiat merokok sebenarnya,memburukkan selulit yang terdapat pada kulit kerana ia menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga akhirnya menjejaskan kulit.
3 OLAHRAGA
Berat badan berlebihan akan lebih memburukkan selulit anda.Jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersama latihan untuk otot kaki,ia dapat membantu mengurangi selulit.
4 GOSOK TUBUH
Menggosok kulit membantu membuang sel-sel kulit mati,meransang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik anda.Hal ini dapat membantu mengurangkan selulit.Untuk hasil terbaik,gosok tubuh dua kali sehari setiap kali mandi.
5 LEMBAPKAN KULIT
Krim untuk selulit sudah semakin banyak di pasaran.Bagi memperolehi hasil yang maksimum,amalkan olahraga serta makan dan minum yang sihat.Gunakan pelembap kulit dua kali sehari juga dapat membantu kulit menjadi lebih mulus dan elastik.Amalkan setiap hari.
6 PERBANYAKKAN ASID LEMAK
Asid lemak perlu dapat membantu memperkuatkan tisu di sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit.Makanan yang kaya dengan asid lemak ini dapat membantu mengurangkan sel-sel lemak.Antara makanan yang mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun,minyak ikan,minyak biji beri hitam dan sebagainya.
7 BANYAKKAN MAKANAN BERPROTEIN
Protein dapat membantu kerana ia mengandungi albumin yang membantu menyerap lebihan cairan.Cuba makan tiga hidangan ikan,kacang-kacangan dan biji-bijian setiap hari bagi mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangi selulit anda.
8 URUTAN
Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat kepada anda.Ia dapat membantu mengurangi stress,meningkatkan perjalanan darah dan tidak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.