Ramai Tak Tahu Rupanya Simbol Pada Remote Aircond Ini Boleh Jimatkan Elektrik!

30963

Selama ini, ingatkan remote aircond hanya untuk membuatkan ruang rasa sejuk. Namun ramai yang tidak tahu, rupanya remote aiorcond juga boleh menjimatkan elektrik.

Tidak dinafikan cuaca di Malaysia sangat panas. Walaupun teriknya di siang hari namun sampai ke malam kita masih boleh merasai bahangnya.

Bagaimana untuk menyejukkan ruang dalam masa yang sama anda masih boleh berjimat? Sebenarnya remote aircond boleh membantu anda.

Sejukkan suhu bilik

Sehubungan itu, anda digalakkan untuk berada di tempat yang redup dan jika rumah anda memiliki aircond, boleh gunakannya dengan berhemah.

Namun untuk mengelakkan pembaziran elektrik, anda perlu tahu setiap fungsi dan mode semasa yang sesuai untuk anda gunakan.

Kenali dry mode dan cool mode

Pengguna kebiasaannya terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode.

Jika pada alat kawalan jauh menunjukkan lambang titisan air, ia bermaksud dry mode. Manakala jika lambang yang ditunjukkan adalah empingan salji, ia adalah cool mode.

Bagi penjimatan tenaga yang efisien, anda digalakkan untuk menggunakan dry mode kerana untuk mod ini, kompresor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.

Sensor juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara.

Semoga bermanfaat!