Pernah Tak Sakit Kepala? Anda Mungkin Alami Masalah Tekanan Darah Rendah!

Share

Pernah tak anda tiba-tiba rasa sakit kepala yang teramat sangat? Jika itu yang kerap anda alami ketahuilah anda mungkin sedang mengalami masalah tekanan darah rendah.

Ramai pesakit menganggap perkara ini sebagai masalah biasa namun jika tidak mendapat rawatan segera, ia boleh menjadi sesuatu yang lebih berisiko.

Selain daripada sakit kepala atau pening, ini 6 simptom lain yang perlu anda ambil perhatian :

1. Dehidrasi

Adakah anda sering berasa dahaga? Ia merupakan salah satu petanda anda menghadapi masalah tekanan darah rendah. Lebih kronik lagi, anda tidak mempunyai keupayaan untuk menghilangkan dahaga.

2. Kadar degupan jantung terlalu cepat

Jika anda mengalami kadar degupan jantung yang pantas, anda mungkin mengalami kadar pecutan jantung yang tidak normal. Ini terjadi kerana tekanan darah rendah memerlukan jantung  untuk mengepam darah lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan jantung bekerja kuat.

3. Tidak dapat beri tumpuan

Terdapat banyak lagi alasan logik medikal tentang masalah fokus antaranya stress, mempunyai jadual harian yang sibuk atau tidak cukup tidur. Tahukah anda? Tekanan darah rendah yang kronik juga penyebab masalah hilang tumpuan. Hal ini kerana, sel darah tidak dapat dibawa sampai ke otak dengan kadar yang normal.

4. Badan selalu berasa sejuk

Badan sering merasa seram sejuk kerana darah tidak berjalan dengan lancar dan boleh menyebabkan kulit bertukar warna biru. Ini juga petanda anda menghidapi tekanan darah rendah yang serius.

5. Keletihan

Cepat letih atau penat bukanlah tanda utama tekanan darah rendah tapi ia juga berkemungkinan tergolong darinya. Orang yang merasa cepat letih ini mempunyai faktor hemoglobin rendah didalam darah. Kandungan hemoglobin dalam darah penting dalam memastikan oksigen sampai ke otak.

6. Masalah penglihatan

Penglihatan menjadi kabur mungkin juga faktor serius tekanan darah rendah. Anda kena berwaspada kerana penglihatan anda boleh menjadi kabur buat sementara atau kekal!

Published by
Akyem Samad