Pernah tak anda tiba-tiba rasa sakit kepala yang teramat sangat? Jika itu yang kerap anda alami ketahuilah anda mungkin sedang mengalami masalah tekanan darah rendah.
Ramai pesakit menganggap perkara ini sebagai masalah biasa namun jika tidak mendapat rawatan segera, ia boleh menjadi sesuatu yang lebih berisiko.
Selain daripada sakit kepala atau pening, ini 6 simptom lain yang perlu anda ambil perhatian :
1. Dehidrasi
Adakah anda sering berasa dahaga? Ia merupakan salah satu petanda anda menghadapi masalah tekanan darah rendah. Lebih kronik lagi, anda tidak mempunyai keupayaan untuk menghilangkan dahaga.
2. Kadar degupan jantung terlalu cepat
Jika anda mengalami kadar degupan jantung yang pantas, anda mungkin mengalami kadar pecutan jantung yang tidak normal. Ini terjadi kerana tekanan darah rendah memerlukan jantung untuk mengepam darah lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan jantung bekerja kuat.
3. Tidak dapat beri tumpuan
Terdapat banyak lagi alasan logik medikal tentang masalah fokus antaranya stress, mempunyai jadual harian yang sibuk atau tidak cukup tidur. Tahukah anda? Tekanan darah rendah yang kronik juga penyebab masalah hilang tumpuan. Hal ini kerana, sel darah tidak dapat dibawa sampai ke otak dengan kadar yang normal.
4. Badan selalu berasa sejuk
Badan sering merasa seram sejuk kerana darah tidak berjalan dengan lancar dan boleh menyebabkan kulit bertukar warna biru. Ini juga petanda anda menghidapi tekanan darah rendah yang serius.
5. Keletihan
Cepat letih atau penat bukanlah tanda utama tekanan darah rendah tapi ia juga berkemungkinan tergolong darinya. Orang yang merasa cepat letih ini mempunyai faktor hemoglobin rendah didalam darah. Kandungan hemoglobin dalam darah penting dalam memastikan oksigen sampai ke otak.
6. Masalah penglihatan
Penglihatan menjadi kabur mungkin juga faktor serius tekanan darah rendah. Anda kena berwaspada kerana penglihatan anda boleh menjadi kabur buat sementara atau kekal!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kecederaan Lutut Di Kalangan Lelaki Yang Aktif Sukan
Kecederaan lutut, ACL (Anterior Cruciate Ligament) adalah salah satu jenis kecederaan yang sering dialami oleh atlet.
Ingat, lutut anda mahu dipakai lama oleh itu anda perlu berhati-hati. Di bawah kami senaraikan faktor yang boleh mengakibatkan kecederaan lutut (meletup, putus, koyak, lembam, luka dan lain-lain).
Sukan Dan Kecederaan Lutut ‘ACL’ Di Kalangan Lelaki
Apakah ACL?
ACL adalah ligamen yang terletak di dalam lutut dan berfungsi untuk menstabilkan sendi lutut. Ia menghubungkan tulang femur (tulang paha) dengan tibia (tulang betis). Ligamen ini memainkan peranan penting dalam mengawal pergerakan ke hadapan dan memutar tulang betis, menjadikan ia penting dalam banyak jenis pergerakan sukan.
Punca Kecederaan ACL
Pergerakan tiba-tiba: Pergerakan seperti pusingan badan secara tiba-tiba, memberhentikan larian dengan mendadak, atau melompat dan mendarat dengan posisi yang salah boleh menyebabkan kecederaan pada ACL.
Impak langsung: Kecederaan juga boleh berlaku akibat perlanggaran dengan pemain lain atau objek keras semasa bersukan.
Keletihan otot: Otot yang letih tidak dapat memberikan sokongan yang mencukupi kepada sendi lutut, meningkatkan risiko kecederaan.
Sukan yang Berisiko Tinggi
Sukan-sukan yang berisiko
Bola sepak: Pergerakan seperti menggelecek, menendang, dan perlanggaran fizikal antara pemain meningkatkan risiko kecederaan ACL.
Bola keranjang: Lompatan tinggi dan pergerakan cepat semasa permainan boleh memberi tekanan kepada ACL.
Bola baling: Aktiviti melompat dan menghantar bola dengan pantas memerlukan kestabilan lutut yang tinggi.
Ski: Pergerakan memutar dan menukar arah dengan pantas di atas permukaan bersalji menyebabkan tekanan pada ligamen lutut.
Gejala kecederaan ACL
- Bunyi “pop” pada lutut: Ramai atlet melaporkan mendengar bunyi “pop” semasa kecederaan berlaku.
- Sakit lutut: Kesakitan yang teruk pada lutut yang cedera.
- Bengkak: Pembengkakan yang cepat dalam beberapa jam selepas kecederaan.
- Ketidakstabilan lutut: Rasa lutut “tergelincir” atau tidak stabil ketika berjalan atau berdiri.
- Diagnosis kecederaan ACL biasanya melibatkan pemeriksaan fizikal oleh doktor serta pengimejan seperti MRI untuk mengesahkan tahap kecederaan.
Rawatan dan Pemulihan
- Rawatan konservatif: Bagi kecederaan yang tidak terlalu teruk, rawatan konservatif seperti fisioterapi, penggunaan ais, dan ubat penahan sakit mungkin mencukupi.
- Pembedahan: Bagi kes yang lebih serius, pembedahan rekonstruktif mungkin diperlukan untuk membaiki ligamen yang rosak. Ini diikuti dengan program pemulihan intensif.
Pencegahan Kecederaan ACL
Untuk mengurangkan risiko kecederaan ACL, atlet boleh mengambil langkah-langkah berikut:
- Latihan penguatan otot: Melibatkan latihan untuk menguatkan otot-otot di sekitar lutut.
- Latihan kestabilan dan keseimbangan: Menumpukan pada latihan yang meningkatkan kestabilan lutut.
- Teknik yang betul: Mempelajari teknik pergerakan yang betul dalam sukan yang diceburi.
Kesimpulan
Kecederaan ACL adalah satu isu serius di kalangan atlet lelaki, dengan langkah-langkah yang betul, risiko kecederaan ACL dapat dikurangkan, membolehkan atlet menikmati sukan dengan lebih selamat dan berkesan.
BACA LAGI : Qari Negeri Sembilan Jadi Juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2024
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bersihkan Bekas Jerawat Pada Wajah Anda Dengan Bahan Alami Ini
Tak kira lelaki ataupun wanita, pasti anda akan mengalami masalah kulit berjerawat kan? Ini terjadi kerana keradangan pada wajah dan kekotoran udara sepanjang hari. Apa yang lebih menyakitkan hati apabila jerawat anda sudah hilang, namun kesannya masih di situ. Pasti anda telah habiskan duit anda ke pusat kecantikan di luar sana kan? Dan keputusannya? Masih sama. Anda mungkin menggunakan alat solek untuk menutup tompok-tompok hitam pada wajah anda (wanita), namun ia tidaklah tahan lama. Dalam masa yang sama, memakai alat solek juga boleh mengakibatkan wajah anda rosak. Kami akan berikan tips untuk anda buang kesan jerawat yang mencacatkan wajah anda tu.
- Lidah buaya
Lidah buaya sememangnya baik untuk dijadikan makanan harian ataupun untuk wajah. Khasiat lidah buaya dari dulu sehingga sekarang tidak boleh disangkal oleh mana-mana saintis di dalam dunia ini. Ia boleh melambatkan penuaan, melembabkan kulit dan hapuskan parut di muka menjadikan wajah anda bersinar dan sihat. Apa yang anda perlu buat adalah campurkan lidah buaya dengan air buah lemon, sapukan dibahagian wajah anda dan biarkan selama 30 minit. Anda bakal mendapatkan kesan setelah seminggu.
- Minyak Zaitun
Jika anda ingin mempercepatkan proses penyembuhan wajah anda tu, anda bolehlah cuba campurkan gula dan juga minyak zaitun. Satu sudu kecil minyak zaitun dan satu sudu besar gula dan gosokkan kepada wajah anda. Lakukan 2 kali seminggu untuk mendapatkan kulit wajah yang licin dan bebas parut. Salah satu cara lagi dengan menggunakan garam laut. Untuk yang ini anda perlu mengambil satu sudu kecil rata garam dan campurkan sukatan yang sama untuk minyak zaitun. Gosokkan pada wajah anda, dan bilas.
- Baking soda
Baking soda ni bukan saja digunakan untuk masakan, membersihkan periuk. Malah ia juga berguna untuk kecantikkan wajah. Baking soda bertindak untuk membuang sel mati pada kulit dan menjadikan kulit lebih segar. Anda hanya perlu gaulkan dengan sedikit air sampai ia likat dan sapukan pada bahagian yang bertompok, lalu bilas. Ulang rutin ini 2-3 kali minggu dan lihat hasilnya. Selain itu ia juga menghalang dari pertumbuhan jarawat baru.
- Buah Lemon
Banyak produk kecantikan yang berasaskan jus lemon kerana ia punya khasiat tersendiri. Anda masih boleh menggunakan buah lemon tanpa perlu membeli produk kecantikkan. Cuma perlu perah buah lemon dan sapukan pada bahagian yang bermasalah. Anda juga boleh menggunakan kaedah campuran bahan-bahan sebelumnya iaitu dengan mencampurkan 1 sudu jus lemon, 2 sudu madu, 1/2 sudu gula dan 1 sudu minyak zaitun. Sapukan dibahagian wajah anda 2 kali seminggu dan lihat hasilnya. Ingat! Jangan sapu terlalu kuat, kerana ia boleh merosakkan kulit anda lebih teruk.
- Telur putih
Telur putih boleh dijadikan mask sebelum anda tidur. Ia boleh menghapuskan cela di bahagian muka dan membuatkan kulit anda lebih anjal. Lagipun, ia mempunyai protein yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan kulit anda. Anda hanya perlu pukul putih telur dan letakkan di wajah anda yang bermasalah. Lalukan 2 kali seminggu. Perlu ingat jika anda alah dengan telur, dinasihatkan supaya anda tidak menggunakan telur untuk rawatan kulit muka.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Suami Malu Kena ‘Angin Pasang’, Komplikasi Boleh Bawa Maut
Hernia atau lebih dikenali dengan nama angin pasang sering dikaitkan dengan masalah yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat bayi lagi.
NAMUN SEBENARNYA, HERNIA SERING MENYERANG ORANG DEWASA TERUTAMANYA LELAKI DAN JENIS HERNIA YANG PALING KERAP MENYERANG LELAKI IALAH HERNIA INGUINAL IAITU APABILA TISU LEMAK OMENTUM ATAU SEBAHAGIAN USUS TERJULUR KELUAR DI KAWASAN ARI-ARI, KELANGKANG ATAU DALAM PANGKAL PAHA PESAKIT.
Lebih kerap berlaku kepada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas, ia selalunya disebabkan oleh dinding otot badan di bahagian ari-ari dan sekitarnya yang lemah membuatkan lapisan dalam boleh terkeluar apabila berlaku tekanan.
Hernia dalam kalangan lelaki dewasa dilihat jarang dibincang atau diperkatakan. Mungkin kerana ia dilihat sebagai satu isu yang sensitif apabila melibatkan masalah berkaitan dengan kawasan alat sulit lelaki.
Ditambah pula ia jarang menyebabkan gejala seperti sakit walaupun benjolan kelihatan di bahagian tersebut dan kadang-kadang ia hilang terutama apabila dalam keadaan baring atau selepas ia ditolak ke dalam membuatkan pesakit tidak mengambil serius akan masalah tersebut.
MASALAH HERNIA INI TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN KERANA JIKA LAMBAT MENDAPATKAN RAWATAN, IA BOLEH MENYEBABKAN KOMPLIKASI YANG MAMPU MEMBAWA MAUT.
“Hernia ialah benjolan tidak normal yang berlaku dari satu kaviti ke kaviti lain. Hernia yang paling sering ditemui ialah hernia inguinal yang muncul di kawasan sekitar ari-ari dan pangkal peha. Malah benjolan tersebut boleh besar sehingga ke bahagian kerandut kerana bahagian otot dinding kulit yang lemah terlalu besar.
“KOMPLIKASI BOLEH BERLAKU APABILA BAHAGIAN YANG TERKELUAR CONTOHNYA USUS, MATI AKIBAT HALANGAN UNTUK MASUK KEMBALI DAN TISU TERSEBUT TERCEKIK DI LALUAN TERSEBUT LALU MENYEBABKAN ISKIMIA IAITU DARAH TIDAK DAPAT MENGALIR KE BAHAGIAN TERSEBUT DAN AKHIRNYA GANGREN.
“Jika kuman sudah mula menyerang bahagian yang telah mati itu, ia boleh mengancam nyawa. Sebab itu pengesanan dan rawatan awal amat penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi.”
Tiada ubat yang boleh merawat masalah hernia, ia hanya boleh dihilangkan melalui pembedahan sahaja dan tegasnya pesakit perlu bertemu dengan pakar bedah yang bagus kerana komplikasi bahagian yang memerlukan pembedahan tersebut.
STRUKTUR DI DALAM KANTUNG BUAH ZAKAR AMAT KOMPLEKS. BUKAN BUAH ZAKAR ATAU TESTIS SAJA TERLETAK DALAM KANTUNG BERKENAAN, STRUKTUR SALUR DARAH DAN SALURAN TIUB PEMBIAKAN LELAKI JUGA TERDAPAT DALAM KERANDUT ITU.
Bengkak yang berlaku pada kerandut ialah perkara yang luar biasa dan memerlukan rawatan segera. Kebanyakan pesakit hanya menerima rawatan pesakit luar disebabkan oleh bengkak kerandut tidak berbahaya dan senang dirawat.
Ada kalanya, rawatan pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk mengelak risiko kerosakan buah zakar. Bengkak ini boleh terjadi kepada mana-mana lelaki semua peringkat umur.
ANTARA SEBAB BIASA BERLAKUNYA BENGKAK KERANDUT IALAH ANGIN PASANG ATAU HERNIA. DALAM KEBANYAKAN KES, BENGKAK ITU TIDAKLAH BERBAHAYA DAN TIDAK SAKIT. AKAN TETAPI, JIKA HERNIA BERPINTAL, PESAKIT AKAN MENGALAMI BENGKAK DAN SAKIT PADA KARUNG KERANDUT. JIKA INI BERLAKU, RAWATAN PEMBEDAHAN KECEMASAN PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN MASALAH YANG TIDAK DIINGINI.
Jangkitan kuman juga boleh berlaku pada struktur di dalam kantung kerandut. Buah zakar dan juga selaput di atas buah zakar iaitu epidydimis boleh mendapat radang dan jangkitan kuman. Jangkitan kuman biasanya berlaku pada mereka yang mengamalkan seks bebas dan kerap bertukar pasangan.
KUMAN DIPEROLEH DARIPADA PASANGAN YANG MEMASUKI KANTUNG BERKENAAN MELALUI SALURAN KENCING. BIASANYA PESAKIT MENGALAMI BENGKAK DAN SAKIT DALAM KANTUNG ITU.
Biasanya ia dimulai dengan rasa pedih ketika kencing dan terdapat cecair keputihan keluar melalui saluran kencing. Untuk kes sebegini, pesakit memerlukan rawatan antibiotik dan juga ubat penahan sakit.
Kanser buah zakar pula biasanya tidak sakit. Pesakit dapat berasakan buah zakar mereka membengkak dan lama-kelamaan bengkak itu menjadi keras. Biasanya kanser buah zakar berlaku pada salah satu buah zakar saja dan kanser ini satu-satunya yang mempunyai kadar kematian paling rendah.
Ia perlu dirawat segera untuk mengelakkan kanser berkenaan merebak. Pembedahan disusuli rawatan kemoterapi dan radioterapi akan dipertimbangkan oleh pakar yang merawat.
CECAIR JUGA BOLEH TERKUMPUL DI DALAM BUAH ZAKAR. BENGKAK PADA KERANDUT TIDAK MENYAKITKAN TETAPI PESAKIT AKAN BERASA TIDAK SELESA DAN SENAK TERUTAMANYA PADA BAHAGIAN PINGGANG.
Keadaan ini dipanggil Hydrocoele. Pesakit boleh rasa seolah-oloh terdapat belon air di dalam kantung itu. Bagi kanak-kanak, biasanya tiada rawatan aktif untuk kes seperti ini.
Pesakit akan dipantau di rumah dan selalunya surut dengan sendiri sedikit demi sedikit. Bagi pesakit dewasa pula, kebanyakannya perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cecair itu.
BENGKAK JUGA BOLEH DISEBABKAN SALURAN DARAH YANG TERDAPAT DALAM KANTUNG BERKENAAN. BENGKAK INI TIDAK SAKIT DAN JUGA BERLAKU HANYA PADA BAHAGIAN ATAS BUAH ZAKAR.
Biasanya, pemeriksaan klinikal boleh membezakan penyebab bengkak kerandut. Namun, untuk mengesahkan diagnosis tersebut, ujian ultrasound boleh dilakukan. Ianya dapat membantu pilihan rawatan yang bakal dilakukan. Ujian darah dan juga ujian air kencing jarang dilakukan. Ianya dapat membantu bagi kes yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
BIASANYA BENGKAK ATAU MASALAH-MASALAH YANG MENYEBABKAN BENGKAK PADA KERANDUT TIDAK MENGAKIBATKAN KEMANDULAN. PEMBEDAHAN MEMBUANG SALAH SATU BUAH ZAKAR JUGA TIDAK MENGAKIBATKAN KEMANDULAN. INI KERANA BUAH ZAKAR SEBELAH LAGI MASIH MAMPU MENGHASILKAN JUMLAH SPERMA UNTUK PEMBIAKAN LELAKI.
Sumber : Metro, Utusan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI