Bak kata orang-orang dulu, ‘bila sedang bercinta, ibarat dunia kita yang punya’. Inilah masalah yang dihadapi oleh mereka yang menganggap dunia ini hanya milik berdua, terutama sekali apabila sedang asyik berpacaran, sehingga tidak menyedari ada mata-mata yang memandang kelakuan anda berdua yang cukup menjelikkan.
Jangan jadi mangsa kecaman orang-orang sekeliling! Hal ini sering kali dipandang remeh terutama sekali bagi golongan muda yang sedang mabuk cinta. Mungkin perilaku anda tidak menganggu ketenteraman orang di sekitar, namun ia cukup membuatkan orang ramai menyampah melihat gelagat anda berdua. MASKULIN senaraikan 6 perilaku semasa ‘dating’ yang wajar anda jauhi.
Dipercayai masalah ini sering dihadapi oleh kita, terutama sekali apabila kita sedang dalam keadaan terburu-buru ingin menyelesaikan sesuatu hal. Namun, langkah kita diperlahankan gara-gara ‘terperangkap’ di belakang pasangan yang berjalan longlai dan gemalai, terutama sekali di kawasan yang padat dan sesak dengan orang ramai. Cukup menyusahkan! Oleh itu, elakkan dari bertindak sebegitu apabila sedang berjalan berdua dengan kekasih hati.
2) Memakai Pakaian Serupa (Matching Couples)
Ini mungkin dianggap remeh, tetapi yang pasti bukan semua dapat menerima tindakan ini. Dengan memakai baju T-shirt dengan corak yang sama, ditambah pula dengan pelbagai reka letak dan ayat-ayat yang menyatakan anda berdua adalah pasangan, ini mungkin dianggap keterlaluan. Mungkin anda mengikut trend fesyen terkini, namun anda dilihat seolah-olah cuba untuk memberitahu kepada awam bahawa anda berdua adalah ‘couple’. Hentikan! Anda bukanlah sesiapa.
Ini wajar untuk anda elakkan. Haruslah anda ingat, anda berdua kini berada di kawasan awam yang dipenuhi dengan orang ramai. Pastinya gelagat anda dapat diintai dan dikecam. Elakkan bermesra secara berlebihan seperti bercium-ciuman, tangan dimasukkan di kocek belakang pasangan, meraba-raba ketika duduk di bangku mahupun menyuapkan makanan ke mulut dengan gaya cukup menghairahkan.Hormatilah orang sekeliling anda!.
Ads
4) Anda tidak perlu terlalu ‘gentleman’
Sememangnya wajar untuk anda tunjukkan sisi gentleman kepada si dia, tetapi janganlah berlebihan. Ingat, anda adalah lelaki bukannya hamba kepada si dia. Sering kali kita lihat ada sahaja pasangan iaitu si lelaki diibarat terpaksa menurut perintah dengan memegang hand bag pasangan kemana sahaja. Lebih memeritkan, ada yang sanggup memegang pelbagai barang-barang yang lain semata-mata nak mengambil hati. Si dia mungkin terpaut hati, tetapi anda yang merana bukan?
Ini juga sering kali terjadi. Mungkin anda dan pasangan tidak menyedari atau menganggap sesuatu ‘gelaran’ dapat menambahkan jalinan kemesraan. Sebenarnya tidak bagi orang awam yang mendengarnya. Cukuplah dengan gelaran ‘sayang’. Elakkanlah dari menggunakan gelaran-gelaran seperti ‘boo’, ‘papa dan mama’ (bagi yang belum berkahwin) ataupun lain-lain. Sekiranya anda mempunyai gelaran manja yang tersendiri, seeloknya ia dijadikan rahsia perhubungan anda. Pasti manis bukan?
Ads
6) Gaduh mengalahkan pasangan bercerai
Ini pula berlaku terutama sekali bagi pasangan yang bergaduh ketika sedang berpacaran. Kawal suara dan emosi. Anda kini berada di tempat awam. Janganlah pula anda dan pasangan bergaduh, melenting tak tentu pasal, mengomel, merungut dan saling menyalahkan ibarat pasangan kahwin yang ingin bercerai. Beretika dan jagalah tingkah laku dan adab anda apabila menghadapi situasi sebegini.
Bila sampai bil elektrik saja anda terus bingung dan tertanya-tanya. Kenapa bil selalu tinggi? Sebelum anda tergesa-gesa melakukan panggilan telefon untuk membuat komplen atau aduan, sila periksa apa yang berlaku dalam rumah dahulu.
Kita mungkin tidak sedar bil elektrik boleh menjadi tinggi kerana penggunaannya yang tidak disedari. Cuba pikir, ada tak anda biarkan peralatan eletrik dengan palam masih bersambung dengan soket?
Untuk pengetahuan anda, arus elektrik masih berjalan walaupun perlatan tersebut tidak digunakan. Kali ini MASKULIN ingin kongsi LIMA jenis peralatan eletrik yang masih ‘menelan’ tenaga walaupun tidak duguna selagi mana plag masih bersambung dengan soket.
Mungkin lepas ini anda perlulah lebih kerap untuk mencabut palam peralatan tersebut jika tidak digunakan tambah-tambah jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu. Jadi selepas ini tidaklah anda risau akan bil elektrik melambung tinggi.
Peralatan Elektrik Dengan Fungsi Pemasa
108 W sehari. Mungkin tidak setiap rumah mempunyai peralatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah. Itu jika hanya ada satu peralatan elektrik dengan fungsi pemasa, bayangkan jika hampir kesemua peralatan elektrik anda ada fungsi pemasa terutamanya peralatan di dapur, dan jika anda membiarkan ia tidak ditutup walau tidak digunakan, jumlah yang dibazirkan anda bayangkanlah sendri.
Komputer
Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Terutamanya PC, kami sangat yakin bahawa memang plugnya tidak pernah diusik daripada soket eletrik. Tak percaya? Pegilah tengok PC masing-masing jika anda memilkinya.
Kedua-dua peralatan tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Banyaknya. Memang membazir sangat-sangat. Malah, ia jumlah tenaga yang dibazirkan bertambah sebanyak 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer anda dalam keadaan Mod Sedia. Jadi lepas ni, kalau dah tak guna PC atau laptop masing-masing, ringan-ringankanlah tangan tu untuk tanggalkan plug dari soket, ok.
Televisyen
Kalau di atas tadi adalah dekorder, yang ini adalah tv itu sendiri sebab kalau anda ada dekorder dah tentulah anda juga ada tv. Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug tv daripada soket adalah sebanyak 24 W sehari. Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekorder tadi. Dan renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug kedua-dua peralatan tersebut.
Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekorder tv. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama untuk manusia berhibur sama ada untuk menonton drama mahupun sekadar menonton berita. Jadi, sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekorder, nanti senang nak buka tv hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.
Tapi tahukah anda, dekorder yang tak ditutup walaupun tv tak dibuka mengguna tenaga sebanyak 22 W sehari. Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tak hairanlah bil elektrik anda masih ‘meroket’ walaupun anda jarang menonton televisyen.
Pengecas Telefon
Ini adalah antara peralatan yang paling sering digunakan oleh umat manusia kerana pada hari ini, hampir sukar mencari manusia yang boleh ‘hidup’ tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia peralatan yang paling banyak dibiarkan ‘melekat’ pada soket elektrik di rumah masing-masing.
Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Wattage (W) sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya bukan? Cuba darabkan dengan 365 hari dan darabkan dengan jumlah berapa tahun sudah anda mengguna telefon. Terkejut?
Mungkin ada yang berfikir bahawa jumlah-jumlah tersebut adalah kecil, tetapi dengan pembaziran secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil. Dan satu lagi, ia bukan kerja yang sukar untuk menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan di atas, dan pada masa yang sama ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
FARAH Ann Hadi menebus kecewa dalam palang bertingkat untuk mengutip pingat emas acara senaman lantai pada hari yang diulit kontroversi apabila pingat emas Tan Ing Yueh ditarik balik selepas bantahan daripada kem Indonesia.
Emas Ing Yueh diserahkan kepada Rifda Irfanaluthfi yang mengutip 13.125 mata dari Indonesia manakala Kaitlin De Guzman dari Filipina memenangi gangsa.
Turun beraksi selaku pilihan utama, Farah tampak lebih tenang pada penampilan kali ini biarpun dia kecewa sebelum ini ketika di disiplin Palang Bertingkat.
Mempamer aksi bertenaga, Farah yang mahu menebus kehampaan melakukan beberapa rutin dengan cemerlang untuk mengutip 13.450 mata keseluruhan untuk muncul juara, menewaskan pencabar terdekat dari Filipina, Kaitlin Cera Lianne De La Cruz (13.025 mata) manakala atlet Indonesia, Rifda Irfanaluthfi berada di tangga ketiga dengan 13.000 mata.
Sementara itu skuad gimnastik artistik turut mengutip 1 perak yang disumbangkan Tan Ing Yueh menerusi acara Batang Titian selepas tewas kepada lawan dari Indonesia, Rifda Irfanaluthfi.
Gangsa disumbangkan menerusi Jeremiah Loo Phay Xing (gambar) yang beraksi dalam acara Palang Tinggi selepas dikecewakan dengan perbezaan 0.050 mata dengan pemenang pingat perak dari Vietnam Dinh Phuong Thanh (13.050 mata) manakala juara, Le Thang Thunh juga dari Vietnam yang memungut 13.350 mata.
Seorang lagi wakil negara, Chau Jern Rong, 19, terpaksa berpuas hati untuk menduduki tempat keempat dengan 12.750 mata.
Gonorrhea dan siflis (syphilis) merupakan antara penyakit jangkitan secara seksual (STD Sexual Transmitted Disease) yang paling berbahaya. Selain daripada 2 penyakit ini, ada banyak lagi penyakit berjangkit yang dikaitankan dengan sentuhan seksual, seperti chlamydia, herpes, HIV, HPV, Hepatitis B dan Scabies.
Gonorrhea
Gonorrhea adalah disebabkan oleh bakteria (Neisseria gonorrhoeae) yang hidup di membran berlendir yang lembap dalam urethra, faraj, rektum, mulut dan mata. Jangkitan boleh merebak melalui sentuhan pada zakar, faraj, mulut dan anus.
Simptom gonorrhea akan mula muncul selepas 2 hingga 5 hari selepas berlaku sentuhan. Namun ada juga yang mengambil masa sehingga 1 bulan. Antara simptom nya adalah rasa sakit ketika kencing, kerap kencing, bengkak pada zakar, sakit ketika melakukan hubungan seks dan demam jika jangkitan merebak sehingga ke tiub fallopio.
Dalam kebanyakkan kes, gonorrhea boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Siflis (syphilis)
Siflis juga diakibatkan oleh bakteria (Treponema pallidum). Dalam sesetengah keadaan, siflis perlu dirawat dengan rapi dan berterusan kerana ianya boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang dan akhirnya kematian.
Simptom siflis adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap kritikalnya. Peringkat pertama, kemunculan bengkak-bengkak. Siflis peringkat kedua ruam yang semakin kerapa pada tapak tangan dan tapak kaki. Siflis peringkat ketiga lebih kritikal dengan gangguan pada neurologi dan sistem kardiak. Siflis peringkat empat atau akhir boleh menyebabkan kematian.
Siflis dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Chlamydia
Chlamydia diakibatkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis . Jangkitan chlamydia adalah penyebab utama kepada penyakit berkaitan dengan mata dan alat kemaluan. Dianggarkan 1 juta individu di Amerika Syarikat dijangkiti chlamydia.
Simptom bagi chlamydia adalah keluaran cairan putih daripada kemaluan, dan sakit ketika kencing. Jika dibiarkan berterusan, penyakit ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius pada sistem pembiakan. Chlamydia pada mata boleh mengakibatkan buta.
Seperti gonorrhea dan siflis, chlamydia dapat dirawat dengan antibiotik.
Herpes
Herpes adalah penyakit yang diakibatkan oleh virus Herpes simplex virus type 1 (HSV-1) dan type 2 (HSV-2).
Simptom yang jelas kelihatan adalah jangkitan ulser pada mulut atau muka yang dikenali sebagai Herpes Oral. Simptom akan mula kelihatan sehingga hampir 3 minggu. Semasa jangkitan virus diangkut sepanjang saraf deria ke sel badan.
Rawatan kepada penyakit ini belum dimajukan. Sekali anda dijangkit, bermakna virus tersebut akan selamanya berada dalam badan anda.
HIV / AIDS
HIV (human immunodeficiency virus) adalah virus yang menyebabkan penyakit AIDS (acquired immunodeficiency syndrom). Dianggarkan sejak penemuannya, AIDS telah mengakibatkan kematian sehingga 36 juta di seluruh dunia sehingga tahun 2012.
Simptom awal bermula dengan demam berpanjangan. Sakit yang berterusan ini mendedahkan pesakit kepada penyakit lain disebabkan oleh kurangnya sistem imunisasi. Kesannya, jika tanpa rawatan rapi, boleh mengakibatkan kematian.
Sehingga kini, tiada tiada penawar atau vaksin yang boleh merawat AIDS. Tetapi rawatan antiretroviral boleh memperlahankan kesan penyakit.
HPV
HPV berasal daripada sejenis virus (human papillomavirus). Seperti virus papillomavirus yang lain, HPV menjangkiti keratin pada kulit atau membran bermukus.
Antara simptom HPV adalah tumbuh ketuat pada kemaluan. Jangkitan yang berterusan akan membawakan kepada penyakit kanser.
HPV boleh dirawat dengan menggunakan vaksin HPV, iaitu Cervarix dan Gardasil.
Hepatitis B
Hepatitis B adalah jangkitan penyakit pada hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis B. Dikatakan bahawa 1 per 3 penduduk dunia, telah dijangkiti penyakit ini pada satu ketika dalam hidup mereka.
Simptom penyakit ini adalah radang hati, muntah-muntah, jaundis dan akhirnya boleh membawa maut. Jangkitan yang kronik juga boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati.
Rawatan adalah dengan menggunakan vaksinasi. Virus hepatitis B ini lebih berjangkit 50 – 100 kali ganda berbanding HIV.
Scabies
Penyakit scabies adalah diakibatkan oleh jangkitan pada kulit oleh kutu Sarcoptes scabiei. Kutu ini kecil dan tidak mudah dilihat dan akan bertindak sebagai parasit yang menyebabkan kegatalan.
Scabies dikelaskan sebagai penyakit yang berkaitan dengan air, tetapi boleh dipindahkan melalui sentuhan kulit. Simptom scabies adalah kegatalan yang melampau, ruam dan kulit berkerak.
Tiada vaksin bagi penyakit ini, tetapi penjagaan kesihatan yang baik adalah perlu. Rawatan boleh juga menggunakan permethrin dan ivermectin.
sumber: cikguhailmi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.