
Jika dua tahun lepas anda tidak berkesempatan untuk mendapatkan koleksi Hotshot Kurt Cobain, tahun ini anda pasti berkesempatan untuk memilikinya.
Ini kerana di dalam segmen ‘Bata Heritage’ melalui koleksi Hotshot, kasut tersebut telah dipakai oleh legenda muzik, Kurt Cobain yang juga vokalis bagi kugiran Nirvana.
BACA: Tidak Pernah Dibasuh Selama 3 Dekad, Cardigan Pemuzik Legenda Kurt Cobain Sudah Dijual
Melalui satu posting di Instagram milik Bata Heritage, Kurt Cobain merupakan peminat kasut jenama Bata dan dia dilihat memakai kasut tersebut dalam satu sesi fotografi bersama ahli kumpulannya. Warna yang digunakan adalah tona Hitam dan Kuning untuk koleksi ini.
Selain itu, model hotshot ini hanya dijual secara atas talian dan tidak terjual di mana-mana butik Bata di seluruh Malaysia. Namun, koleksi Bata tidak terhad kepada ini sahaja kerana ia juga turut menampilkan kolaborasi Bata Hotshot X Coca-Cola yang mana ia ditampilkan dengan rona rasmi jenama minuman berkarbonat tersebut.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kempen Koleksi Eyewear Dolce&Gabbana SS2020 Ketengahkan Peragawan David Gandy

Jenama Dolce&Gabanna tidak perlu lagi diperkenalkan kerana ia sentiasa menjadi item wajib milik di kalangan selebriti popular. Selain seleksi pakaiannya, Dolce&Gabanna juga turut memngeluarkan pelbagai jenis aksesori mengikut musim.
Terbaru, Dolce&Gabanna memperkenalkan koleksi kaca mata dengan kempen terbarunya mengetengahkan ketampanan peragawan popular, Daviod Gandy.
POPULARITI
Pemilihan David Gandy untuk pengenalan kempen bagi Koleksi Dolce&Gabanna Eyewear SS2020 dikatakan sesuai dengan statusnya sebagai wajah yang cukup dikenali dalam dunia fesyen lelaki global.
Kempen yang turut mendapat sentuhan jurugambar profesional, Mariano Vivanco ini mengetengahkan David Gandy dengan gaya kasual asli memerangkap atmosfera tampan di kepualauan Sicily.
CIRI-CIRI ISTIMEWA
Koleksi kaca mata yang cukup elegan ini dibina dengan menggunakan bahan slim metal degan potongan diagonal yang turut memberi identiti bagi eyewear Dolce&Gabanna. Pada bahagian hadapannya pula menampilkan ciri-ciri open bridge yang turut disertakan dengan logo Dolce&Gabanna iaitu DG.
Pada bahagian atas kaca mata pula diperkemaskan dengan bahan nylon fiber yang boleh laras di bahagian hidung.
Menariknya kaca mata untuk koleksi ini boleh didapati dalam dua kombinasi berbeza iaitu gold dan matte black. Ia dipadankan pula dengan lensa berwarna hitam dan juga gangsa yang datang dengan lensa berwarna coklat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Inspirasi Pengembaraan Kota Metropolis Milan-Tokyo Jadi Tema Koleksi SS/2022 Onitsuka Tiger

Dua hari lalu jenama fesyen sukan dan gaya hidup berpengaruh asal Jepun, Onitsuka Tiger telah memperkenalkan koleksi kontemporari secara eksklusif menerusi persembahan yang cukup menarik. Koleksi terbaru ini dikatakan sarat dengan gabungan isnpirasi fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Di bawah pimpinan artistik Andrea Pompilio, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi Musim Bunga/Panas 2022 di Milan menerusi sebuah filem pendek berjudul ‘Milan-Tokyo’, arahan Hideto Hotta.
Menariknya, jenama fesyen popular Jepun ini menggabungkan trend fesyen sukan bersama keterampilan inovasi telah memilih Milan Fashion Week buat musim kedua untuk mengetengahkan koleksinya yang terkini.
Filem pendek tersebut menggambarkan Andrea melakukan perjalanan dari kota Milan ke Tokyo yang kosong, namun masih belum hilang keunikannya. Rona pengembaraan malam bermula dari lapangan terbang, lalu bergerak pantas ke jalanan metropolis.
Kemunculan lampu isyarat, jambatan, jalan raya dan lebuh raya bertingkat: semuanya tampak kosong. Dengan peralihan pemandangan sekeliling, ia kemudiannya berubah menjadi sebuah landasan fesyen. Ruang yang luas terbentang seterusnya menjadi semakin kecil, menghampiri lorong-lorong Shinjuku dan Shibuya.
Ia sama sekali berbeza dengan keadaan di tengah bandaraya, diterangi lampu neon berwarna-warni milik kedai teknologi dan gajet, juga stesen teksi yang dipenuhi deretan teratur kereta lama serta baharu. Renda putih pada alas tempat duduknya pula memberi kesan bertentangan dengan kemilau LED berwarna-warni pada pintu automatiknya.
Kembara itu berterusan sehingga ke lorong belakang Arked Membeli-belah Ooimachi. Dari kedai kopi dan bar snek, hinggalah ke papan tanda jalanan; semuanya memancarkan cahaya sejuk kehijauan yang menghuraikan perasaan disorientasi, seperti hilang dalam terjemahan (lost in translation). Kembara itu berakhir di ruang atas bumbung salah satu dari bangunan pencakar langit Tokyo
Lampu-lampu yang tidak berhujung mengingatkan semula masa depan dystopia yang digambarkan oleh anime ikonik yang menakluki dunia. Justeru, waktu malam di Tokyo yang menantikan saat bangkitnya dari kesibukan rutin diangkat sebagai simbol tenaga dan kemodenan. Dengan estetik berorientasikan fesyen dan sukan, koleksi Onitsuka Tiger ini nyata sesuai dengan suasana keseluruhannya.
Musim 2022 bakal menjadi Tahun Harimau, simbol teras jenama ini dengan ungkapan tema berterusan iaitu kuasa harimau.
Helaian seleksi serbaguna dan pelengkap gaya dalam koleksi ini menampilkan cetakan haiwan serta geometri, selain garisan mendatar, yang turut digabungkan di dalam himpunan santai ke pantai. Untuk pilihan sepatu, terdapat dua gaya baharu yang menampilkan tapak kaki bercetak dan bahagian atas kasut yang menggambarkan ciri-ciri bulu harimau.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kempen Levi’s Ramadan 2020 Serlahkan Dua Artis Kaliber, Noh Salleh & Daiyan Trisha

Setiap tahun Levis’ Malaysia tidak pernah gagal menampilkan kempen sempena ketibaan bulan Ramadan dan juga menjelang tibanya Syawal.
Untuk tahun ini, Levi’s tampil dengan tema ‘Aksimu Berbicara’ yang dijatakan oleh dua artis berpengaruh iaitu Noh Salleh dan Daiyan Trisha. Menariknya, mereka turut mengeluarkan sebuah video muzik menarik berjudul sama
‘Aksimu Berbicara’ merupakan lagu yang ditulis dan digubah bersama oleh Noh Salleh dan Daiyan Trisha. Ia diinpirasikan daripada pengalaman peribadi mereka berdua dengan memperlihatkan bagaimana nilai-nilai intrinsik yang dipegang selama ini mampu dimanifestasikan kepada tindakan yang menjurus ke arah kebaikan, empati dan belas kasihan.
SEBARKAN KEBAIKAN
‘Aksimu Berbicara’ adalah mesej ringkas untuk menggalakkan penonton kami melakukan perkara-perkara dengan penuh bersemangat dan belas kasihan.
“Tidak kira apa jua pendidikan mahupun lokasi, apa yang mengikat kita sebagai komuniti adalah nilai berkongsi untuk terus menyebarkan kebaikan, harapan, keberanian dan kebersamaan – ia perkara asas dalam Aksimu Berbicara (let your actions speak), ” jelas Daiyan.
EKSPRESI DIRI
Sebagai lambang ekspresi diri dan semangat perintis sejati, Levi’s® Brand memberikan cabaran baru kepada rakan-rakan lamanya, Noh Salleh dan Daiyan Trisha, bagi menggabungkan gaya muzik mereka tersendiri lalu mencipta satu nukilan muzik yang lengkap.
“Bagi mereka yang terbiasa dengan ritma saya dan Daiyan, anda tentu dapat membezakan gaya muzik kami. Kala kami menerima panggilan daripada Levi’s Malaysia, kami serta-merta melihat ia sebagai peluang terbaik untuk mengenepikan perbezaan muzik kami, dan memberi tumpuan kepada perkara yang menyatukan kami bersama – cinta kami pada muzik, keupayaan kami untuk mengekspresikan diri, dan sudah tentunya nilai-nilai yang dikongsi bersama,” tambah Noh Salleh.
Padanan Levi’s meraikan gaya cool dan individualiti, dan koleksi baharu Ramadan 2020 ini juga menampilkan impak yang sama. Bagi lelaki, kemeja rona lembut dengan seluar jeans Performance COOL atau chinos cetusan penampilan ’90-an sudah berupaya memberikan stail berbeza.

Sementara itu, gaya ’90-an serba feminin juga untuk si wanita, dalam usaha menyemarakkan semangat pengembaraan. Bersedialah dengan padanan klasik kegemaran yang dikemaskinikan, bagi memberi ilham kepada kepelbagaian gaya di musim perayaan ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI