Bagi anda yang aktif bersenam di gim, pernahkah anda mengalami rasa pening atau hampir pitam ketika bersenam? Jika ya, anda perlu tahu yang perkara ini merupakan perkara biasa. Namun, penting juga untuk mengatasinya sebelum ia berlaku kerana banyak kemalangan yang boleh berlaku akibat pening atau pitam.
Untuk mengelakkan rasa pening atau pitam ketika bersenam, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:
Pastikan anda makan makanan yang sihat dengan nutrisi yang mencukupi sebelum memulakan sebarang senaman. Makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, dan serat akan memberi tenaga yang diperlukan untuk aktiviti fizikal.
Pastikan anda cukup hidrasi sepanjang hari dan minum air secukupnya sebelum dan semasa latihan. Kehilangan cecair yang banyak boleh menyebabkan pening.
Jangan terlalu tergesa-gesa untuk meningkatkan intensiti latihan. Mulakan dengan tahap yang sesuai dengan kemampuan anda dan tingkatkan secara beransur-ansur.
Jangan abaikan aktiviti pemanasan sebelum latihan dan penyejukan selepas latihan. Ini membantu mengurangkan risiko pening.
Apabila terlalu fokus pada latihan, adakalanya kita terlupa untuk mengaplikasikan teknik pernafasan yang betul. Sentiasa pantau pernafasan anda semasa berlatih. Jangan tahan nafas, dan bernafas dengan perlahan-lahan.
Dapatkan rehat yang secukupnya jika anda merancang untuk bersenam di gim. Dapatkan tidur secukupnya, iaitu tujuh hingga sembilan jam pada malam sebelumnya. Jangan datang ke gim dalam keadaan anda sedang letih dan tidak bertenaga. Selain itu, ambil masa untuk berehat di antara set latihan ketika bersenam. Jangan terlalu teruja atau mengejar masa sehingga melupakan keperluan rehat.
Elakkan latihan yang terlalu kuat atau terlalu lama jika anda belum bersedia. Terlalu banyak tekanan boleh menyebabkan pening.
Jika terlalu kerap mengalami masalah pening semasa berlatih, disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk memastikan jika ada masalah kesihatan lain yang menjadi punca kepada masalah pening tersebut.
Untuk beberapa individu, makanan tambahan seperti makanan yang kaya dengan elektrolit boleh membantu mengimbangi elektrolit dalam badan, terutamanya jika anda banyak berpeluh.
Tubuh anda memberi isyarat. Jika anda merasa terlalu letih atau pening, hentikan latihan serta-merta dan berikan diri anda masa untuk pulih.
Selalu berlatih dengan bijak dan mendengar tubuh anda. Tidak berbaloi untuk merisikokan tubuh anda. Ingat, lebih teruk anda sakit, lebih lama anda perlu berehat dari bersenam. Maka lebih jauhlah perjalanan anda untuk mencapai sasaran anda.