Bila kena gastrik, rasa pedih hulu hati, muntah-muntah dan perut rasa pedihnya!
Punca utama gastrik bermula daripada amalan gaya hidup sejak muda. Jadi untuk elakkan terkena gastrik boleh ubah gaya hidup mulai hari ni. Kalau dah memang ada gastrik pun, cara-cara kurangkan gastrik yang saya kongsikan kat bawah ni boleh bantu legakan kesakitan kalau simptom gastrik menyerang.
1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.
2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.
3. Hentikan minum minuman beralkohol.
4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.
Ads
5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.
6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.
7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.
Ads
9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.
10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.
11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.
12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.
Ads
13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrikyang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.
Untuk penghidap gastrik kronik sekiranya gastrik masih berterusan, dapatkan rawatan daripada doktor. Doktor mungkin akan cadangkan pengambikan ubat yang menghalang penghasilan asid ataupun ubat penghalang asid (acid blocker) untuk mengurangkan pembebasan asid ke dalam saluran pencernaan.
Bagi kes kronik, doktor juga mungkin akan jalankan ujian x-ray untuk melihat lapisan perut, ujian darah untuk mengenalpasti sekiranya anemia akibat pendarahan dalam perut, stool test untuk mengenalpasti sekiranya ada darah dan jangkitan bakteria dan rawatan membasmi bakteria H. pylori sekiranya sah terdapat jangkitan.
sumber: mamawidad.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan wanita saja yang boleh mengejutkan orang lain dengan transformasi dramatik dalam penampilan mereka, lelaki pun tidak kurang hebatnya.
Jom kita lihat 8 transformasi lelaki yang biasa-biasa menjadi kacak selepas diberi sentuhan ringkas pada rambut mereka. Nampak tak, pemilihan dalam pemotongan rambut juga samgat penting untuk membuatkan wajah kamu terlihat handsome dan kemas. Jadi sebelum pergi ke salon atau barber shop study sikit rambut yang sesuai untuk wajah korang okay. Mungkin 8 lelaki ini mampu memberi inspirasi kepada kamu.
Kalau rupa je kacak hati tak kacak, tak best juga kan…
nak kacak hati kenalah selalu baca al-quran. Jom support Malaysia Quran Hour 31 Ogos ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengeluar jenama jam tangan Omega baru-baru ini memperkenalkan aksesori terkini yang direka khas untuk peminat filem James Bond iaitu Jam Tangan Edisi Terhad Seamaster Diver 300M.
Jam tangan ini dilengkapi dengan tali getah berwarna hitam dan ditempa khas Plat Emas 18 Karat di bahagian tepi jam. Pemilik jam tangan ini juga bakal menerima ukiran khas nombor siri edisi terhad jam tangan tersebut.
Menurut laman web Firstclasse, jam tangan eksklusif ini hanya menawarkan sebanyak 7007 unit sahaja.
Rekaan jam tangan ini dipacukan oleh teknologi Omega Co-Axial Master Chronometer Calibre 8800 dan berupaya untuk kekal berfungsi selama 55 jam.
Antara ciri-ciri khas lain yang menarik adalah, terdapat nombor rahsia 50 yang akan timbul di dalam simbol bulatan jam pukul 10. Ianya adalah bersempena ulangtahun ke-50 filem James Bond siri ‘On Her Majesty’s Secret Service’ yang dilakonkan oleh George Robert Lazenby pada tahun 1969.
Selain itu, jam ini juga turut menggunakan font nombor asal untuk nombor tujuh yang mana ia adalah logo yang digunakan untuk setiap filem James Bond.
Jam tangan jenama Omega sudah dipakai oleh pelakon watak James Bond sejak dari filem GoldenEye pada tahun 1995 yang mana watak Bond telah menyarung Seamaster Diver 300M.
Sumber: Firstclasse
Kredit gambar: Omega
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki tubuh badan yang sasa atau ‘sado’ sememangnya adalah sudah menjadi idaman ramai lelaki di luar sana kerana mempercayai bahawa dengan memiliki otot yang lebih besar akan menjadikan mereka tampak lebih kuat.
Bagaimanapun, satu kajian sekumpulan penyelidik di Universiti Manchester Metropolitan di Britain pada baru-baru ini mendapati bahawa dengan memiliki otot yang besar tidak semestinya mampu menjadikan anda lebih kuat.
KAJIAN PROFESOR HANS DEGENS DAN PASUKANNYA MENDAPATI BAHAWA TISU OTOT YANG SEDERHANA JUGA BOLEH MENGHASILKAN LEBIH TENAGA BERBANDING TISU OTOT YANG TERLALU BESAR.
Wah, adakah ini bermaksud bahawa mereka yang berbadan sederhana dan kurus juga mungkin boleh memiliki tenaga yang lebih kuat berbanding dengan mereka yang memiliki badan sasa dan sado ini?
Hasil kajian kumpulan itu diterbitkan di majalah Experimental Physiology baru-baru ini.
Degens dan pasukannya mengkaji dengan menggunakan 12 orang ahli bina badan, enam atlet sukan dan 14 lelaki normal yang didapati aktif secara fizikal.
PENYELIDIK ITU KEMUDIAN MENGKAJI DAN MENGUKUR SAIZ SEL OTOT SETIAP SUBJEK BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MENGENAL PASTI TENAGA YANG DIHASILKAN SERTA KUALITI OTOT.
Kajian mendapati, walaupun ahli bina badan didapati memiliki sel otot yang lebih besar berbanding lelaki biasa, namun dilihat tenaga yang dihasilkan oleh mereka dikhuatiri adalah lebih rendah.
Atlet sukan pula didapati memiliki kualiti otot yang hampir sama seperti lelaki biasa yang aktif, tetapi kelebihan mereka adalah kerana mereka mampu menghasilkan tenaga dengan lebih cepat yang menjadikan mereka lebih kuat.
“Ramai antara kita kagum dengan otot besar ahli bina badan dan beranggapan mereka tentu kuat seperti yang sering digembar-gemburkan melalui watak komik Incredible Hulk.
“BAGAIMANAPUN, KAMI JUGA TELAH MENDAPATI BAHAWA SEL OTOT AHLI BINA BADAN MENGHASILKAN KURANG TENAGA BERBANDING LELAKI BIASA YANG AKTIF,” KATANYA.
Oleh itu maka anda tidak haruslah begitu obses untuk membina badan yang seperti ahli bina badan, kerana telah dibuktikan bahawa ia tidak akan menjadikan anda kuat kerana kekuatan adalah bergantung kepada tisu otot seseorang. Cukuplah sekadar untuk mendapatkan badan yang fit untuk menjamin kesihatan dan kecergasan anda.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.