Pernah Makan Nasi Lemak Dengan Sambal Strawberry Ikan Masin? Ini List Makanan Pelik Yang In-Trend Hari Ini

Share

Makin maju negara kita, makin banyak benda pelik yang berlaku kan? Salah satunya makanan. Kebelakangan ni, dah banyak makanan pelik yang berjaya kami temui. Sekarang ni rakyat Malaysia kreatif, karipap pun boleh diubahsuai dengan meletakkan durian sebagai inti. (tak pernah berlaku lagi, tapi boleh cuba)

 

1)      Ais Krim Teh Tarik

 

Nak minum teh tarik kena pergi mamak lah kan? Siapa tak tahu ais krim potong tu, baik pindah ke negara luar. Ais krim potong memang sinonim dengan rakyat Malaysia sejak tahun 80 an lagi. Sekarang ni selain daripada perisa durian dan kacang merah, F&N telah mencipta ais krim potong versi teh Tarik, kalau tak percaya cuba cari sekarang! Kalau sedap, PM kami.

 

2)      Burger Nasi Lemak

 

Dah cuba burger nasi lemak dari Mc Donald’s? dan berapa kali anda tengok iklan mereka ni dekat tv, meleleh kan air liur bila tengok burger yang sedap ni. Kalau korang belum cuba, apa kata ajak pasangan atau keluarga makan hujung minggu dekat McD. Isinya terdapat ayam, telur mata timun dan sambal persis nasi lemak.

 

3)      Sandwich Keju Pelangi

 

Asalnya Sandwich keju pelangi ni datangnya dari Thailand, tapi orang kita telah membawa makanan ini ke Malaysia, dan mendapat sambutan memberansangkan. Ramai yang memberi maklum balas tentang keenakkan roti yang disalut keju padu berwarna-warni ini. Jika anda ingin mendapatkan makanan ini, anda boleh ke Loaf U, Penang. Hanya di sana je ada. kalau nak buat sendiri pun boleh. 

 

4)      Sambal Strawberry Ikan Masin

 

Apa rasanya ye jika menggabungkan strawberry, sambal dan ikan masin? Kalau nak tahu dapatkan balang ini di Cameron Highland. Mungkin anda tidak dapat membayangkan rasa sambal dicampur dengan Strawberry kan? Tapi menurut mereka yang telah mencuba makanan ini, memang padu jika di makan sekali dengan nasi lemak. Kalau naik Cameron Highland, jangan lupa bawak turun sekotak ye.

 

 

Published by
Maiya Deen