Memiliki rupa paras serupa dan mempunyai minat yang sama menarik minat kami untuk menampilkan saudara kembar Fathi dan Fakhry berkongsi rahsia miliki tubuh sihat dan berotot. Walaupun masing-masing berbeza pendirian di dalam bidang kecergasan, namun ini tidak menghalang mereka berdua saling bersaing secara sihat dalam pada masa sama menawarkan sokongan antara satu sama lain.
Definisi lelaki Maskulin “Lelaki yang menitikberatkan penampilan diri,stail sama ada dari segi aspek pemakaian mahupun penjagaan rupa paras. Selain itu, memiliki susuk tubuh badan yang menarik dan diklasifikasikan sebagai “sasa’, “tough’, dan sebagainya”.
Motivasi “Dipanggil ‘si kurus’ membuatkan saya nekad untuk membina badan supaya tiada lagi orang menggelari saya dengan panggilan sebegitu. Rasa tercabar timbul apabila melihat rakan-rakan sendiri memiliki susuk tubuh sasa”.
Diet “Kurang mengambil makan yang berminyak atau berlemak. Saya lebih memilih makan makanan yang mengandungi serat Protein yang banyak seperti ayam, telur dan sumber Protein lain. Selain itu saya mengamalkan pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang hanya diperlukan tubuh badan”.
Rutin “Saya akan mengunjungi gim lima kali seminggu dan akan membina otot berlainan mengikut hari yang ditetapkan. Selain itu juga, rutin harian yang akan saya lakukan di rumah seperti push up, pull up dan sit up. Ia merupakan rutin wajib sebaik bangun daripada tidur”.
Minat sama “ Seronok bila ada kembar yang minat sama. Setiap kali berkunjung ke gimnasium, saya mempunyai rakan untuk sama-sama membina badan. Selain itu, kami dapat berkongsi atau bertukar-tukar pendapat dalam bidang kecergasan di samping memperbaiki kekurangan yang ada pada diri sendiri”
Bahagian tubuh ingin diperbaiki “Shoulder dan tricep”
Idola “Dato Sazali Samad”
Profil
Nama: Mohd Fathi Bin Ghazali
Kerjaya: pelajar
Tarikh Lahir: 16 Mac 1992
Tempat Lahir: Hospital Besar Alor Setar
Pencapaian: Pertandingan Bina Badan Mr.Gym 1 Malaysia Kedah
Definisi lelaki Maskulin “Seorang lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka supaya sentiasa tampak bergaya. Selain itu juga mereka mementingkan kesihatan dan kebersihan”
Motivasi “Saya seorang penggemar fesyen. Setiap kali membeli pakaian, saya akan mencuba saiz S, namun tetap kelihatan besar kerana terlalu kurus. Dari situ saya bertekad untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan”.
Diet “Dari segi diet pemakanan, saya mengutamakan makanan berprotein tinggi seperti ayam dan daging. Manakala makanan tambahan cuma Protein shake dan amino. Selain itu, saya juga akan mengurangkan pengambilan makanan berminyak di dalam setiap diet pemakanan”.
Rutin kecergasan “Walaupun sesibuk mana dengan kerjaya, itu bukan alasan bagi saya untuk tidak melakukan aktiviti seperti push up dan sit up. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan ke gim untuk memperbaiki kelemahan otot-otot yang masih belum sempurna”.
Fenomena bina badan “Ia merupakan fenomena sihat. Jika ramai yang akan ke gim untuk mengutamakan tubuh badan dan kesihatan, maka gejala kurang sihat dapat dikurangkan”.
Bahagian tubuh ingin diperbaiki “Lowest chest”.
Idola “Marc Fitt”
Profil
Nama:Mohd Fakhry Bin Haji Ghazali
Kerjaya: Polis
Tarikh Lahir: 16 Mac 1992
Tempat Lahir: Hospital Besar Alor Setar