Pernah Ditinggalkan Kekasih Kerana Badan Tidak Sasa, Ini Buktinya!

Share

BIASALAH ORANG LEBIH SUKA MELIHAT LUARAN SESEORANG TANPA MENGENAL HATI BUDI TERLEBIH DAHULU. APA PUN TAHNIAH BUAT AHMAD HAKIM KERANA KINI BERJAYA MENDAPATKAN BENTUK BADAN IDAMAN. IKUTI KISAHNYA LEBIH LANJUT DI DALAM MASKULIN EDISI JULAI 2018.

BERMULA TRANSFORMASI

Sewaktu usia 17 tahun, teman wanita saya lari mengikut seorang lelaki berbadan sasa, saya ditinggalkan kerana tidak memiliki bentuk badan sedemikian. Sejak itu, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia saya mula bekerja di True Fitness selama lapan bulan, di sana saya pelajari serba sedikit mengenai kecergasan dengan jurulatih di situ. Sebelum ini berat badan saya sekitar  55 Kilogram dan dari situlah saya mula bertatih dan berlatih secara perlahan-lahan disusuli kawalan diet yang betul dan akhirnya ia membuahkan hasil.

Persepsi terhadap wanita memang mahukan lelaki yang sasa membuatkan saya sangat bermotivasi, selepas saya mendapatkan bentuk badan seperti sekarang, bekas teman wanita pernah berhasrat untuk kembali bersama tetapi saya menolaknya kerana masih banyak pilihan yang lebih baik untuk saya di luar sana.

DIET YANG DIAMALKAN

Dalam berdiet saya akan cuba elakkan tiga makanan ini iaitu gula, makanan diproses seperti sosej juga makanan berminyak. Saya akan mengamalkan diet yang ketat apabila terdapat pertandingan. Bagi saya diet untuk mendapatkan struktur badan yang bulking sedikit mudah kerana ketika itu saya akan mengambil sumber karbohidrat yang mencukupi dan mudah diakses, manakala ketika untuk memerlukan diet protein yang ketat pula saya perlu lebih berdisiplin dalam perihal pemakanan kerana ketika itu saya akan mengambil sekurangnya 1 kilogram dada ayam setiap hari dan pecahkan kepada empat hidangan untuk dimakan. Penyediaannya juga harus bersih dan benar-benar sihat.

Apabila tiba musim pertandingan, saya perlu berlatih di gimnasium sekurangnya lima bulan awal berserta diet, untuk cutting badan yang lebih cantik pula memerlukan lapan minggu persediaan dan lapan jam sebelum bertanding saya akan elak mengambil apa-apa jenis minuman.

 

KORBAN DUIT

Benar, untuk mendapatkan apa yang dimahukan perlukan pengorbanan yang besar. Sebulan saya akan habiskan sekitar RM 2000 untuk membeli makanan sihat dan suplemen sebagai bekalan. Tambahan makanan natural ini memang mahal harganya, namun ini adalah kepuasan juga sebagai tanda anda memang hargai tubuh dan kesihatan. Bagi saya pengorbanan ini tidaklah banyak, namun apa yang saya harapkan biarlah semangat dan gaya hidup sihat ini dapat diteruskan selamanya.

IKUTI KISAH LEBIH LANJUT DI MAJALAH MASKULIN EDISI JULAI 2018. DAPATKAN DI PASARAN!

Published by
Kim Rahim