
BIASALAH ORANG LEBIH SUKA MELIHAT LUARAN SESEORANG TANPA MENGENAL HATI BUDI TERLEBIH DAHULU. APA PUN TAHNIAH BUAT AHMAD HAKIM KERANA KINI BERJAYA MENDAPATKAN BENTUK BADAN IDAMAN. IKUTI KISAHNYA LEBIH LANJUT DI DALAM MASKULIN EDISI JULAI 2018.
BERMULA TRANSFORMASI
Sewaktu usia 17 tahun, teman wanita saya lari mengikut seorang lelaki berbadan sasa, saya ditinggalkan kerana tidak memiliki bentuk badan sedemikian. Sejak itu, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia saya mula bekerja di True Fitness selama lapan bulan, di sana saya pelajari serba sedikit mengenai kecergasan dengan jurulatih di situ. Sebelum ini berat badan saya sekitar 55 Kilogram dan dari situlah saya mula bertatih dan berlatih secara perlahan-lahan disusuli kawalan diet yang betul dan akhirnya ia membuahkan hasil.
Persepsi terhadap wanita memang mahukan lelaki yang sasa membuatkan saya sangat bermotivasi, selepas saya mendapatkan bentuk badan seperti sekarang, bekas teman wanita pernah berhasrat untuk kembali bersama tetapi saya menolaknya kerana masih banyak pilihan yang lebih baik untuk saya di luar sana.
DIET YANG DIAMALKAN
Dalam berdiet saya akan cuba elakkan tiga makanan ini iaitu gula, makanan diproses seperti sosej juga makanan berminyak. Saya akan mengamalkan diet yang ketat apabila terdapat pertandingan. Bagi saya diet untuk mendapatkan struktur badan yang bulking sedikit mudah kerana ketika itu saya akan mengambil sumber karbohidrat yang mencukupi dan mudah diakses, manakala ketika untuk memerlukan diet protein yang ketat pula saya perlu lebih berdisiplin dalam perihal pemakanan kerana ketika itu saya akan mengambil sekurangnya 1 kilogram dada ayam setiap hari dan pecahkan kepada empat hidangan untuk dimakan. Penyediaannya juga harus bersih dan benar-benar sihat.
Apabila tiba musim pertandingan, saya perlu berlatih di gimnasium sekurangnya lima bulan awal berserta diet, untuk cutting badan yang lebih cantik pula memerlukan lapan minggu persediaan dan lapan jam sebelum bertanding saya akan elak mengambil apa-apa jenis minuman.
KORBAN DUIT
Benar, untuk mendapatkan apa yang dimahukan perlukan pengorbanan yang besar. Sebulan saya akan habiskan sekitar RM 2000 untuk membeli makanan sihat dan suplemen sebagai bekalan. Tambahan makanan natural ini memang mahal harganya, namun ini adalah kepuasan juga sebagai tanda anda memang hargai tubuh dan kesihatan. Bagi saya pengorbanan ini tidaklah banyak, namun apa yang saya harapkan biarlah semangat dan gaya hidup sihat ini dapat diteruskan selamanya.
IKUTI KISAH LEBIH LANJUT DI MAJALAH MASKULIN EDISI JULAI 2018. DAPATKAN DI PASARAN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rak Dapur Mudah Alih & Praktikal Dari Kayu Pallet, Lelaki Diy Guna 6 ‘Step’ Je. Siap!

Dapur yang kemas dan tersusun mesti la memerlukan penstoran dan rak yang praktikal untuk kita menyimpan barang-barang masakan. Memang banyak je lambakan design dan bentuk rak di pasaran. Namun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Kali ini perkongsian dari saudara Jeffry Jefisz pasti dapat membantu anda diy sendiri rak dapur. Kemas dan menjimatkan.
6 langkah mudah untuk buat rak dapur mudah alih pelbagai guna dari kayu pallet – mengikut cara saya.
Tapi terpulang kepada idea masing-masing juga.
Bahan/ Cara Membuatnya :
- Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood)
- Potong mengikut bentuk kotak2 dan paku.
- Gosok dgn kertas pasir atau mesin keatas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
- Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
- Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
- Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
Sedia untuk digunakan. selamat mencuba.
Kredit photo : Jeffry Jefisz
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Dan Caranya, Tak Perlu Tunggu Pencen!

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.
1. Pengeluaran Umur 50 Tahun
Ada 2 jenis pengeluaran:
- Pengeluaran Penuh Akaun 2
- Pengeluaran Sebahagian Akaun 2
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
2. Pengeluaran Umur 55 Tahun
Ada 4 jenis pengeluaran:
- Kesemua Simpanan
- Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
- Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
- Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
3. Pengeluaran Umur 60 Tahun
Ada 4 jenis pengeluaran:
- Kesemua Simpanan
- Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
- Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
- Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
- Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
5. Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
- Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
- Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
6. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh :
- Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
- bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia
Cara-caranya:
- Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja
- Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
7. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
- Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
- Bawa Surat Tawaran Belajar
- Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
- Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
- Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
- Bawa Borang Temuduga
- Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
- Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
- Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
- Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
9. Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
- Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
- Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
Pengeluaran Membina Rumah
Syarat pengeluaran: Ahli membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; ATAU Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli; ATAU Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah.
11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
- Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.
13. Pengeluaran Kematian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.
Cara-caranya:
- Bawa Sijil Kematian Ahli
- Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).
- Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini
15. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
- Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
- Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
- Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
- Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
- Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill’) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
16. Pengeluaran Haji
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.
- Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini
*Nota: Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.
Sumber : Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP
BACA : Cara Jaga Rambut Agar Sentiasa Nampak Kemas, Sihat Dan Bersinar
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
“Apa Hukum Pakai Jam Di Tangan Kiri, Ya?” Ikuti Penjelasan Dari Mufti Wilayah Tentang Persoalan Ini

Lelaki dan jam memang tak dapat dipisahkan. Malah Bagi MASKULIN, tak lengkap untuk seseorang lelaki untuk nampak segak jika tangannya polos tanpa jam tangan.
Dan pada masa kini, jam tangan bukan lagi berfungsi untuk memberitahu waktu sahaja. Ia lebih daripada itu dan mempunyai banyak fungsi-fungsi berbeza. Ada jam untuk majlis eksklusif, jam pintar, jam jogging dan juga jam berbentuk koleksi seperti G-Shock.
Bercakap tentang pemakaian jam pula, ada orang selesa memakai di tangan kiri dan ada juga yang lebih cenderung memakainya di tangan kanan.
Tapi jika ikutkan norma biasa ramai yang memakai jam di tangan kiri. Tapi apakah hukumnya dalam agama Islam kerana apa yang kita tahu tangan kiri lebih sinonim untuk kita gunakan membersihkan sesuatu yang kotor (basuh berak).
Inilah persoalan yang telah diajukan oleh seorang follower kepada Mufti Wilayah Pesekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Penjelasan ini turut dikongsi oleh beliau di laman sesawang rasminya iaitu www.muftiwp.gov.my.
Nak tahu apa hukum memakai jam di tangan kiri? Ikuti perkongsian Mufti Wilayah di bawah.
POIN PENTING ULASAN MUFTI WILAYAH:
- Ya, Rasulullah memang suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan Baginda.
- Sebagai contoh Rasulullah memulakan pemakaian, menyikat, makan dan minum dengan tangan kanan.
- Ulama Syafie berpandangan pemakaian cincin di tangan kanan lebih afdal.
- Bagi pemakaian jam pula, mereka berpandangan ia lebih sesuai didiyaskan kepada pemakaian cincin.
- Pemakaian jam di tangan kiri tidak termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang bukan Islam.
- Kesimpulannya, memakai jam di tangan kiri adalah harus.
PERKONGSIAN PENUH MUFTI WILAYAH

Soalan:
Assalamualaikum S.S Mufti, apakah hukum seseorang itu memakai jam di tangan kiri ? Adakah ia dianggap menyelisihi sunnah kerana Rasulullah S.A.W suka kepada tayammun (mendahulukan anggota kanan) dalam setiap urusan baginda ?
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Secara asasnya, memang benar bahawa Rasulullah S.A.W suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan-urusan baginda. Ini dapat kita lihat di dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.A beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W suka kepada mendahulukan bahagian kanan, dari sudut memakai selipar, menyikat rambut, semasa berwudhu’, dan juga dalam urusan baginda seluruhnya.
Riwayat Al-Bukhari (168)
Ini bermakna baginda sentiasa mendahulukan anggota kanan dalam urusan seharian seperti memulakan pemakaian selipar dengan kaki kanan, menyikat rambut dengan tangan kanan, makan dan minum dengan tangan kanan, dan perbuatan-perbuatan selainnya.
Meskipun begitu, terdapat beberapa riwayat yang secara spesifiknya menunjukkan kepada perhiasan atau aksesori yang dipakai oleh Rasulullah S.A.W di tangan baginda iaitulah cincin. Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata:
كَانَ خَاتِمُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
Maksudnya: Adalah cincin Nabi S.A.W di sini, lalu beliau menunjukkan kepada jari kelingkingnya dari tangan kiri.
Riwayat Muslim (2095)
Justeru hadis ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa baginda S.A.W memakai cincin di tangan kiri baginda. Bahkan jika dilihat dari sudut hikmahnya, Nabi S.A.W makan dan minum dengan tangan kanan, justeru dengan memakai cincin di tangan kanan pasti akan menjadikan proses tersebut sedikit sukar. Imam Al-Buhuti Rahimahullah berkata: ‘’Memakai cincin di jari kelingking tangan kiri adalah lebih afdhal berbanding memakainya di jari kelingking tangan kanan, kerana ia lebih selesa dan tetap’’. Rujuk Kasyyaf Al-Qina’, Al-Buhuti (2/236).
Manakala para ulama Syafi’eyyah berpandangan bahawa pemakaian cincin di tangan kanan adalah lebih afdhal dan utama. Ini seperti pendapat Imam Al-Nawawi yang menyebut:
يجوز للرجل لبس خاتم الفضة في خنصر يمينه وإن شاء في خنصر يساره كلاهما صح فعله عن النبي صلى الله عليه وسلم لكن الصحيح المشهور أنه في اليمين أفضل ; لأنه زينة ، واليمين أشرف
Maksudnya: Adalah dibolehkan bagi seorang lelaki itu untuk memakai cincin perak di kelingking tangan kanannya. Dan sekiranya dia mahu (dia boleh memakainya) di jari kelingking tangan kirinya. Keduanya sahih dilakukan oleh Nabi S.A.W. Akan tetapi pendapat yang sahih lagi masyhur adalah lebih afdhal ia dipakai di tangan kanan. Kerana ia merupakan perhiasan dan tangan kanan adalah lebih mulia.
Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/333)
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami berpandangan bahawa isu pemakaian jam tangan adalah lebih sesuai diqiyaskan kepada pemakaian cincin. Ini kerana, kedua-duanya dipakai di tangan. Oleh kerana itu, apabila kita menyatakan bahawa dibolehkan untuk memakai cincin di tangan kiri, maka demikian juga diharuskan untuk memakai jam tangan di tangan kiri.
Pemakaian jam di tangan kiri ini tidaklah ia termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) perbuatan orang-orang kafir. Ini kerana, ia langsung tidak dianggap sebagai perbuatan yang terkhusus dengan budaya dan adat mereka. Bahkan menjadi suatu kebiasaan yang meluas di seluruh dunia bahawa orang-orang Islam juga memakai jam di tangan kiri.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa hukum memakai jam di tangan kiri adalah harus. Ini berdasarkan qiyas kepada pemakaian cincin. Adapun begitu, sekiranya seseorang itu memakan jam tangan di tangan kanan dengan tujuan untuk mengikuti sunnah Nabi S.A.W yang suka mendahulukan anggota kanan, ia adalah lebih afdhal dan mendapat pahala Insha Allah. Tambahan pula sekiranya pemakaian jam di tangan kanan itu tidak menyebabkan kesukaran untuk makan dengan tangan kanan seperti dengan menanggalkan jam semasa makan, maka ia lebih utama.
Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI