Wow, sangat -sangat memberi inpirasi. Cerita seorang jejak berusia 38 tahun berjaya membuka kebun sayur-sayuran hanya kerana di reject oleh ibu kepada bekas kekasihnya.
Menurut Shahrizal Denci, beberapa tahun lepas ibu bekas kekasihnya itu datang ke kebunnya dan tidak menyangka kebunnya itu seluas 20 ekar yang terletak di Kundasang, Sabah dan mempunyai 15 orang kakitangan dibawahnya.
Mengimbau semula kejadian tujuh tahu lalu, Shahrizal memberitahu bahawa dia dipandang rendah ibu kepada bekas kekasihnya hanya kerana di bergelar petani namun kini dia bukan lah petani biasa, dia adalah agropreneur di Kundasang.
Dulu-dulu mummy ex-gf reject aku, sebab aku cuma seorang petani. Beberapa tahun lalu, mummy dia lawat kebun. Dia bilang “walaowei manyak luas ooo”. Aku jawab “haaa… baru auntie menyesal sekarang, sudah terlambat, i am Agropreneur bukan petani biasa-biasa”. Puas hati aku. pic.twitter.com/m42NQbqlUx
— Shahrizal Denci (@DenciShahrizal) April 4, 2020
Namun kini Shahrizal sudah beristeri dan mempunyai tiga cahaya mata memberitahu dia berkenalan dengan seorang gadis di tempat kerjanya namun dia telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman untuk mulakan perusahaan bersama adiknya.
Malah dia turut menyuruh orang ramai untuk jadikanlah kata-kata negatif orang sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Percayalah, success is the sweetest revenge.
“Saya menjadikan kegagalan kisah cinta saya sebagai motivasi dan adik saya mencadangkan perniagaan ini memandangkan kami dibesarkan oleh ayah yang berkerja sebagai petani dan kami tahu selok-belok untuk menanam pokok.” Katanya.
Dia menggabungkan kemahiran yang telah dipelajari ketika di Universiti Malaysia Perlis dalam jurusan Kejuruteraan Komputer supaya perniagaannya ini selaras dengan perkembangan revolusi industri4.0.
Shahrizal juga selalu berfikiran positif dan memberitahu jangan menganggap orang yang mempunyai krisis kewangan ini sebagai seorang yang pemalas kerana dia percaya mungkin kerana seseorang itu tidak menguasai imu dalam pengurusan kewangan.
a) just because they are not capitalyst, you can not define them as lazy.
b) just because they not owning all the money in the world, you can not assume they are lazy. (Part2)
— Shahrizal Denci (@DenciShahrizal) April 7, 2020
e) jangan menganggap orang yang financially tak stable as malas. Mereka mungkin kekurangan ilmu dalam pengurusan kewangan. (Part4)
— Shahrizal Denci (@DenciShahrizal) April 7, 2020
Kini Shahrizal mempunyai lebih 20 jenis tanaman antaranya kobis, tomato, lada benggala, salad, lobak putih dan banyak lagi. Menurutnya lagi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, permintaan terhadap hasil perusahaannya sedikit terkesan. Namun dia masih bersyukur kerana masih diberi kesempatan menghulurkan sumbangan kepada pekerja barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19.
Malah dia turut membantu seorang anggota polis untuk menjual cili sebagai side incomenya, keadaan ini jelas membuktikan bumiputera bukanlah pemalas seperti apa yang diperkatakan.
Ada seorang polis, buat side income tanam cili merah. Dia suruh saya tolong jualkan. Team kitaorang cuba sedaya upaya. Abang polis ni adalah bukti yang bumiputera bukanlah bangsa pemalas. pic.twitter.com/Os59jm19lq
— Shahrizal Denci (@DenciShahrizal) April 6, 2020
Sumber: Shahrizal Denci & Mstar Online
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI