
- Seorang pekerja swasta, Naizri Abas, 37, yang menyertai program berbasikal jarak jauh, Audax Randonneurs Malaysia mengakui berat badannya pernah mencecah 100kg suatu ketika dahulu namun berjaya turun sehingga ke 75kg hanya dengan aktiviti mengayuh basikal.
Yang penting, Naizri menegaskan komitmen dan percaya pada diri adalah satu perkara yang perlu dipegang teguh setiap masa jika mahu berat badan turun seperti yang diinginkan.
Walaupun mengambil masa lama sehingga tiga tahun, bagi Naizri perkara itu bukanlah satu masalah selagi niat dan disiplin diri itu bergerak sealiran.
Mengulas lanjut tentang program yang disertai, sukan berbasikal melatih dirinya untuk menjadi lebih fokus selain boleh menguatkan mental dan daya tahan tubuh.
Berkongsi tentang cabaran sukan berbasikal, Naizri mengakui memang terdapat banyak risikonya seperti jatuh basikal, tayar pancit dan kemalangan kecil namun perkara itu adalah satu lumrah biasa.
Kongsi Naizri lagi, apa yang penting dalam sukan berbasikal ini adalah seseorang itu mesti tahu cara untuk menguruskan basikalnya terlebih dahulu jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Perkara ini turut disokong oleh rakannya, Mohd. Hamdi Mohd. Thahrir, 37, yang sudah bermain sukan basikal ini sejak 10 tahun lalu.
Berkongsi tips untuk bermain basikal dalam jarak jauh sambil menguruskan badan, Mohd. Hamdi mengambil contoh program Audax Randonneurs Malaysia.
Katanya, jika jaraknya adalah sejauh 200km maka seorang penunggang basikal itu harus menjalani latihan setiap hari atau minggu sehingga lebih daripada 200km.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selain Boleh Bantu Kurangkan Berat Badan, Ini Khasiat Lain Air Barli

Barli (Hordeum vulgare) merupakan makanan manusia dan makanan ternakan yang penting, tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama “barli” atau “barli mutiara Cina”.
Ia juga turut terkenal kerana mempunyai pelbagai jenis khasiat untuk kesihatan kita. Nak tahu apa kelebihan barli? Jom ikuti senarai di bawah.
MERAWAT UTI
UTI merujuk kepada urinary tract infections atau jangkitan saluran kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, anda boleh merawat atau mencegah masalah kesihatan ini.
Beras barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
Pada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem urinari. Oleh sebab itu, air barli ini sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi. Ia juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing.
BACA: 5 Kesilapan Utama Anda Lakukan Ketika Berlari Di Atas Treadmill
MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
Air barli adalah satu sumber minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan (dan tidak perlu).
Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.
MERENDAHKAN TAHAP KOLESTROL
Air barli ini dikatakan sebagai satu minuman yang baik untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, lantas mengurangkan risiko masalah sakit jangtung. Serat yang terdapat di dalam beras barli juga tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolesterol dari makanan ke perut dan usus.
Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadr kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolesterol buruk’) dan trigliserida.
JANTUNG YANG LEBIH SIHAT
Selain berperanan merendahkan kadar kolesterol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat dengan gumpalan lemak – condisi ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.
Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan stok.
MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dan elektolit anda.
MENGAWAL KENCING MANIS (DIABETES)
Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
Terdapat banyak kajian telah menjumpai bahwa beta-glucan boleh memperelok pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ianya juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan) – penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2.
Tambahan lagi, beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadarglycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah. Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.
KULIT YANG LEBIH SIHAT DAN CERAH
Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan – ini boleh memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.
Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat.
Tambahan lagi, antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas. Ini boleh melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.
Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada permukaan muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan kaedah ini untuk beberapa kali seminggu.
MENYEJUKKAN TUBUH
Air barli adalah satu air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan.
Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli – ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.
Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Hanya 20 Minit Sehari, Lakukan Saja 6 Senaman Lengkap Ini Dirumah Untuk Otot Mantap!

Beban kerja terlalu banyak dan komitmen harian yang membelenggu membuatkan ramai mengeluh tidak cukup masa untuk bersenam. Itu bukan alasan. Hanya 20 minit sehari, anda boleh lakukan senaman merangkumi keseluruhan otot badan.
1. JUMPING JACKS
-Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
-Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
-Ulang semula sebanyak 20 kali.
2. WALL SIT
-Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
-Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
-Ulang semula sebanyak 20 kali
3. ABDOMINAL CRUNCH
-Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
-Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
-Ulang semula sebanyak 15 kali
4. SQUAT
-Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
-Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
-Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
-Ulang semula sebanyak 10 kali.
5. HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
-Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.
-Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
6. PUSH-UP ROTATION
-Meniarap dalam posisi tekan tubi.
-Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
-Ulan semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selain Berkesan Bakar Lemak & Buang Kalori, Ini 8 Lagi Kelebihan Senaman Lompat Bintang!

Senaman jumping jack atau lompat bintang merupakan antara senaman yang popular digunakan sebagai senaman alternatif.
Senaman lompat bintang antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.
Meskipun senaman ini kelihatan mudah tetapi ia juga sangat efektif untuk dilakukan. Berikut disertakan 8 kelebihan senaman lompat bintang.
BACA: 5 Senaman Tekan Tubi Ini Rahsia Lelaki Nampak Segak Bila Miliki Dada Bidang!
1. Baik untuk jantung
Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan obesiti.
2. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh badan
Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.
BACA: Hilangkan Lemak Degil & Miliki Badan Fit Hanya 15 Minit Sehari Dengan 7 Senaman Ini!
3. Menguatkan tulang
Ia juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.
4. Membakar kalori
Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisien dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutamanya jika ia dilakukan dengan konsisten.
5. Melatih otot
Jumping jack bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen, deltoids dan calves.
BACA: Senaman Mudah Guna Sofa Agar Perut Pejal & Berotot, Hanya 15 Minit Sehari!
6. Meningkatkan metabolisme
Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisme. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.
7. Mengurangkan berat badan
Jumping jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung, selain mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak.
8. Mengekalkan tubuh badan yang ideal
Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan dan mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI