Pernah Atau Tidak ‘Cramp Kaki’ Di Waktu Malam? Ini Punca & Cara Untuk Menghilangkannya

Share

Sedang anda lena tidur, tiba-tiba anda disentapkan dengan cramp kaki. Pernahkah anda terfikir, bagaimana ia berlaku dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kekejangan otot?

Ya, memang menyakitkan. Namun jangan jerit terlalu kuat sehingga menjagakan semua orang yang sedang tidur.

Perkara ini sebenarnya NORMAL dan sering terjadi kepada ramai orang.

Artikel berkaitan: Hanya 4 Minit, Buat Jenis-jenis Senaman Tekan Tubi Ini Jika Mahukan Otot Dada Bidang

Artikel berkaitan: Senaman Yang Anda Boleh Lakukan Secara Rutin Untuk Bina Otot Dengan Cepat

Percayakah anda, cramp kaki di waktu malam makin bertambah sama dengan umur anda yang semakin meningkat. Jadi, anda akan lebih terdedah terkena kekejangan kaki.

Masalah dengan kiraan BMI yang terlalu tinggi juga boleh memainkan peranan penting dan menjadi punca terjadinya Nocturnal Leg Cramp atau kekejangan otot kaki di waktu malam.

Malah, orang yang merokok juga lebih terdedah untuk mengalami kekejangan otot berbanding orang yang tidak merokok.

Selain itu, faktor keadaan kesihatan seperti angina, serangan jatung, arthritis, tekanan darah tinggi, diabetes, kegagalan fungsi hati dan lain-lain juga memainkan peranan penting kerana gerakan badan mereka terhad dan penggunaan kaki kurang aktif.

Secara tidak langsung, ini akan mendedahkan mereka mengalami kekejangan otot pada waktu malam.

Dua cara untuk menangani cramp kaki:

1. Gunakan hot pack – Letakkan di bahagian yang sakit dan tekup sekurang-kurangnya beberapa minit. Ulangnya lagi.

2. Tarik nafas, bertenang dan regangkan kaki dengan melakukan sedikit senaman seperti duduk dengan kaki melunjur ke hadapan. Kemudian ambil tuala, sangkutkan di jari-jari kaki dan tarik tuala tersebut. Pastikan lutut anda tegak saat anda menarik tuala tadi.

Beginilah cara yang disyorkan oleh beberapa pakar kesihatan dan pakar fisio. Apabila anda mengalami kekejangan otot, anda boleh lakukan beberapa cara yang disyorkan ini.

Subscribe dan follow video Fitness di channel Youtube MASKULIN

Published by
L.A