Permohonan i-Sinar KWSP Kategori Satu Mula Dibuka, Ini Cara Memohonnya

Share

Seperti mana yang kita semua tahu, kerajaan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan skim pengeluaran i-Sinar. Ia khusus untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat kesan ekonomi dari penularan COVID-19. Jadi pastinya bagi mereka yang layak mahu mengetahui cara membuat permohonan bagi melakukan pengeluaran.

Sebelum anda memohon elok juga untuk anda ketahui beberapa perkara penting tentang i-Sinar. Sila rujuk artikel kami di sini.

Bermula pada hari ini, permonan i-Sinar untuk Kategori 1 telah dibukan untuk permohonan. Manakala bagi Kategori 2 pula boleh melakukannya pada 11 Januari 2021.

Dan sangat penting untu anda ketahui bahawa permohonan i-Sinar hanya secara online di laman sesawang isinar.kwsp.gov.my sahaja.

Tapi mungkin sesetengah daripada anda masih keliru sama ada berada di Kategori 1 atau 2.

Berikut merupakan kriteria bagi Kategori 1

  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan.

Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

CARA MEMOHON UNTUL KATEGORI 1

Langkah Permohonan i-Sinar Kategori 1 secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web isinar.kwsp.gov.my
  2. Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan NOMBOR OTP yang diterima melalui SMS dan SAHKAN OTP / Jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
  5. Tetapkan AMAUN PILIHAN
  6. Tetapkan BAYARAN BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN
  7. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON yang WAJIB diisi.
  8. Lengkapkan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tekan TERUSKAN
  9. Semak MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tandakan ‘tick’ sebelum HANTAR
  10. Permohonan anda diterima dan akan diproses.

PERINGATAN PENTING

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my
  • Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
  • Untuk maklumat lebih lanjut yang boleh menjawab persoalan anda boleh rujuk FAQ i-Sinar di sini.

Semoga skim i-Sinar ini dapat membantu anda dan meringankan beban dalam berdepan cabaran di masa akan datang.

Ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.

Kredit: KWSP

Published by
Farizul Izwany Ibrahim