Kenapa suami harus dicurigai seandainya benar beliau ada orang lain sekali pun? Itu adalah hak beliau, tiada larangan di sisi undang-undang mahupun di sisi Islam. Kenapa pula perkara yang tidak menjadi sebarang masalah di sisi agama ingin kita khuatiri?
Kasih sayang isteri terhadap suami seharusnya berlandaskan garis panduan dalam ajaran Islam, bukan berdasarkan perasaan semata-mata. Tanamkan kasih sayang utama kepada Allah, dekatkan diri dengan-Nya, InsyaAllah kita akan sentiasa tenang.
Perhatikan betul-betul, kenapakah selama ini banyak berlakunya zina dikalangan mereka-mereka yang sudah berkahwin. Ada juga lelaki yang berkahwin secara diam tanpa pengetahuan isteri pertama. Semua ini mengundang kepada kehancuran rumah tangga kerana sikap para isteri yang cuba menolak hak suami yang telah ditentukan tuhan. Adakah Allah sengaja membenarkan lelaki berkahwin sehingga 4 orang tanpa sebarang sebab? Mustahil..tentulah ada sebab yang sangat penting.
Ads
Atas dasar inilah lelaki yang sudah berkahwin perlu dihukum rejam sampai mati sekiranya melakukan zina! Sanggupkah kita melihat keadaan ini? Mungkin negara kita yang mengamalkan Islam mengikut ‘ideologi barat’ ini tidak menjalankan hukum rejam, tetapi begitu besarnya dosa yang ditanggung oleh si suami hanya tuhan yang tahu.
Lihat, di manakah sebenarnya kasih sayang kita? Adakah kasih sayang itu kerana Allah? Kerana curiga, bimbang dan khuatir perkara-perkara seumpama itu berlaku kepada suami atau kita sekadar khuatir suami ‘ada orang lain’?. Bukan maksud saya untuk menggalakkan para suami untuk berpoligami, saya cuma mahu perbetulkan fahaman minda yang salah terhadap sikap wanita tentang poligami.
Kerana saya ini lelaki mungkin agak berat sebelah apabila saya mengemukakan pendapat, tetapi keterangan yang jelas telah dinyatakan oleh para isteri dalam contoh yang saya berikan di atas. Bagi saya mereka benar-benar insan hebat yang mendambakan cinta Allah (kalau lelaki yang baik dapat isteri macam ni nak cari lain lagi ker?).
Ads
Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah manusia jika timbul perasaan cemburu dalam keadaan ini. Usahkan kita, Siti Aisyah juga sering cemburukan Rasulullah apabila Rasulullah bersama dengan isterinya yang lain. Kadang-kadang tergambar wajah marahnya di depan Rasulullah. Namun ia tidak dilanjutkan sehingga membenci, kecewa, curiga dan sebagainya.
Ads
Itu kisah Rasulullah, apatah lagi lelaki-lelaki lemah yang hidup di zaman kemudaratan akidah ini? Suami-suami sekarang perlukan isteri yang tabah, sering bersabar dengan sikap suami, pandai menjaga hati, sering berdoa untuk kesejahteraan rumah tangga, selalu menasihati suami ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya. Bukan menghabiskan masa memikirkan perkara bukan-bukan sehingga membuat suami menjadi rimas.
Mungkin saat ini perasaan curiga itu membuatkan kita mengalami kesulitan dalam pelbagai hal. Sentiasa ingin mengetahui keadaan suami, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia berkawan, adakah suami setia dan sebagainya. Usah khuatir, serahkannya kepada tuhan yang lebih mengetahui. Teruskan tanggungjawab kita seperti biasa dan layan suami dengan mesra. Kesulitan yang dialami itu biarkan ia berlalu dengan membaca doa-doa di bawah:
Doa orang yang mengalami kesulitan:
Maksudnya: “ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau mudahkan, sedang yang susah itu bisa Engkau mudahkan, apabila Engkau menghendakinya”
Doa ketika marah:
Maksudnya: “aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yg terkutuk, ya Allah, ampunilah dosaku & hilangkanlah kepanasan hatiku & lepaskanlah aku dari syaitan yg terkutuk”
Doa memohon kesabaran:
Maksudnya: “ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas kami & tetapkanlah pendirian kami & bantulah kami akan golongan yg mengingkari”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam pada kita ditekankan dengan masalah kewangan yang melanda Malaysia selepas peralihan kuasa kerajaan, seorang lelaki muda mengambil inisiatif menyumbangkan wang tunai RM100 sebagai bantuan dari pihaknya untuk membantu memulih hutang negara yang dikhabar mencecah RM1 trilion.
Sabahbathi Rajalinggam, dari Kampung Asahan, Bestari Jaya berkata dia mengambil keputusan itu selepas mendengar pendedahan yang dibuat baru-baru ini berkenaan hutang negara selain mahu membantu kerajaan baru dalam membentuk Malaysia lebih baik.
Sumber daripada FMT Ohsem, anak muda ini berusia 29 tahun ini ingin mengembalikan zaman kegemilangan Malaysisa dengan membantu dalam pemulihan ekonomi.
Sabahbathi turut menjelaskan perjalanannya menyerahkan nota RM50 dua keeping itu pada pihak Bank Negara (BNM) dan kemudian ke 3 Pejabat Kementerian setelah BNM tidak mahu menerima wang tersebut. Akhirnya beliau ke Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menyerahkan duit tersebut setelah mendapati 3 Pejabat Kementerian tutup pada awal minggu lalu. Walaupun tidak pasti apa yang dilakukannya itu betul atau salah, boleh dikenakan tindakan atau tidak, Sabahbathi berharap, lebih ramai rakyat yang akan tampil membantu untuk memulihkan negara ini.
“Apa yang saya buat ini salah ke? Saya kongsi pun kerana mahu lebih ramai orang turut menyumbang, selamatkan negara, itu sahaja. Saya ambil cuti pada hari tersebut dan lakukan semua ini,” katanya yang bertugas sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta.
“Sumbangan ini hanya 5% daripada gaji saya. Saya tak hilang apa-apa, yang penting negara kita pulih,” tambahnya menyudahi perbualan.
Dalam pada masa yang sama, aktivis Nik Shazarina Bakti, 27 tahun, secara tidak rasmi, Berjaya menarik perhatian netizen untuk membatu memulihkan Negara. Beliau menggunakan peristiwa sebelum Negara capai kemerdekaan dimana orang ramai bergolok bergadai mengumpul dana bagi membolehkan Tunku Abdul Rahman ke London untuk mecapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu. Setekat ini (26 Mei) kutipan dana yang dianjurkan di laman web gogetfunding.com Berjaya mengumpul RM 14,463 dari jumlah yang disasarkan sebanyak RM 398,100 sehingga 31 Julai tahun hadapan.
Tun Dr. Mahathir dan anaknya Marina Mahathir turut bangga dan menyokong tindakan beliau.
I know a lot of people have been wanting to help with our huge debt which just shows how much Malaysians love their…
Baru-baru ini netizen teruja dengan perubahan ketara bentuk badan pelakon Hafizul Kamal yang lebih kacak dan sado. Menerusi salah sebuah perkongsian Hafizul di laman Instagram miliknya, selebriti yang dilahirkan menerusi program realiti On-Air itu berkongsi mengenai perubahan bentuk badan yang dialaminya.
“Saya hanya ada enam minggu untuk siapkan badan saya sebelum shooting filem Paskal. Tak hebat mana tapi itu lah enam minggu wei.
“Ini tanggungjawab, takkan badan barai nak bawak nama Paskal. Tak besar pun kalau tgk live sbb anggota sebenar pun badan super lean,” tulis Hafizul.
Di ruang komen, rata-rata peminat memuji penampilan Hafizul yang kelihatan semakin tegap dan sado. Peminat juga memberikan kredit kepada Hafizul atas kesungguhannya untuk melakukan transformasi bagi menjayakan watak Bintara Muda Imran dalam filem Paskal. Filem tersebut mengetengahkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
usteru, Hafizul bersyukur kerana dia mampu mendapatkan ‘kesasaan’ yang diinginkan hasil disiplin yang tinggi atas bantuan jurulatih kecergasan peribadi, Mohd. Khairi hanya dalam tempoh enam minggu.
Selain Hafizul, pelakon lain yang membintangi Paskal ialah Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.
Filem terbitan bersama Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas serta Multimedia Entertainment itu mendapat kerjasama sepenuhnya dari TLDM dan dikatakan menelan belanja kira-kira RM10 juta.
Sumber : Instagram Hafizul Kamal
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.