Perlindungan Level Atas Coronavirus, Naomi Campbell Pakai Sut Hazmat Di Lapangan Terbang

Share

Setiap hari sekarang kita pasti akan sentiasa peka dengan berita tentang Coronavirus yang dilihat kini telah menjadi salah satu wabak global.

Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan dengan sangat baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita bersyukur kerana kondisi negara di negara kita masih lagi terkawal walaupun menjadi antara negara terawal menerima tempisnya dari China.

Berbeza dengan kondisi yang kini berlaku di Itali, Iran dan juga beberapa negara Asia yang lain yang dilihat semakin membimbangkan.

Sebagai orang awam kita juga dinasihati untuk mengikuti beberapa langkah pencegahan antaranya memakai topeng muka bagi mereka yang kurang sihat dan batuk.

“SAFETY FIRST!”

Tetapi berbeza dengan bekas supermodel terkenal, Naomi Campbell. Dengan keadaan terkini dia tidak mengambil mudah akan keselamatan dirinya.

Naomi yang sebelum ini sangat terkenal kerana memiliki germaphobic iaitu fobia terhadap kuman pernah memuat naik video bagaimana dia membersihkan dengan teliti kerusi tempat duduk dan persekitaran di atas kapal terbang.

Malah video tersebut kini kembali tular di laman media sosial. Terbaru, bekas peragawati berusia 49 tahun telah dilihat memakai topeng muka N95 dan lengkap bersama sut hazmat berwarna putih dan sarung tangan getah berwarna merah jambu.

Perkara tersebut dikongsi olehnya sendiri di Instagaram dengan kapyen –

“Safety First NEXT LEVEL. Thank you @lindaevangelista Full video coming on my YouTube soon”

Nampaknya kita bakal dihidangkan dengan sebuah lagi video bagaimana dia mempersiapkan diri dengan segala langkah mencegah kuman seperti dilakukannya sebelum ini.

Apa pendapat anda tentang langkah keselamatan yang dilakukan oleh Naomi? Adakah ia keterlaluan atau itu satru langkah yang bijak.

Stay safe everyone!

Published by
Farizul Izwany