Bila bercakap tentang kereta, motosikal atau kenderaan lain secara amnya pasti kita tidak dapat lari dari perlindungan insurans. Ia merupakan satu kewajipan yang perlu kita ada dengan melanggan perlindungan insurans.
Namun perlindungan insurans biasa tidak termasuk dengan perlindungan peril khas atau bencana alam.
Melihatkan dua kejadian pokok tumbang menghempap kereta kerana faktor cuaca dan bencana alam telah membuatkan ramai mula sedar akan kepentingan perlindungan khas peril ini.
Apatah lagi dengan faktor pemanasan global sekarang yang menyebabkan situasi cuaca semakin tidak menentu – hujan boleh turun dengan lebat secara tiba-tiba!
Sebagai pengguna dan pemilik kenderaan pastinya kita sebagai lelaki perlu lebih cakna dan memahami pentingnya melindungi aset berharga.
Di Malaysia, walaupun perlindungan insurans bencana alam sudah lama ditawarkan, pengambilannya masih rendah. Ini mungkin kerana persepsi bahawa Malaysia kurang terdedah kepada bencana alam berbanding negara lain.
Namun, realitinya menunjukkan bahawa bencana seperti banjir besar boleh berlaku dan membawa impak yang serius.
Menurut laporan Allianz General, hanya 11 peratus daripada pelanggan memilih perlindungan khas dari bencana alam dalam polisi mereka pada tahun 2021.
Namun, selepas banjir besar yang melanda, kadar pengambilan telah meningkat kepada 22 peratus. Ini membuktikan bahawa kesedaran mengenai perlindungan ini meningkat, tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan.
Special Perils Coverage merupakan satu pelan perlindungan insuran yang membolehkan anda berdepan dengan bencana alam tanpa perlu risau tentang kewangan.
Dengan perlindungan ini, sekiranya kenderaan anda rosak akibat banjir, tanah runtuh, atau pokok tumbang, anda tidak perlu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk perbaikan. Ini adalah satu nilai tambah yang besar, kerana kos perbaikan boleh menjadi sangat tinggi.
Di Malaysia, syarikat insuran seperti Alliance, Zurich, Etiqa Takaful, Axa Affin, AM by Ambank, dan RHB Insurance menawarkan pelan ini dengan premium tambahan yang sangat rendah.
Misalnya, jika nilai semasa kenderaan anda adalah RM50,000, premium untuk Special Perils Coverage hanya sekitar 0.2%, atau RM100. Ini adalah jumlah yang kecil berbanding dengan kelegaan dan perlindungan yang diberikan jika berlaku bencana.
Perlindungan ini tidak hanya terbatas pada kenderaan, tetapi juga untuk rumah anda. Insurans bencana alam untuk rumah melindungi bangunan dan harta benda di dalamnya, memastikan bahawa anda dapat pulih dari kehilangan tanpa beban kewangan yang besar.
BACA: Pelakon Filem Nang Nak, Winai Kraibutr Meninggal Dunia Selepas Lima Tahun Derita
Secara keseluruhannya, mengambil Special Perils Coverage adalah langkah bijak untuk setiap lelaki yang ingin melindungi asetnya dan memastikan kestabilan kewangan dalam menghadapi kejutan bencana alam.
Industri insurans telah menerima tuntutan berkaitan bencana yang bernilai antara RM2 hingga RM3 bilion pada penghujung tahun 2021.
Oleh itu, jelaslah bahawa pelaburan kecil dalam perlindungan ini bisa membawa ketenangan pikiran dan keamanan jangka panjang. Jadi, sebagai lelaki yang bertanggungjawab, pertimbangkan untuk melindungi aset berharga anda hari ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.