Perkongsian Gadis Cina Muslim Tentang Sikap Toleransi Hebat Ayahnya Buat Netizen Terharu

Share

Ramai antara kita yang lahir dalam keluarga Melayu dan beragama Islam kadangkala lupa dengan nikmat tersebut yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T.

Disebabkan itulah kita tidak akan dapat memahami apa yang dilalui oleh saudara baru yang memeluk agama Islam yang kita gelar sebagai mualaf.

Setiap seorang daripada mereka mempunyai cabaran dan rintangan yang berbeza-beza. Ada yang disisihkan oleh keluarga, ditinggalkan rakan-rakan malah kawan baik sendiri. Namun apa sahaja halangan tersebut telah mereka hadapi dengan hati terbuka demi agama Islam yang tercinta.

Ada juga yang terpaksa meninggalkan warisan harta kekayaan semata-mata ingin menjadi seorang Muslim.

Jinghan Naan @ Nur Jihan Li bersama keluarganya yang tersayang.

Cabaran-cabaran seperti itulah yang sering kita sering dengar bila membicarakan tentang mualaf. Tapi berbeza pula dengan seorang wanita Cina yang berasal dari Singapura dikenali dengan nama Jinghan Naan di Facebook.

Menerusi sebuah posting yang telah mendapat perhatian netizen dan sehingga kini mendapat lebih 4,200 perkongsian, Jinghan Naan atau Nur Jihan Li menceritakan tentang momen bersama ayahnya yang cukup menyentuh hati.

SANGAT MEMAHAMI

Menerusi perkongsian itu Nur Jihan menceritakan bagaimana ayahnya yang bukan sahaja menghormati keputusannya untuk memeluk agama Islam tetapi menghormati agama yang dianuti anaknya yang tersayang.

Menerusi posting tersebut dia menceritakan bagaimana ayahnya bercakap telefon dengan seorang peniaga lelaki Melayu.

*terjemahan perkongsian tersebut

“Huh? Awak Cina? Saya fikir awak Melayu! “
“Tidak, itu anak perempuan saya.”
“Tetapi anak perempuan awak memakai tudung. Awak ni Cina Muslim?”


“Anak perempuan saya Cina Muslim. Dia memeluk agama Islam.”
(Dia masih keliru antara Muslim dan Islam.)
“Waaa! Kemudian anda membiarkan dia begitu? Tidak menghalangnya?”
“Tidaklah, saya menyokong!”
“Waaa, awak sangat baik, mengapa awak menyokong?”

Tambah Nur Jihan, ayahnya berasa pelik kenapa ramai orang terkejut bila mengetahui dia sudah memeluk agama Islam.

“Sebab ini sangat jarang berlaku! Kebanyakan ibu bapa tidak membiarkannya. Sebenarnya, kenapa ayah benarkan saya peluk agama Islam?” balas Nur Jihan.

Kadang-kadang saya rasa ayah seorang yang mudah. Namun, cukup mendalam.

Apa yang diperkatakan sangat masuk akal; ia tak memerlukan orang untuk berfikir terlalu mendalam. Sebenarnya ramai yang mendakwa mempunyai (pemikiran dan) kepercayaan yang sama!

Tetapi apa yang membuatkan ayah saya berbeza adalah bagaimana dia benar-benar maksudkan apa yang diperkatakannya.

Dia tidak terpengaruh dengan apa yang difikirkan masyarakat, apa yang akan difikirkan oleh saudara-saudara kami, bagaimana saya tidak boleh lagi makan BBQ kegemarannya bersamanya. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan saya.

Sikap toleransi dan mendahulukan keluarga membuatkan ramai netizen cukup terharu dengan perkongsian dari Nur Jihan ini.

Berikut merupakan perkongsiannya di Facebook;

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali Jinghan menjadi perhatian masyarakat. Pada tahun 2016, Jinghan pernah muncul di dalam sebuah temu bual bersama CNA Insider yang menceritakan bagaimana dia berdepan dengan cabaran bulan Ramadan.

Nur Jihan telah berkahwin dengan seorang jejaka Melayu Singapura dikenali dengan nama Aizat.

Sumber: Facebook Jinghaan Naan & Instagram Jighan (@naanthewiser)

Published by
Farizul Izwany