Menaiki pesawat sering kali menjadi satu pengalaman yang menggembirakan, terutamanya ketika anda merancang untuk bercuti atau melawat orang tersayang. Namun, ada beberapa perkara yang sering dilakukan oleh penumpang yang tidak begitu digemari oleh kru kabin.
Memetik video di Youtube Zarul Umbrella yang menemu bual seorang pramugari, berikut adalah tiga perkara yang kru kabin tidak gemari jika anda lakukan sebagai penumpang.
Minta Kru Kabin Angkatkan Beg Ke Ruang Penyimpanan Di Atas
Satu perkara yang sering kali menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan kru kabin adalah apabila penumpang meminta bantuan untuk mengangkat beg mereka ke ruang penyimpanan di atas.
Tahukah anda yang bukan tugas mereka untuk mengangkat beg anda? Mereka hanya boleh membantu anda sahaja. Bermaksud, anda masih perlu gunakan kudrat anda sendiri untuk mengangkat beg. Kudrat dari kru kabin hanya sekadar tambahan sahaja.
Jika selama ini anda melihat ada kru kabin yang mengangkatkan beg bagi penumpang, itu hanya sekadar budi bicara mereka bagi penumpang-penumpang yang memerlukan seperti warga emas, orang kurang Upaya (OKU), penumpang bawah umur bersendirian dan sebagainya.
Walaupun kelihatan seperti satu permintaan yang mudah, namun anda perlu fikir yang mereka bukan bertugas di satu penerbangan sahaja. Selepas anda turun dari pesawat nanti, mereka akan mengendalikan kumpulan penumpang seterusnya pula sehinggalah tamat waktu tugasan mereka.
Jika mereka mengangkat kesemua penumpang di setiap penerbangan, bayangkan berapa banyak beg yang perlu mereka angkat dalam sehari. Perkara ini berisiko mencederakan kru kabin dan boleh menganggu tugas mereka untuk mengutamakan keselamatan penumpang.
Hakikatnya, beg anda adalah tanggungjawab peribadi anda. Itulah sebabnya mengapa kebanyakan syarikat penerbangan meletakkan had berat bagi beg bawa tangan anda agar anda sendiri tidak terbeban dengannya.
Kru kabin dilatih untuk memberikan perkhidmatan yang sopan dan profesional, dan mereka juga mengharapkan perkara yang sama daripada penumpang.
Ads
Sebenarnya, kru kabin lebih gemar jika anda memanggil nama sebenar mereka yang tertera pada tag nama yang dipakai pada seragam mereka.
Jika anda tidak dapat membacanya ataupun kurang selesa, cukuplah sekadar menyapa mereka dengan gelaran biasa yang sopan seperti Encik atau Cik.
Ingat, mereka yang melayani anda untuk memastikan anda menikmati penerbangan yang selesa. Apa salahnya menghormati mereka sebagai satu tanda penghargaan.
Mematikan telefon bimbit merupakan salah satu tatacara keselamatan di dalam pesawat yang telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Namun dengan teknologi terkini, kebanyakan pesawat hanya memerlukan anda untuk menetapkan telefon bimbit ke mod penerbangan sahaja, terutamanya ketika waktu pesawat sedang berlepas dan mendarat.
Yang membuatkan kru kabin kurang senang ialah tempoh berlepas dan mendarat itu bukanlah satu tempoh yang lama untuk anda mengabaikan sebentar telefon bimbit anda, sekitar dua minit sahaja.
Selepas pesawat mencapai altitud yang selesa, anda boleh menggunakan telefon bimbit anda semula.
Ads
Lagipun, peraturan ini bukanlah peraturan yang baharu. Sepatutnya, ramai orang sudah faham dengan peraturan ini.
Walaupun ada syarikat penerbangan yang sudah membenarkan penggunaan peranti elektronik ketika berlepas dan mendarat, tetapi masih banyak lagi yang belum melaksanakan peraturan baharu ini. Hal ini disebabkan tidak semua syarikat penerbangan sudah memiliki pesawat yang dilengkapi teknologi untuk membenarkan pelaksanaannya.
Sesetengah penerbangan dengan jangka masa tertentu akan menghidangkan makanan untuk penumpang. Namun agak menjengkelkan bagi kru kabin apabila anda tidak dapat membuat pilihan makanan dengan segera.
Mungkin bagi penumpang yang duduk di barisan awal perlu mengambil masa untuk memilih kerana baru mendengar pilihan makanan yang ada.
Bagi penumpang lain yang duduk di barisan seterusnya, anda ada masa untuk berfikir makanan yang anda mahukan kerana sepatutnya anda sudah mendengar pilihan makanan yang ada ketika kru kabin sedang melayani penumpang di barisan sebelum anda.
Anda perlu faham yang menghidangkan makanan bukanlah satu-satunya tugas kru kabin di dalam pesawat. Mereka ada banyak tugasan lain yang perlu dilakukan sebelum mendarat. Oleh itu, tugasan menghidangkan makanan perlu diselesaikan dalam tempoh masa tertentu, terutamanya bagi penerbangan jarak dekat dengan tempoh perjalanan yang lebih singkat.
Ketika kru kabin menghidangkan makanan, mereka akan membawa troli di laluan lorong pesawat. Troli itu akan menghalang satu-satunya laluan berjalan di dalam pesawat.
Jika anda melalui lorong ketika mereka menghidang makanan, agak sukar bagi mereka untuk memberi laluan kepada anda dan hal ini mengganggu tugas mereka.
Melainkan jika anda tidak mampu menahan untuk membuang air, elakkan untuk berjalan ketika kru kabin sedang menghidang makanan.
Dengan memahami dan mengelakkan perkara di atas, anda bukan sahaja menunjukkan rasa hormat kepada pramugari dan pramugara tetapi juga membantu memastikan penerbangan berjalan lancar dan selesa.
Ingat, sedikit kesopanan dan kerjasama dari setiap penumpang boleh membuatkan pengalaman penerbangan lebih menyenangkan untuk semua.
Penyakit kencing manis atau diabetes adalah keadaan terdapatnya paras gula berlebihan dalam peredaran darah. Keadaan ini berlaku kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan bagi menukar gula kepada tenaga. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya kongsikan secara ringkas tips untuk cegah dan kawal kencing manis.
Akibat Penyakit Kencing Manis
Mata
Mereka yang menghidap kencing manis mempunyai masalah penglihatan yang kabur dan berisiko untuk hilang penglihatan.
Paras Gula Dalam Darah
Paras gula dalam darah meningkat kerana kekurangan insulin.
Jantung
Kencing manis manis meningkatkan risiko seseorang untuk terkena serangan jantung.
Buah Pinggang
Risiko buah pinggang rosak atau gagal berfungsi.
Salur Darah
Kerosakan saraf akibat kencing manis berlaku kerana paras gula yang tidak dikawal dan juga kerana saluran darah halus yang rosak menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Bagi lelaki, anda berisiko mati pucuk akibat kencing manis disebabkan masalah ini.
Tip Cegah Kencing Manis
Langkah pencegahan adalah tindakan yang bijak untuk anda lakukan agar tidak menghidap kencing manis. Berikut 3 tips cegah kencing manis:
1. Bersenam
Bersenam membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal, mengawal berat badan, mengurus tekanan dan membantu tidur yang lena.
2. Pemakanan Yang Sihat
Amalkan pemakanan yang sihat, indeks glisemik yang rendah, kurangkan makanan manis dan kurangkan pengambilan karbohidrat.
3. Berat Badan Yang Ideal
Kawal berat badan dan pastikan anda mempunyai BMI yang ideal.
7 Tip Kawal Kencing Manis
Jika anda disahkan sebagai pesakit kencing manis, 6 tips berikut boleh dijadikan panduan:
1. Makan ubat
Jangan abaikan pengambilan ubat yang dibekalkan oleh pegawai perubatan.
2. Jangan Stres
Urus stress anda. Bercakaplah dengan seseorang untuk membantu anda menguruskan stress.
3. Berhenti Merokok
Merokok menyebabkan peredaran darah anda semakn teruk.
4. Penjagaan Gigi
Jika ada masalah pada gigi, segera berjumpa dengan doktor. Buat pemeriksaan secara berkala.
5. Pemeriksaan Paras Glukosa
Paras glukosa dalam darah dapat diuji sendiri di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah.
6. Penjagaan Kaki
Periksa kaki anda setiap hari kerana mungkin terdapat luka yang anda tidak perasan. Pesakit kencing manis mungkin tidak merasai sebarang luka ataupun ulser disebabkan kekurangan deria di kawasan tersebut.
7. Kawal Pemakanan
Makanan pesakit kencing manis perlu dirancang terlebih dahulu. Tidak perlu membeli makanan khusus pesakit kencing manis jika anda tidak mampu. Pemakanan yang sihat adalah kunci diet pesakit kencing manis. Rujuk pegawai kesihatan untuk panduan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tragedi pesawat Beechcraft Premier 1 yang berlaku di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos tahun lalu masih menjadi perbincangan.
Ini terutama dengan laporan akhir daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menerusi laporan tersebut telah mendedahkan beberapa faktor penting yang menyebabkan nahas ini.
Berikut adalah beberapa poin utama yang merangkumi kesimpulan daripada laporan tersebut:
Tindakan Tidak Sengaja
Nahas berlaku akibat tindakan peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’ yang dilakukan semasa pemeriksaan sebelum pendaratan.
Lift dump spoiler adalah komponen penting yang mengurangkan daya angkat sayap pesawat ketika mendarat, tetapi kesilapan pengendalian ini menyebabkan pesawat kehilangan daya angkat secara mendadak.
Kehilangan Kawalan
Akibat pengaktifan tidak sengaja tersebut, pesawat mengalami kehilangan kawalan yang dahsyat, lantas membawa kepada tragedi yang meragut nyawa kesemua penumpang dan kru, serta dua individu di darat.
Kurangnya Latihan dan Kesedaran
Laporan BSKU turut menekankan kekurangan latihan kru penerbangan serta kurangnya kesedaran mengenai operasi sistem ‘lift dump’ sebagai faktor penyumbang utama.
Pembantu juruterbang tidak mempunyai pengetahuan mencukupi tentang risiko yang berkaitan dengan sistem ini, yang menyebabkan kesilapan operasi berlaku.
Penyusunan Tempat Duduk Tidak Ikut Protokol
Laporan juga mendapati susunan tempat duduk kru yang bertentangan dengan protokol, di mana juruterbang utama berada di kerusi kanan manakala pembantu juruterbang di kerusi kiri.
Penyimpangan ini dipercayai menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan serta pengurusan sumber kru yang lemah.
Fokus Kepada Pencegahan
Laporan siasatan ini menekankan bahawa tujuan utamanya adalah untuk mencegah kemalangan serupa daripada berulang, bukan untuk menuding kesalahan.
Pihak berkepentingan digesa untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang disyorkan bagi meningkatkan keselamatan penerbangan dan mengurangkan risiko berkaitan kesilapan operasi.
Pengajaran dari Tragedi
Tragedi ini adalah peringatan pahit tentang pentingnya latihan yang mencukupi dan pematuhan kepada prosedur operasi dalam memastikan keselamatan penerbangan.
Setiap individu dalam industri penerbangan perlu memikul tanggungjawab ini dengan serius untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.
Nahas ini, selain menjadi detik sedih untuk mengenang mereka yang terkorban, juga harus menjadi dorongan kepada industri penerbangan untuk memperbaiki aspek keselamatan dan latihan, demi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Daripada tinjauan yang dilakukan, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik beradik lelaki mereka mengambil masa lama sewaktu masuk ke bilik air. Kenapa perkara ini berlaku? Ayuh singkap rahsia lelaki apabila mereka di bilik air.
1-Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup privasi dan amat ‘istimewa’ buat kaum Adam di seluruh dunia. Apabila sudah menghabiskan masa dengan pasangannya, bagi mereka di bilik air sahaja merupakan ‘masa’ untuk mereka bersendirian. Tiada gangguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon. Maka, mereka menikmati saat ini sebaiknya.
2-Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu.
Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Bergantung kepada individu.
3-Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika ‘melepaskan hajat’. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa dan juga politik. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri.
Waktu ini dianggap sebagai masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang. Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dalam bilik air. Cukup berlainan daripada wanita.
4-Jangan dimarahi pasangan anda jika berada lama. Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sebelum bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan juga melepaskan hadas besar.
5-Wanita suka serkap jarang mengatakan lelaki berada lama di bilik air kerana mereka sedang melakukan onani. Setelah diselidiki sendiri oleh Maskulin terhadap 20 orang lelaki di Malaysia secara rambang, 8 orang lelaki mengaku melakukan onani di dalam bilik air dan bakinya pula tidak. Maka mitos wanita sama sekali tidak benar tentang lelaki.
6-Jika yang merokok, mereka akan menghabiskan sebatang rokok dahulu terutamanya semasa membuang air besar sambil berfikir. Alasannya kerana di bilik air mereka bebas berkhayal apa sahaja topik yang dirasakan menarik tanpa sebarang gangguan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih kekal hartawan Melayu terkaya Malaysia. Tahun 2025 menyaksikan seramai 19 rakyat Malaysia tersenarai dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes, dengan nilai kekayaan keseluruhan mencecah AS$57.3 bilion.