Dalam usaha mendapatkan berat badan ideal anda pasti akan berdepan pelbagai jenis cabaran. Dan dengan cabaran inilah kadang-kadang boleh menghancurkan serta menggagalkan usaha anda tersebut.
Apabila usaha terbantut semangat anda pula akan menjadi semakin pudar.
Tanyalah mana-mana individu yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka. Kunci utama untuk berjaya menurunkan berat badan ialah tidak lain tidak bukan adalah dengan mempunyai disiplin yang tinggi.
Tanpa disiplin usah bermimpi untuk melakukan diet yang menjadi. Apatah lagi mengembalikan bentuk badan ideal yang sekian lama diimpikan.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis perkara dan tabiat yang mungkin boleh menggagalkan diet anda.
MAKANAN MASIN & BELEMAK
Makanan berlemak yang terkumpul akan menjadi lemak degil. Garam boleh akibatkan hipertensi dan cecair terkumpul dalam badan. Tu yang buatkan berat badan anda susah nak turun.
SELALU STRES
Hormon kortisol yang keluar ketika stres akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan buatkan lemak terkumpul pada perut. Jauhi diri anda dari tekanan.
SUKA BERJAGA MALAM
Kajian mendapati, kurang tidur meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Kajian juga membuktikan, tidur kurang dari 4 jam sehari akan menyebabkan obesiti.
MAKAN DEPAN TV
Makan sambil menonton TV dan sambil menaip di komputer buatkan anda tidak menikmati makanan dengan baik. Akhirnya, ia buatkan anda rasa lapar lagi walaupun anda dah makan.
MALAS BERGERAK
Sambil bekerja, lakukan senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Ambil masa selama lima minit setiap satu jam. Ia mampu membakar kalori daripada duduk diam je tak buat apa.
TIDAK MENGAMBIL PRODUK TENUSU
Yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuh. Kalsium daripada susu mampu membakar lebihan lemak pada tubuh.
Tiada diet yang sempurna di dunia ini namun jika anda benar-benar ikut cara pemakanan yang baik berat badan ideal pasti akan menjadi kenyataan.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk update terkini ya!
https://www.youtube.com/watch?v=XtUE98WdKys&t=588s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI